Tuesday, September 16, 2014

ATASI PEDIH HULU HATI KETIKA HAMIL


Pedih ulu hati sangat biasa berlaku semasa kehamilan, terutamanya apabila bayi anda semakin membesar. Ramai bakal ibu yang mula mengalami pedih ulu hati dan ketakcernaan dalam separuh masa kedua kehamilan, walaupun ada juga yang mengalaminya sebelum itu.Perkara ini dipercayai berlaku akibat perubahan hormon dan fizikal dalam badan anda ketika hamil.

Peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim). Pakar percaya bahawa hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui paip tersebut dan menyebabkan rasa terbakar.Hormon progesteron juga menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab.

Pada hujung kehamilan, bayi anda yang semakin besar akan menolak usus dan perut anda ke atas. Ini menyebabkan proses pembuangan menjadi lambat, justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus.



Cara-cara Atasi Pedih Ulu Hati...

  • Elakkan makanan dan minuman yang boleh membuatkannya bertambah teruk. Ini termasuklah makanan yang berlemak atau berempah, coklat, buah-buahan sitrus atau jusnya, alkohol dan kopi. Elakkan juga daripada minum semasa makan.
  • Minuman bersusu boleh membantu melegakan pedih ulu hati. Jika susu penuh krim membuatkan simptom-simptom anda semakin buruk, bertukarlah kepada susu rendah lemak atau susu skim.
  • Makan sedikit tetapi kerap. Ini dapat mengelakkan asid daripada terkumpul dalam perut anda kerana makanan akan meneutralkan asid perut.
  • Jika anda merokok, cubalah berhenti. Merokok melonggarkan injap di antara perut dan esofagus dan membuatkan reflaks asid lebih berkemungkinan berlaku. Merokok juga membahayakan bayi dalam kandungan anda.
  • Duduk atau berdiri tegak, terutamanya semasa dan sejurus selepas makan. Duduk dengan tegak dan jangan membongkok. Elakkan pakaian yang ketat di sekeliling perut dan jangan baring sekurang-kurangnya satu jam selepas makan.
  • Jika pedih ulu hati lebih teruk pada waktu malam, cuba jangan makan apa-apa dalam tempoh tiga jam sebelum anda masuk tidur.
  • Tidur dalam posisi separa duduk. Gunakan banyak bantal atau tinggikan kepala katil anda dengan menggunakan buku-buku atau papan. Graviti akan membantu mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya dan membantu dalam pencernaan.
  • Pastikan sebarang ubat-ubatan yang anda ambil untuk masalah lain tidak menyebabkan pedih ulu hati menjadi lebih teruk. Ini termasuk ubat anti kemurungan dan anti keradangan tanpa steroid.

Peppermint Ginger Plus Melegakan Pedih Ulu Hati





Peppermint boleh melegakan rasa pedih ulu hati, loya, moning sickness, gastrik, mabuk laut atau darat, sendawa disebabkan angin (kembung perut) dan masalah penghadaman.

Orang mengandung boleh ambil ke??? jangan risau kerana bahan-bahan yang diguna adalah 100% bersumberkan bahan semulajadi*

Boleh baca di sini

Antara kebaikan peppermint ginger plus


  1. Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut.
  2. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.





Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

3 comments:

Iola said...

nice sharing sis :D

Mila Hilas said...

sy pn pernah merasa benda ni masa pregnant mmg x selesa sgt..

yong norliza said...

@lola : moga bermanfaat ^^
@milq hilas : tu la kan,anak makin mmbesar ;)