Saturday, September 6, 2014

, ,

10 MAKANAN TERBAIK UNTUK RAMBUT SIHAT MENAWAN!


Adakah anda mempunyai masalah rambut ? Tahukah anda bahawa menjaga kesihatan rambut adalah sama pentingnya dengan menjaga penampilan anda. Perlu difahami bahawa pertumbuhan rambut juga turut dipengaruhi oleh apa yang anda makan. Makanan yang tepat dapat menyuburkan rambut dan membuatkan rambut lebih lembut, halus dan bersinar.

Berikut adalah 10 makanan yang membantu membuatkan rambut menjadi halus, lembut dan bersinar jika diamalkan secara rutin.

1 SALMON
Ikan salmon sangat kaya dengan asid lemak omega 3 yang sihat untuk menyuburkan rambut.Omega 3 ini juga berkhasiat untuk  memberikan kesan rambut bersinar dan halus.Fakta mengatakan bahawa makanan yang mengandungi omega 3 dapat membantu keadaan kesihatan rambut secara keseluruhan. Jika tubuh anda kekurangan nutrisi omega 3, rambut mudah rapuh. Untuk alasan ini, penting untuk makan  makanan yang mengandungi nutrisi omega 3.




2.  SAYURAN HIJAU
Sayur bayam. Kangkung dan sayuran hijau yang lain mengandungi  jumlah vitamin A dan C tinggi yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan rambut yang siaht dan kuat. Oleh itu pastikan anda memasukkan sayur-sayuran dalam menu harian anda. Hal ini kerana memang sudah terbukti bahawa sayur-sayuran mampu menyihatkan rambut.




3. TIRAM
Tiram kaya dengan zink. Kekurangan zat ini boleh menyebabkan keguguran rambut. Selain rambut, kekurangan zink juga boleh menyebabkan bulu mata mudah gugur serta menyebabkan kulit kepala kering dan bersisik. Anda jga boleh mendapatkan zink daripada beberapa bahan makanan seperti bijirin dan roti gandum. Walau bagaimanapun tiram juga kaya dengan kandungan protein. Tanpa peotein yang cukup. Tubuh anda tidak dapat menggantikan rambut yang gugur setiap hari.




4. DAGING PUYUH
Menu yang sering dianggap luar biasa ini kaya dengan protein, zink, zat besi dan vitamin B.kandungan dalam daging puyuh mampu menjaga helaian rambut agar kuat dan tidak mudah rapuh. Hal ini kerana sebahagian besar rambut dibangunkan oleh protein.




5. UBI
Ubi merupakan bahan makanan yang kaya dengan beta karotena. Beta karotena sendiri merupakan bahan yang diolah oleh tubuh menjadi vitamin A. Vitamin ini membantu melindungi dan menghasilkan minyak yang menguatkan kulit kepala. Oleh kerana itu, kekurangan vitamin A boleh membuatkan seseorang berasa gatal kulit kepala hingga mengalami masalah kelemumur. Pilihan ubi terdiri daripada ubi keledek, ubi kayu, ubi kentang dan sebagainya.




6. KIWI
Buah kiwi bukan sahaja sedap dimakan tetapi mewah dengan jumlah vitamin A yang membantu melindungi helaian rambut anda. Buah kiwi merupakan sumber makanan terbaik untuk kulit kepala.




7. BERI BIRU
Buah super eksotik ini sememangnya kaya dengan vitamin C. Vitamin C sangat penting untuk sistem pengaliran darah pada kulit kepala.kandungan vitamin C  juga menyokong pembuluh darah kecil menyalurkan zat pada folikel rambut. Kurangnya vitamin C bolah menyebabkan kerosakan pada rambut.




8. SUSU RENDAH LEMAK
Susu rendah lemak merupakan sumber protein tinggi yang mengandungi vitamin D dan nutrisi yang diperlukan untuk kesihatan rambut. Terbukti bahawa susu rendah lemak bukan sahaja untuk mengawal berat badan tetapi dalam masa yang sama merupakan makanan hebat untuk rambut anda.




9. KACANG- KACANGAN
Makanan ini memiliki kandungan tinggi vitamin, zat besi, zink dan mineral penting. Ia dapat menghasilkan rambut yang sihat dan kuat. Makanan ini juga merupakan sumber protein tanpa lemak.




10. TELUR

Telur juga merupakan sumber protein tanpa lemak. Sumber makanan ini juga turut mengandungi jumlah vitamin B yang tinggi dan amat diperlukan untuk kesihatan rambut. Seelok-eloknya pilih telur omega 3 atau telur organik.




Mudah kan nak dapat rambut yang cantik menawan...Hanya dengan makan makanan yang berkhasiat. Sungguh pun kita bertudung, namun penjagaan rambut tidak harus diabaikan.

Nak suplimen untuk kesihatan rambut ?  KLIK SINI


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

3 comments:

Eka Tikah said...

thanks mommylizz for sharing. tapi kite tak reti makan salmon. hehe

Rosmiza Ali said...

Salam perkenalan Mommyliz.. Info yang menarik utk diamalkan.. Done follow.. ^_^
Rosmiza Ali Official Blog™

dak eina said...

Salam perkenalan...good info mommy lizz ;)