TIPS MERANGSANG KEHAMILAN

3:31 AM yong norliza 1 Comments


Kehamilan dan melahirkan zuriat adalah saat-saat paling berharga buat seorang wanita.Ia menandakan pusingan kehidupan sebagai seorang wanita telah pun lengkap.Namun, bukan semua wanita mudah untuk mengandung dan melahirkan anak. Ada segelintir daripada kita yang memerlukan bantuan bagi merangsang kehamilan dan memerlukan makanan tambahan untuk mempercepat proses kehamilan.

Pokoknya, jangan pernah terfikir untuk berhenti berusaha!



Bagi anda yang tergolong dalam kategori sukar untuk hamil ini. Jangan bersedih. Yakinlah bahawa ini semua adalah rezeqi dari Allah Taala untuk bakal ibu dan ayah.

10 Tips Meransang Kehamilan

Barangkali TIPS berikut boleh membantu anda. Tiada salahnya untuk anda mencuba tips berikut:
  1. Anda boleh mula mengambil Asid Folik. Pengambilan 0.4mg Asid Folik ini dapat mengurangkan 50 hingga 70 peratus risiko kemungkinan  melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural. Pengambilan Asid Folik haruslah sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung.
  2. Jadikanlah sesi melakukan hubungan intim sebagai saat yang paling ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Untuk menjadikannya lebih menarik, gunakanlah bilik lain selain dari bilik tidur untuk mengubah suasana sensual.
  3. Hindarkan dari terus bangun dan menuju ke bilik air selepas melakukan hubungan seks. Berbaringlah sekurang-kurangnya lima minit. Tujuannya ialah untuk meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke ovum.
  4. Sematkan dalam ingatan! Menghasilkan zuriat adalah ibarat bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’ di mata anda, hakikatnya hanya peluang adalah 25 ke 30 peratus untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.
  5. Adakah anda peminat tegar minuman berkafein? Bolehlah hentikannnya sekarang. Bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein dalam sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.
  6. Sekiranya anda atau pasangan anda, bekerja di tempat yang mendedahkan anda atau pasangan kepada bahan-bahan yang berbahaya, anda perlu bertekad untuk mencari peluang kerja di tempat lain. Ada sesetengah bahan boleh memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, ovum mahupun perkembangan embrio.
  7. Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincanglah dengan terbuka berkenaan perancangan untuk hamil.
  8. Pastikan kawasan di sekitar faraj adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur faraj atau tuala wanita yang berbau wangi kerana ini menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina. Juga elakkan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran kerana ianya boleh membunuh sperma anda!
  9. Pujuklah suami anda untuk mandi air sejuk lebih kurang 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Ini kerana mengikut kajian,  air sejuk akan melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.
  10. Sebaik sahaja anda selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkanlah bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit ransangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.
Setelah kita berusaha dengan segala petua dan tips yang disarankan, justeru mintalah pada Allah yang Maha Berkuasa. Antara himpunan doa yang boleh diamalkan oleh kita sebagai muslim adalah seperti berikut:

Doa Nabi Zakaria alaihi as Salam :

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ (38)
Artinya : “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. (QS. Ali Imran : 38)

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ (89)

Artinya : “Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling Baik.” (QS. Al Anbiya : 89)

Doa Nabi Ibrahim ‘Alaihi as Salam:

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ (100)
Artinya : “Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang Termasuk orang-orang yang saleh.”(QS. Ash Shafat : 100)





Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

1 Comment:

Montana said...

assalamualaikum,dan selamat hari raya..amboi sempoi blog tuan empunya blog ni..harap keadaan blog ;-) saja mai blogwalking ja dari blog MiaLiana ;-)