TIPS (18SX ) : BANGKITKAN GHAIRAH DALAM BILIK TIDUR ANDA



Keinginan untuk melakukan hubungan seks bersama suami/isteri bukan hanya bergantung kepada keinginan semula jadi atau melalui pemakanan bahkan pengambilan ubat tertentu. Tetapi tahukah anda,  persekitaran bilik tidur mampu membangkitkan rasa ghairah untuk bersama anda berdua.

Warna dan keharuman turut memainkan peranan membantu meningkatkan keghairahan seksual pasangan suami isteri. Bukankah dalam Islam, hubungan intim suami isteri itu satu kewajipan dan rutin melakukannya bukan sahaja memberikan pahala bahkan mengekalkan kebahagiaan rumah tangga dan kesihatan suami isteri.

Bayangkan sekiranya bilik tidur anda berwarna kusam, bersepah dan berbau hamis tentu sahaja anda tidak ‘selera’ untuk membuat aktiviti seksual di situ. Bandingkan pula keadaan bilik hotel yang dihias rapi dengan hiasan dalaman menarik, warna yang menenangkan serta berbau harum, pasti sahaja suis ghairah anda automatik menyala!



Sementara itu ada beberapa kajian yang dilakukan juga menyatakan pemilihan warna bilik turut memainkan peranan besar membangkitkan keghairahan seksual suami isteri.Antara warna tersebut adalah merah, ungu, biru muda, merah muda, putih, oren, kuning dan hitam. Warna tersebut  dikatakan mampu menaikkan ghairah anda sehingga boleh melakukan hubungan intim lebih daripada sekali dalam seminggu.

Bagaimanapun anda tidak semestinya mewarnakan keseluruhan bilik dengan warna tersebut. Anda boleh mewarnakan sebahagian sahaja ruang dalam kamar dengan warnaitu atau meletakkan aksesori tertentu dengan warna tersebut atau juga memilih cadar daripada kumpulan warna itu.Jangan lupa untuk mengharumkan bilik tidur anda dengan semburan pewangi atau haruman arometerapi yang pasti menambahkan lagi keghairahan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

0 Comments