KENAPA SAYA TAK BOIKOT SHAKLEE ??

3:43 PM yong norliza 2 Comments




Amboi - amboi 
gempak sungguh tajuk entry malam ni
mommy pun terpanggil juga dengan isu yang sedang viral ni
maka nyaa..mommy nak buat entry tentang isu ini
jom kita sama-sama hadamkan info
lepas tu , buatlah keputusan dengan rasional
bukan mengikut hawa nafsu atau iku-ikut orang lain~


Saya tidak taksub dengan Shaklee – kerana saya tahu Shaklee tidak sempurna, dan produk lain juga tidak kurang bagusnya.Saya tidak menangguk di air keruh – kerana amalan ini belum terbukti membawa kejayaan, malah menimbulkan kebencian dalam sesebuah masyarakat.
Orang kita kerjanya suka beralasan, menjatuhkan dan memporak perandakan. Selesai kerja, tinggal.Kalau ada 1001 jawapan kepada 1001 persoalan, akan ada soalan yang ke-1002. Walau satu juta soalan sudah terjawab, akan timbul pula soalan yang ke satu juta satu.
Senang cerita, yang anti Shaklee akan kekal anti, yang sakit hati akan terus sakit hati, yang benci akan kekal membenci, yang negatif akan terus negatif.Walau apa pun syarikat dan jenama, bila masuk pasaran orang kita, asal naik pasti ada yang tak senang. Asal berjaya pasti ada yang berhasad dengki. Asal menjadi pasti ada yang memburuk-burukkan.Berlaku sahaja keadaan begini terhadap diri saya, saya akan tersenyum bangga. Ini semua berlaku tiada maksud lain, melainkan saya sedang mendahului anda.
Apakah Tujuan Anda Mempersoal Shaklee?
Berbalik kepada tujuan asal, apakah tujuan anda? Jangan jawab kepada saya, tetapi tanya hati anda dan jawab kepada diri sendiri. Usah menipu diri sendiri, tiada manfaat.
Jika niat tidak baik maka terjadilah status-status umum yang menjadi ‘medan perang’ yang anda rasa akhirnya anda akan rasa ‘puas hati’ setelah menzahirkan segala kegeraman yang terpendam dengan “puak-puak pengedar Shaklee yang taksub” sejak sekian lama.
Diulang, saya tidak taksub. Buktinya, rumah saya dipenuhi produk Shaklee, tapi jenama lain pun penuh juga. Qaseh Ana Edar, Radix HPA, Habbah, Talbinah, Halagel, Mukmin, Kodomo Lion, malah Cosway dan 4Life pun ada.
Jika niat baik membantu saudara seIslam maka nasihat haruslah dengan hikmah dan bijaksana serta tidak memalukan pihak lawan – itu pun jika benar mereka di pihak yang salah. Sekiranya anda yang salah sekalipun, anda tidak akan termalu sendiri kemudian hari kerana tidak bertindak di khalayak ramai.
Utamakan Yang Utama! (Part I)
Kita bukan bercakap isu “haram pun main langgar jer sebab dapat duit” atau “biarlah terlepas dunia asal bahagia di Akhirat kelak”. Oleh itu diharap sangat agar pembaca benar-benar faham apa yang berlaku.
Sebelum bermula, eloklah kita kais sedikit apa sebenarnya isu yang dibincangkan.
Isu yang sudah jelas dan bukan lagi menjadi isu perbincangan ialah:
  1. Produk Shaklee disahkan halal dan diperakui kehalalannya oleh JAKIM melalui ISA.
  2. Pelan pemasaran Shaklee belum lagi dipanelkan oleh mana-mana badan ketiga, kini masih bersandarkan dengan kupasan UZAR sebagai ukuran halal haram.
  3. Hasil perniagaan Shaklee tidak disalurkan kepada Israel atau Yahudi mahupun Zionist.
Isu yang dibincangkan ialah Roger Barnett merupakan seorang Ahli Lembaga Pengarah kepada the Elie Wiesel Foundation.
Sesiapa yang belum benar-benar faham apa itu the Elie Wiesel Foundation sila jangan bazirkan masa menyebar fitnah melalui internet, kelak susah nak minta maaf. Sila dapatkan pemahaman yang betul dari perspektif yang merdeka.
Lihatlah Dengan Perspektif Yang Betul
Shaklee Corporation sebelum ini dimiliki oleh Yamanouchi Pharmaceutical dan kemudian dibeli oleh Roger Barnett dengan harga 310 juta dolar.Untuk mengupas isu perspektif, saya perlukan satu kisah dongeng untuk anda bayangkan.
Jika ditakdirkan Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary membeli Shaklee pada harga RM2 bilion, apa perasaan anda? Adakah anda akan join Shaklee?
Anda pun akan jawab “Ya, saya akan join Shaklee!”
Bagi saya, tidak. Anda baru berkira-kira nak join Shaklee kemudian mendapat khabar berita “pengurusan Shaklee ada masalah” atau “lembaga pengarah ada yang cha ya nun alif” kemudian anda pun “nasib baik aku tak join” atau “saya sanggup tinggalkan Shaklee untuk kali yang ke-3″ dan sebagainya.
Ok, Saya Bergurau!
Berbalik kepada isu perspektif tadi. Apabila Syed Mokhtar beli Shaklee dan dunia mendapat tahu pemilik Shaklee orang Islam, maka anda fikir mereka akan quit Shaklee?
Tahukah anda apa perspektif dunia tentang Islam? Bagi mereka, Islam ialah terrorist, Islam ialah pengganas. Malah ramai yang menyokong Israel kerana menyangka Islam ialah pihak jahat.Anda pula tak puas hati dengan pihak yang menyokong Israel dan menyatakan mereka tentu tidak faham apa Islam sebenarnya. Anda mahu mereka faham, tetapi seakan mustahil kerana mereka dari perspektif yang berbeza.
Begitu juga dengan pemakaian. Bagi mereka wanita bebas memakai apa sahaja, jika lelaki tidak dapat menahan nafsu melihat wanita memakai seksi maka lelaki itu tidak berpelajaran kerana tidak mampu mengawal nafsunya sendiri.
Nak buat macamana itu dah perspektif mereka. Tetapi bagi perspektif kita, wanita itu sendiri yang tidak berpelajaran (jahil) apabila berpakaian tidak menutup aurat.
Dari perspektif harta kekayaan pula, sudah pastinya anda juga akan menyumbang kepada bangsa dan agama sendiri dan bukan kepada bangsa lain dan agama lain. Begitu juga dengan Syed Mokhtar, dan begitu juga dengan Roger Barnett.
The Elie Wiesel Foundation?
Sekali lagi, jika tidak tahu apa itu the Elie Wiesel Foundation, sila buat kajian sendiri dan jangan ikut-ikut khabar angin dan buah mulut orang.The Elie Wiesel Foundation memperjuangkan hak-hak kemanusiaan, keadilan, kesaksamaan dan kesejagatan seluruh manusia. Elie Wiesel pula seorang Israel yang menganut agama Yahudi. Jangan ikut-ikut yang saya tulis ini, kaji sendiri OK!
Cuba bayangkan melalui perspektif Syed Mokhtar tadi. Jika Syed Mokhtar memiliki Shaklee, dan penganut Buddha dan Kristian tahu bahawa lebih RM1 bilion telah disumbangkan kepada Islam menerusi yayasan kebajikannya, membantu umat Islam bukan sahaja kepada warga Malaysia malah kepada umat Islam dan bukan Islam di seluruh dunia, adakah mereka akan bertindak memboikot Shaklee?
Jika saya di tempat anda, saya tidak akan terbayang begitu. Bagi saya setelah segala kebaikan yang ada pada Shaklee itu bertahan selama lebih setengah abad, Shaklee pasti dibeli semula oleh penganut agama lain. Shaklee akan terus direbut untuk dijadikan hak mereka, kerana mereka terlalu ingin memonopoli perniagaan yang bergenerasi. Anda di mana?
Quit jer…
Quitters Never Win, Winners Never Quit!
Winners di sini bukan bermaksud pemenang tetapi orang yang berjaya (just in case ada yang tak tahu).Kejayaan seorang muslim diukur dari berapa banyak mereka memberi dan berapa banyak mereka mampu memberi lagi setiap hari. Bukan diukur dari sesanggup mana diri sendiri memusnahkan apa yang telah dibina dan kemudian memandang mulia perbuatan tersebut.
Nak tanya yang quit Shaklee, berapa banyak sumbangan anda terhadap Islam? Apa yang telah anda sumbangkan? Sedangkan bangsa lain di Malaysia pun sibuk memberi dan menyumbang terhadap bangsa dan agama mereka sendiri dengan pendapatan yang diperoleh dari Shaklee, kita pula sibuk meruntuhkan dan merasa mulia dengan perbuatan yang sebenarnya di dalam tipu muslihat syaitan dan nafsu itu sendiri.
Jangan Terpesong, Jangan Terpedaya
Syaitan dan nafsu menipu kita bukan dengan membisikkan maksiat dan kejahatan semata. Mengapa? Kerana syaitan tidak bodoh, tak mungkin membisikkan kejahatan yang tidak memberi keuntungan kepadanya. Nafsu pula memang kerjanya menipu, tak mungkin mudah ditipu.
Orang alim dibisikkan riak dan takbur, orang kaya dibisikkan sombong dan angkuh, orang bisnes dibisikkan was-was dan halal haram. Antara setiap jenis individu ini hanya yang benar-benar faham sahaja akan boleh mengharungi bisikan-bisikan sebegini.
Dalam surah al-Asr ada menyatakan bahawa demi masa sesungguhnya setiap manusia itu berada dalam kerugian, kecuali yang beriman dan beramal soleh, dan yang berpesan dengan haq (benar) dan yang berpesan dengan sabar.Maka yang berpesan kepada kemusnahan itu pastinya tergolong dalam golongan yang rugi. Anda di mana?
Saya bukanlah para ilmuan cendikiawan, saya bukanlah pendebat politik, saya bukanlah guru yang hebat.Saya hanyalah pengedar Shaklee biasa yang beroleh sedikit pendapatan untuk hidup, di samping beberapa sumber pendapatan lain yang bergerak seiringan.
Namun prinsip saya ringkas dan jelas, prioritize!
Prioritize: Utamakan Yang Utama! (Part II)
Orang boleh berkata, para cendikiawan boleh melontar pandangan, para agamawan boleh keluarkan hukum berdasarkan sebuah perspektif. Tetapi Islam tidak memberatkan, dan Islam tidak membebankan.Dalam seluruh kehidupan itu masalah akan sentiasa datang dan pergi. Bila sampai masa ia akan datang, bila sampai masa juga ia akan pergi. Begitulah turun naik jatuh bangun setiap yang bergelar insan di atas muka bumi Allah s.w.t ini.
Saya rakyat Malaysia, Malaysia adalah negara saya yang tercinta, dan saya berbangsa Melayu. Adakah saya mempunyai pilihan untuk tidak mencintai Malaysia? Apakah saya mempunyai pilihan untuk tidak berbangsa Melayu? Itu secara umum.Bila pergi lebih mendalam sedikit, ada sesiapa di zaman ini yang boleh hidup tanpa sekeping pun wang kertas pun sepanjang hidupnya? Tahukah anda hukum wang kertas itu pada asalnya ialah haram kerana tidak disandarkan kepada sebarang nilai?
Jika benar anda sayangkan saudara seIslam anda, tolong hentikan penggunaan wang kertas seluruh saudara seIslam anda. Boleh? Jangankan seluruh saudara seIslam, untuk diri sendiri pun adalah teramat sukar untuk dilaksanakan.
Kita Pergi Dalam Sikit Lagi
Rokok. Mampukah kerajaan menghentikan rokok serta merta? Apa akan terjadi pada negara ini sekiranya rokok ditiadakan terus dalam negara kita? Penyeludupan berleluasa, rasuah tidak terkawal, jenayah meningkat berpuluh kali ganda (this is reality).Tapi nak tanya, apakah hukum merokok pada ketika gejala ini masih terus berleluasa? Masih haram, bukan?
Sedangkan rokok tiada lain fungsinya melainkan membinasakan. Merosakkan kesihatan, membazirkan wang ringgit, merosakkan keturunan, dan 1001 jenis keburukan yang jelas dan nyata. Namun mengapa masih diteruskan tanpa diboikot?
Pernahkah anda bertanya, apakah nasib penjual-penjual rokok? Yang menghisapnya jangan lagi ditanya, memang parah. (Anda hisap rokok tak?) Yang menjual ini – Apakah yang disuap kepada anak bini mereka?
Saham Sikit Sorang
Bagaimana pula dengan pengedar rokok, pengilang rokok, bos syarikat rokok, badan yang meluluskan rokok, apakah nasib mereka? Tidakkah anda kesian dengan golongan ini, yang mungkin saudara mara anda sendiri? Yang pastinya masih saudara seIslam anda juga, bukan?
Yang mengutip hasil jualan rokok, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangannya, yang keseluruhan hasil ini kemudiannya disalurkan pula kepada jabatan-jabatan lain, yang menjadi sumber bayaran gaji kepada para penjawat awam.
Pernahkah anda mempersoal halal haram gaji tersebut? Mampukah dipersoal sampai macam tu sekali? Perlukah? Pernahkah anda terfikir di mana letaknya rokok dalam hal ini yang mungkin menjadi penyebab kepada keruntuhan akhlaq & moral masyarakat kita sekarang?
Anda hisap rokok? Vivix ada untuk membantu anda bebas dari rokok…
Rokok & Israel
Belum lagi dibahaskan tentang berapa banyak pula hasil rokok disalurkan kepada Israel? Pernahkah anda perjuangkan? Perokok yang membayar harga rokok, walau berjuta RM sekali pun sebulan, tidak akan dapat balik walau 1 sen pun.
Yang merosakkan badan, yang membinasakan agama dan bangsa, yang menghancurkan masyarakat ini didiamkan walaupun ibarat meletakkan pisau di leher sendiri tetapi yang menyumbang kepada kesihatan keseluruhan ini juga yang diporak perandakan.
Ini yang saya sebut prioritize!
Wang kertas masih digunakan kerana kita belum mampu untuk berurusan dengan wang dinar dan dirham.Rokok masih diteruskan secara bebas kerana menjadi sumber pendapatan tinggi kepada negara, walaupun haram.
Shaklee Di Mana?
Yang jelas Shaklee itu sebuah perniagaan, yang berpusat di Amerika. Tiadakah umat Islam di Amerika? Yang bukan Islam di Amerika sekali pun, adakah mereka ada pilihan untuk tidak membayar cukai kepada kerajaan mereka sendiri yang menyumbang kepada Israel yang menjadi peluru kepada orang Islam di Palestin?
Adakah anda fikir umat Islam di Amerika yang membayar cukai ini menyokong pembunuhan rakyat Palestin? Tapi adakah mereka mempunyai pilihan untuk tidak membayar cukai? Kita pula menyibuk “kenapa tak pindah?”, “berhijrah jer lah”. Amboi senangnya bercakap, tak kena bayar pun.
Adakah kita yang menentang kenaikan harga minyak sanggup berpindah ke negara lain sepertimana yang diperli oleh seorang menteri? Jadi apa bezanya kita dengan Muslim di Amerika?
Fikirkan dengan wajar dan bijaksana. Saya juga sudah bertahun tak makan McD dan KFC, tapi saya tidak pernah menyebarkan keburukan mereka untuk memuaskan hati kononnya melakukan sesuatu yang murni.
Pasti anda tertanya, mengapa saya sebut KFC? KFC menyumbang kepada Israel kah? Bukan yang menyumbang kepada Israel sahaja hidup kita di atas muka bumi Allah s.w.t ini tuan-tuan, tetapi tanggungjawab kita jauh lebih besar dari itu.

Amal Ma’ruf, Nahi Mungkar!

Berbuatlah baik dan tinggalkan keburukan. Rokok tidak baik, tinggalkan. Makanan segera tidak baik, tinggalkan. Maggi tidak baik, tinggalkan. Ajinomoto tidak baik, tinggalkan. KFC tidak sihat, tinggalkan. Ayam daging tidak sihat, tinggalkan. Nestle produk Israel, pun tinggalkan.
Shaklee sihat, teruskan. Shaklee baik, amalkan. Sebagai penutup, saya kongsikan ayat pada screenshot rambang ini untuk renungan bersama.


Jom kita lihat apa kata CEO Shaklee , Roger Barnett mengenai isu ini :






Sekian dahulu mukaddimah ringkas saya untuk hari ini, nak terperinci lagi mungkin kena tulis buku kot. Diharap pembaca membaca sambil berfikir, yang tergantung itu sambunglah dengan perspektif sendiri yer.


KREDIT

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

2 Comment:

shaklee terbaik ;)

Xprezzo said...

semoga pencerahan ini sedikit sebanyak membuka mata typical malaysian yg hanya baca tajuk,terus hentam..