Monday, August 18, 2014

MAKANAN SIHAT SEPANJANG KEHAMILAN




Ibu mengandung memang gemar mengunyah. Tetapi pastikan makanan yang dikunyah termasuk dalam kategori makanan yang sihat. Ada pelbagai jenis snek sihat yang boleh dikunyah sepanjang mengandung. Jangan sekali-kali makan snek tidak berkhasiat yang banyak kandungan bahan perisa.
Berikut beberapa idea snek sihat dan lazat mengikut trimester kehamilan.

Trimester pertama
Semasa trimester pertama, mungkin ada ibu yang langsung tidak lalu makan kerana masalah mabuk hamil. Jika ini berlaku, snek boleh membantu iaitu makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Ketika ini ibu hamil memerlukan lebih kalori dan folat.
Ambil makanan yang kaya dengan folat seperti membuat salad menggunakan daun bayam kecil, atau kukus asparagus yang dimakan dengan pencicah. Makan banyak buah oren. Anda juga boleh sentiasa menyimpan roti berserat tinggi supaya boleh makan bila-bila masa anda memerlukannya.
Selain dari itu ibu juga memerlukan vitamin A yang penting bagi perkembangan organ, sistem peredaran, pernafasan dan sistem saraf bayi. Dapatkan snek yang kaya dengan vitamin A dalam trimester pertama.
Telur dan keju adalah sumber yang baik selain vitamin A dalam sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna oren yang mengandungi betakarotina. Campur potongan buah mangga, pic dan betik ke dalam bijirin anda. Anda juga boleh membuat minuman smoothies. Sup daripada lobak merah, labu air dan keledek juga sangat berkhasiat.

Trimester kedua
Ketika ini ibu perlu lebih fokus mendapatkan kalsium yang cukup kerana gigi dan tulang bayi mula terbentuk. Kalsium dapat mengurangkan risiko mengalami tekanan darah tinggi. Produk tenusu membekalkan banyak kalsium yang mudah diserap oleh badan. Yogurt adalah snek yang mudah.
Sekiranya tidak boleh mengambil produk tenusu, boleh beralih pada produk soya yang diperkaya dengan kalsium. Buah tin kering dan badam juga mengandungi kalsium. Ia boleh dibawa ke mana-mana.
Satu lagi snek yang baik untuk bakal ibu ketika trimester ini adalah sardin dengan roti bakar. Sardin membekalkan kalsium, zat besi dan asid lemak omega 3. Asid lemak ini penting untuk perkembangan otak dan mata bayi.
Satu lagi mineral penting bagi tulang ialah magnesium. Makanlah snek yang kaya dengan magnesium seperti segelas susu, sebiji kentang bakar atau segenggam biji-bijian.

Trimester ketiga
Memasuki trimester akhir kehamilan bermakna ibu memerlukan lebih banyak tenaga, vitamin C dan thiamin (vitamin B1). Tenaga tambahan yang diperlukan hanyalah 200 kalori sahaja. Sekeping roti bakar bijirin penuh dengan ekstrak yis dan sebiji tomato atau semangkuk sup cendawan dan buah oren mandarin sangat berkhasiat.
Vitamin C memainkan peranan dalam memastikan plasenta berkembang dan berfungsi dengan baik. Ia juga membantu lapisan dinding perut menyerap zat besi daripada makanan. Buah strawberi dan kiwi kaya dengan vitamin C. Ia mudah dibawa ke mana-mana dan boleh dibuat smoothie yang enak atau salad buah-buahan.
Vitamin C dalam sayur-sayuran boleh terhapus sekiranya dimasak terlalu lama. Brokoli dan bunga kubis atau lada benggala hanya perlu distim seketika dan enak dimakan dengan sos salad.
Sementara itu tingkatkan pengambilan vitamin B dengan mengambil bijirin sarapan pagi yang diperkaya dengan serat tetapi pilih yang rendah kandungan gula. Keperluan thiamin meningkat dalam trimester terakhir untuk membantu ibu mengeluarkan tenaga daripada makanan.
Kekacang, beras perang, sayur-sayuran hijau adalah sumber thiamin yang baik. Sediakan snek mudah diperbuat daripada sekeping roti bijian bakar dengan kacang panggang yang dapat membekalkan khasiat yang diperlukan.

Perlukan suplimen untuk kekal sihat sepanjang kehamilan ? KLIK SINI


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

3 comments:

irrayyan said...

Singgah dari segmen url blog kak mia.
Jom singgah blog mommy Irra => irrayyan.com
done follow sini ^^

ain syafieqa said...

good sharing..^^

miss wawa said...

Singgah dari segmen "Senarai URL blog Mia Liana

jemput singgah blog Wawa - KLIK