PERSEDIAAN SEBELUM HAMIL





Persiapan sebelum hamil sangat diperlukan bagi seorang perempuan yang merancang untuk hamil. Persiapan kehamilan ini diperlukan kerana ingin memastikan kehamilan yang sihat dan menghasilkan keturunan yang berkualiti yang didambakan oleh keluarga. Ada banyak faktor yang sebaiknya perlu dipersiapkan sebelum seorang perempuan ingin kehamilan di antaranya:

Pemeriksaan Penyakit dan Virus

Pemeriksaan virus rubella, sitomeglovirus, herpes, varicella zoster untuk menghindari terjadinya kecacatan pada janin.

Pemeriksaan virus hepatitis dan virus HIV untuk menghindari diturunkan penyakit akibat virus-virus tersebut kepada janin.

Pemeriksaan penyakit toksoplasmosis, kerana penyakit ini dapat menyebabkan kecacatan dan keguguran.

Pemeriksaan penyakit seksual menular, kerana hal ini dapat menyebabkan kematian ibu, janin, mahupun bayi yang akan dilahirkan. Selain itu juga dilakukan pemeriksaan terhadap penyakit yang sedang dialami seperti asthma, diabetes mellitus dan jantung. Pada Wanita hamil penyakit-penyakit seperti ini dapat mentambah berat dan membahayakan jika tidak dirawat dan pengambilan ubat yang teratur.

Pemeriksaan penyakit akibat kekurangan zat-zat tertentu seperti kekurangan zat besi. kekurangan zat besi dapat menyebabkan anemia. Hal ini dapat menyebabkan kelahiran pramatang dan keguguran.

Pemeriksaan Darah

Pemeriksaan golongan darah dan rhesus/Rh darah (unsur yang mempengaruhi antibodi yang terkandung di dalam sel darah merah) pada pasangan suami isteri dilakukan untuk mengantisipasi perbezaan golongan darah dan rhesus antara darah ibu dan bayinya. Perbezaan golongan darah dan rhesus darah ini dapat mengancam janin dalam kandungan

Persiapan Kewangan

Persiapan kewangan juga penting sebelum berfikir untuk hamil. Anda tentunya menginginkan anak anda mendapatkan sesuatu yang terbaik dalam bidang apapun.Diantaranya menrangkumi perbelanjaan kesihatan (biaya konsultasi, pemeriksaan, obat dan melahirkan), perbelanjaan selepas melahirkan (tempat tidur bayi, pakaian bayi, selimut, dll) dan persiapkan pula budget untuk hal-hal yang tak terduga.

Persiapan Mental

Keadaan mental amat sangat mempengaruhi kandungan, oleh kerana itu orang tua harus mempersiapkan diri secara mental untuk menghadapi proses ini. Selama sembilan bulan masa kehamilan, biasanya terjadi perubahan-perubahan psikologi tidak hanya pada ibu tetapi juga pada ayah.

Lengkapi diri anda dengan berbagai informasi dan sumber mengenai kehamilan, termasuk belajar dari pengalaman-pengalaman teman atau orang dekat yang sudah melalui saat ini.

Sokongan suami kepada isteri sangat diperlukan, sehingga mentalnya cukup kuat dalam menghadapi proses kehamilan. Membantu isteri dalam menyiapkan keperluan bayi, dan keperluan sepanjang kehamilan. Ini sedikit sebanyak membantu isteri supaya tidak terlampau banyak berfikir dan akhirnya mengganggu emosi.



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.
Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.
Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera


Post a Comment

0 Comments