Tuesday, July 22, 2014

PENTINGKAH PENGAMBILAN SUPLIMEN SEMASA KEHAMILAN?






Mendapat khabar kehamilan adalah saat yang semua perempuan nak rasa. Semua akan excited, tak kiralah walau dah berapa kali pregnant pun. Apatah lagi yang pregnant untuk kali pertama. Mesti rasa teruja macam-macam. Nak start dari mana, nak prepare ini, nak macam ini ke, itu ke. Nanti buat itu, buat ini. Dan pelbagai reaksi teruja yang lain. Sampai kadang tu, kita jadi terlupa pada nutrient yang diperlukan sepanjang kehamilan. Nutrient yang lengkap perlu untuk perkembangan bayi di dalam kandungan. Untuk yang tertanya, jom baca dan take note apa keperluan untuk bayi. Saya akan kaitkan dengan nutrisi set kehamilan dari Shaklee. 

Asid folik
Asid folik sangat penting untuk diambil oleh ibu hamil terutamanya dalam trimester pertama. Ia perlu untuk mengurangkan risiko bayi dari mengalami kecacatan tulang belakang, iaitu tiub neural. Kecatacatan tiub neural (spina bifida) berlaku apabila saraf dalam tulang belakang terdedah dan rosak. Dos diperlukan biasanya 400mcg. Sekiranya terdapat masalah, dos yang lebih tinggi mungkin diperlukan.



Kalsium
Kalsium diperlukan untuk pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang, terutamanya di fasa trimester akhir. Kalsium juga untuk mencegah kekejangan otot ibu. Dos diperlukan adalam 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).

Vitamin D
Vitamin D adalah vitamin larut lemak yang juga mengekalkan tulang dan gigi dalam keadaan sihat. Vitamin ini memainkan peranan dengan membantu mengekalkan tahap kalsium dan fosforus dalam badan. Dos yang dicadangkan adalam 200IU. 

Zat Besi
Ibu hamil akan mengetahui tahap keperluan zat besi melalui ujian darah. Jumlah darah dalam badan ibu hamil semakin bertambah untuk menyokong tumbesaran fetus. Dos yang disyorkan adalah 30mg. 

Omega-3
Omega-3 berfungsi untuk pembentukan otak dan saraf bayi. 

Multivitamin
Nutrient lengkap untuk ibu sepanjang kehamilan dan penting untuk mencegah kekurangan darah sewaktu bersalin. 

Vitamin C
Menggalakan pembinaan imunisasi kepada ibu dan bayi. Vitamin C juga membantu penyerapan nutrient lain. 

Okay, berdasarkan semua keperluan di atas, ini cadangan Set Kehamilan Shaklee.







Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care




0 comments: