CANTIK SEPANJANG KEHAMILAN





Kehamilan adakalanya mengganggu hormon wanita menyebabkan hilang ‘mood’ hendak melaram  seperti sebelum hamil. Keadaan ini membuatkan sesetengah ibu hamil tampil tidak bermaya dan kurang bergaya.Namun, biasanya ‘pembawaan budak’ itu hanya berlaku sekitar tiga bulan pertama kehamilan sahaja. Sebaik usia kehamilan masuk trimester kedua, ibu lebih berasa sihat dan bertenaga biarpun sedikit keletihan.

Ada sesetengah wanita yang beruntung kerana sepanjang bulan pertengahan kehamilan, penampilan mereka kelihatan lebih berseri. Rambut menjadi semakin berkilauan, pipi kemerahan dan kulit sihat dan licin. Tetapi tidak semua orang berkeadaan sihat begini. Paras hormon yang tinggi boleh mengakibatkan kesan yang kurang baik kepada kulit, kuku dan rambut. Bagaimanapun jangan risau sekiranya perubahan berlaku kepada diri anda, sebarang perubahan yang kurang memuaskan biasanya hilang selepas kelahiran.

Rambut
Sekiranya rambut menjadi kering dan mudah berbelah, gunakan syampu yang lembut dan perapi rambut. Jangan sikat rambut terlalu kerap atau kasar. Basuh rambut yang berminyak dengan kerap supaya sentiasa berkilau.

Kulit
Kulit mungkin bertambah baik, kecacatan hilang dan tekstur kulit menjadi licin dan lembut. Bagaimanapun anda mungkin memiliki kulit yang sangat kering, berminyak atau berbintik.  Bersihkan kulit dengan sempurna, sapukan pelembap dengan lembut di bahagian yang kering dan tambahkan minyak mandian dalam air mandian.

Kuku
Kemungkinan juga anda mengalami kuku mudah patah dan merekah. Pakai sarung tangan ketika melakukan kerja rumah atau semasa berkebun.

Tercari-cari suplimen untuk kehamilan ?



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

0 Comments