APA ITU ANTIOKSIDAN?


Orang kata,nak kulit cantik, makan vitamin E,C,makan collagen. Ayat ini selalu kita dengar bila kita bercerita pada seseorang kalau kita menghadapi masalah kulit. Tapi kita tak tahu macam mana semua supplement tersebut bertindak pada kulit kita. Apa kandungan supplement itu yang membantu mengatasi masalah kulit? Jawapannya, antioksidan. Pernah dengar kan? Tahu tak apakah antioksidan? 

Apakah antioksidan?

Antioksidan adalah sekumpulan komponen yang membantu melindungi badan kita dari pembetukan dan penyingkiran radikal bebas atau free radicals. Radikal bebas dihasilkan dari pendedahan badan terhadap cahaya matahari dan pencemaran, juga sisa dari proses metabolisma sel. Asap rokok, udara bebas dan diet juga menjejaskan tahap radikal bebas dalam badan kita. 

sumber anti oksidan


Bagaimana antioksidan bertindak?

Pengoksidaan adalah satu tindak balas kimia yang memindahkan elektron atau hidrogen dari satu bahan ke satu agen pengoksidaan. Tindak balas pengoksidaan menghasilkan radikal bebas. Secara bergilir, radikal bebas memulakan tindak balas berantai. Apabila tindak balas berantai berlaku, ia menyebabkan kerosakan atau kematian kepada sel. Antioksidan menamatkan tindak balas berantai dengan membuang perantara radikal bebas dan menyekat reaksi pengoksidaan lain melalui pengoksidaan diri mereka. Sebab itu, antioksida dikenali sebagai reducing agent. 




Apakah vitamin sumber antioksidan?




1) Vitamin E

Juga dikenali sebagai d-alpha tocopherol. Vitamin E merupakan vitamin larut lemak dari kacang, sayuran, minyak ikan, bijirin dan aprikot. Dos pengambilan yang disarankan untuk vitamin E adalah sebanyak 15 IU bagi lelaki dan 12 IU bagi perempuan.

[✔] Melindungi dan meneutralkan radikal bebas yang 
      merosakkan sel-sel kulit
[✔] Memudarkan parut jerawat
[✔] Anti-penuaan terbaik
[✔] Membekalkan oksigen dan mempertingkatkan pemulihan
[✔] Mengurangkan bintik penuaan

2) Vitamin C



Asid askorbik adalah nama lain untuk vitamin C yang merupakan vitamin larut lemak. Antara sumber vitamin C adalah buahan citrus, jus buahan, kubis, bayam, brokoli, kubis, tembikai, kiwi dan strawberi. Dos yang sesuai adalah 60 mg, dan dos maximum sebanyak 2000 mg. 

[✔] Meningkatkan sistem imun
[✔] Membantu menyekat bakteria penyebab jerawat
[✔] Melindungi kulit dan mempertingkatkan pemulihan
[✔] Penting untuk kolagen dan tisu penghubung


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

0 Comments