10 MAKANAN YANG BERKHASIAT UNTUK KANAK-KANAK


Pemilihan makanan yang sihat dan berkhasiat sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak - kanak. Tubuh kanak - kanak yang sihat dan mengalami perkembangan yang baik membantu pertumbuhan kesihatan mental dan daya fikir kanak - kanak. Pepatah Arab menyebut, "Akal yang sihat datang dari tubuh yang sihat".

1.Bijirin Oat



Selalunya oat sering dijadikan menu sarapan pagi. Kanak - kanak yang bersarapan pagi membantu perkembangan kognitif mereka dengan cemerlang. Oat dikenalpasti mempunyai indeks glisemik yang rendah dan mengenyangkan. Indeks glisemik yang rendah bermaksud, glukosa yang dikeluarkan oleh oat dilepaskan secaa perlahan - lahan ke dalam tubuh. Ini menyebabkan kanak - kanak kenyang lebih lama. Tenaga yang ada cukup untuk perkembangan otak mereka ketika belajar. Oat boleh dicampurkan dengan minuman kegemaran atau dijadikan snek. Gantikan gula dengan madu dan tambah buah - buahan bagi meningkatkan khasiat makanan tersebut. Bagi pengguna Shaklee, anda juga boleh mencampurkan oat dengan minuman Mealshakes yang juga rendah indeks glisemik untuk sarapan pagi.

2.Tuna




Bagi mereka yang kurang menggemari ikan, anda perlu memikirkan semula tindakan anda. Ikan tuna kaya dengan asid lemak perlu seperti Omega 3. Omega 3 telah disahkan memainkan peranan penting dalam perkembangan otak, pertumbuhan tubuh manusia dan kesihatan tubuh. Tuna mempunyai asid lemak perlu yang sangat diperlukan oleh tubuh. Kajian mendapati, bayi yang tidak menerima cukup kandungan Omega 3 akan mengalami masalah perkembangan otak dan pengihatan.Makanlah secara sederhana tuna yang kaya dengan Omega 3. 1 hingga 2 hidangan tuna seminggu sudah mencukupi untuk kanak - kanak. Mungkin kerisauan tentang kandungan merkuri di dalam tuna boleh diatasi dengan penggunaan Omega Guard , iaitu minyak ikan Shaklee yang dijamin selamat untuk kanak - kanak.

3.Kekacang


Kebaikan Omega 3 bukan sahaja ada di dalam ikan tuna tetapi boleh juga didapati dalam kekacang. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu mengawasi kanak - kanak bagi mengelakkan masalah tertelan kekacang dan alergi. Antara kekacang yang kaya dengan Omega 3 ialah biji bunga matahari, kacang Macadamia, kacang walnut, kacang Brazil, badam dan kacang tanah.

4.Yoghurt



Yoghurt merupakan sumber kalsium yang bagus untuk kanak - kanak. Selain itu, ia sangat bagus untuk kesihatan usus kanak - kanak dan mengelakkan masalah sembelit. Ia membantu membina mikroflora yang baik dalam usus kanak - kanak. Walau bagaimanapun, kebanyakan yoghurt diperisakan dengan pelbagai bahan yang tinggi kandungan gula. Oleh itu, ibu bapa perlu memilih yoghurt yang kurang kandungan gula.

5.Telur




Telur merupakan sumber protein yang tinggi dan kaya dengan kolina. Telur juga mengandungi Vitamin D dan membantu penyerapan kalsium dalam tubuh. Walaupun telur mempunyai kolesterol, ia tidak mengandungi lemak tepu yang banyak Oleh itu, omelet telur sebagai sarapan adalah baik untuk hidangan kanak - kanak. Sandwich telur juga sesuai untuk hidangan makan tengahari.

6.Sayur - sayuran

Semua sedia maklum dengan kebaikan sayur - sayuran. Antara sayur - sayuran yang dicadangkan sebagai hidangan yang bagus untuk kanak - kanak ialah :-

a. Brokoli
b. Bayam
c. Cili Merah
d. Lobak Merah
e. Asparagus
f . Saleri @ Saderi

Sayuran - sayuran ini boleh dihidangkan dengan gorengan celup tepung atau dijadikan sup sayur - sayuran yang enak.

7.Buah  buahan




Buahan - buahan merupakan sumber penting mineral dan vitamin. Antara buah - buahan yang disyorkan dan bagus untuk kanak - kanak ialah :-

a. Kiwi
b. Cantaloupes
c. Epal
d. Oren
e. Beri Biru

Buah - buahan kering juga boleh dihidangkan kepada kanak - kanak kerana ia kaya dengan zat besi. Zat besi membantu daya kepekaan kanak - kanak semasa proses belajar.

8. Kentang Bakar (Baked Potato)



Lupakan tentang kentang goreng. Kentang mengandungi potassium dan serat. Hidangkan secara panggang atau bakar. Anda boleh cuba potato gratin atau kentang bakar dengan sos salsa. Pasti menarik untuk kelainan.

9.Keju


Hidangan keju yang dimakan secara sederhana baik untuk pertumbuhan minda kanak - kanak. Anda boleh mencuba keju feta atau keju yang rendah lemak. Boleh juga dicampurkan dengan salad sayur - sayuran.

10.Mentega Kacang





Andaikan anak - anak tidak alergi dengan kacang tanah. Mentega kacang boleh dihidangkan dengan roti dan juga buah - buahan seperti beri, pisang dan epal.

Sesekali apa kata, anda masak sendiri sarapan dengan hidangan mudah seperti yang disyorkan.


Lagi info mengenai nutrisi terbaik untuk si manja anda : Mealshakes


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care


Post a Comment

0 Comments