Kafein & Kehamilan




Wanita yang gemar minuman kopi perlu melupakan seketika kegemarannya apabila disahkan hamil. Semuanya demi mengelakkan risiko buruk berlaku ke atas janin dalam kandungan.

Menurut kajian klinikal yang diterbitkan melalui American Journal of Obstetrics and Gynecology, had pengambilan kafein tidak boleh melebihi 200mg sehari.

Jika anda mengandung tetapi masih berdegil mengambil kafein melebihi had yang ditetapkan, maka bersedialah berdepan dengan risiko komplikasi semasa dan selepas kehamilan.

Kafein menyebabkan penyempitan salur darah dan akan mengakibatkan aliran darah ke plasenta berkurangan. Secara tidak langsung ia mengganggu pertumbuhan bayi.

Oleh kerana kafein boleh memasuki plasenta dengan mudah, bayi terdedah kepada kesan buruk kafein. Kajian klinikal mendapati antara masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi ialah kurang berat, kecacatan fizikal, kematian dan sukar tidur selepas dilahirkan.

Kafein juga adalah perangsang dan boleh meningkatkan denyut jantung dan tekanan darah ibu hamil. Ia boleh mengakibatkan masalah insomnia dan pedih ulu hati kerana merangsang perembesan asid gastrik di dalam perut.

Kesan ini mungkin akan berpanjangan akibat kebolehan badan menyingkirkan kafein semakin berkurangan di akhir kehamilan. Jika sukar berhenti, campurkan minuman berkafein dengan minuman tidak berkafein.

Ia boleh mengurangkan kandungan kafein. Selain itu, gantikan minuman berkafein dengan jus buah-buahan segar kerana ia berupaya menyingkirkan kafein.



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care


Post a Comment

0 Comments