PEMAKANAN SEIMBANG KAWAL RISIKO DIABETES

5:44 PM yong norliza 0 Comments



Tindakan mengawal paras glukosa dalam darah di samping diet dan senaman boleh mengurangkan risiko komplikasi kencing manis. Sebaik-baiknya, kandungan karbohidrat dalam pemakanan perlu diawasi.Kurangkan kalori dengan memilih makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi dan roti putih. Gantikan dengan roti gandum sekiranya perlu. Berjumpalah dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam usaha mengubah tabiat pemakanan yang tidak sihat. Berikut adalah contoh makanan yang sesuai dimakan oleh pesakit diabetes.  

Susu
Kombinasi vitamin D dan kalsium sangat bagus untuk penderita diabetes. Kajian yang dilakukan ke atas wanita yang mengambil lebih daripada 1000 mg dan multivitamin D setiap hari kurang berisiko menghidap diabetes sebanyak 3% berbanding wanita yang tidak minum susu langsung. 

Salmon 
Salmon kaya dengan asid lemak omega-3. Jenis lemak sihat ini berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung, menurunkan berat badan, mengurangkan peradangan, serta memperbaiki perkembangan insulin. Selain itu, ikan ini juga mengandungi vitamin D.

Sereal atau Oatmeal
Sereal atau oatmeal merupakan sarapan sihat dan enak yang sangat digalakkan pengambilannya. Selain mengandungi serta tinggi, ia juga merupakan sumber  tenaga. Jadi, lengkapkan sarapan anda dengan sereal atau oatmeal. 


Blueberry
Pterostilbene yang terdapat di dalam blueberry menunjukkan kesan protein reseptor yang distimulasikan dalam sel, berperanan menurunkan kolesterol dan lemak.
Pterostilbene juga mungkin membantu melawan kanser dan diabetes. 

Brokoli 
Kajian mendapati brokoli memiliki zat penting yang mampu memperbaiki dan mengembalikan fungsi pembuluh darah yang rosak akibat kencing manis atau diabetes. Peneliti dari Universiti Warwick meyakini, zat sulforaphane yang terkandung di dalamnya membantu memulihkan pembuluh darah

Bawang Putih
Bawang putih mengandungi galian tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan kalium, iaitu 529 mg bagi setiap 100 gm. Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid berlebihan (asidosis) dan ia bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku
keadaan tidak sedarkan diri atau koma. Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini berupaya merawat kencing manis.

MAKANAN YANG BEBAS DIMAKAN PESAKIT DIABETES
  • Semua jenis sayuran seperti sawi, kangkung, bayam, kobis, kacang buncis, kacang panjang, bendi, tomato, terung dan sebagainya kecuali semua jenis ubi.
  • Semua cecair dan minuman tanpa gula seperti sup air, air kosong, teh, kopi kosong, kacang panjang, teh tanpa  gula, teh Cina, airlimau, air barli tanpa gula.
  • Perasa dan perencah seperti serbuk cili, kari, kunyit, rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sebagainya. 
  • Semua daging/ayam tanpa lemak, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Hadkan makanan tinggi kolesterol seperti makanan laut (udang, sotong, ketam, kerang, siput) dan organ dalaman (hati, otak, perut, limpa). 

PANDUAN AM UNTUK PESAKIT DIABETES

Anda boleh menikmati tiga hidangan utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari, makan malam pada selang masa yang tetap. 
  • Agihkan jumlah pengambilan makanan yang perlu disukat supaya tidak berlebihan pada satu masa tertentu. Makanan yang dihadkan adalah makanan  berkarbohidrat yang akan meningkatkan paras gula darah.
  • Tingkatkan pengambilan serat dalam diet. Ini dapat membantu mengawal paras gula darah dan mengelakkan sembelit. 
  • Sumber serat yang baik adalah bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang, kekacang dan biji-bijian. kurangkan pengunaan garam  dalam masakan dan elakkan makanan tinggi kandungan garam.
  • kurangkan jumlah pengambilan lemak atau minyak  terutamanya lemak tepu seperti krim, minyak kelapa, santan dan krim salad. 

selain itu, anda boleh mengambil suplimen untuk mengawal diabetes anda. 
Kami ada Sugar Control Set untuk pesakit diabetis


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care


0 Comment: