Kencing Kotor : Berbahaya atau Tidak??

4:30 PM yong norliza 0 Comments

Pengenalan

Istilah kencing kotor sering digunakan oleh seseorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas kencing atau kencing yang tidak lancar.
Air kencing biasanya kuning jernih atau kuning pekat.




Apakah yang menyebabkan air kencing kelihatan keruh atau kotor?
  • Kekurangan air dalam badan
  • Jangkitan kuman dalam saluran kencing (Urinary Tract Infection-UTI)
  • Terlalu banyak pengambilan Vitamin yang larut air seperti Vit B dan Vit C
  • Pesakit kencing manis (diabetes)
  • Mengandung
  • Pengambilan sesetengah ubatan
  • Terdedah kepada sesetengah bahan kimia
  • Batu karang dalam saluran kencing
  • Kerosakan buah pinggang


Seringkali yang datang ke klinik swasta yang mengadu kencing kotor bersertakan dengan  kencing yang keruh, mereka kebanyakannya menghidapi jangkitan kuman dalam saluran kencing. Doktor sering mengunakan perkataan UTI atau Urinary Tract Infection untuk  merujuk penyakit seperti itu.

Saluran kencing bermakna saluran air kencing daripada ginjal atau buah pinggang sehingga saluran paling bawah (urethra) di mana air kencing akan keluar. Bila saluran ini dijangkiti kuman maka ia dikenali dengan Jangkitan Kuman Di Saluran Kencing atau Urinary Tract Infection atau UTI.

Kuman apa yang sering buatkan jangkitan kuman di bahagian tersebut?

80% adalah disebabkan oleh kuman yang dipanggil Escherichia coli atau E.coli (=e-kolai).  20% lagi disebabkan oleh kuman-kuman yang lain. Kuman E. Coli ini banyak terdapat dalam usus besar dan di dubur. Kuman ini akan bergerak dari dubur dan masuk ke lubang kencing, ke urethra, ke pundi kencing dan boleh sampai ke buah pinggang. Kuman ini terpaksa naik ke  bahagian atas dengan melawan arus air kencing. Jadi sekiranya air kencing keluar dengan laju, sedikit sebanyak akan menghalang kuman naik ke bahagian atas saluran kencing dengan senang.
Kencing kotor lebih kerap di kalangan perempuan kerana duburnya terletak lebih dekat dengan lubang air kencing berbanding dengan lelaki kerana zakarnya.

Siapa yang berisiko mendapat UTI (kencing kotor)?

Air kencing terjadi dari ginjal atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundi kencing. Bila pundi kencing telah penuh ia akan mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah). Jadi apa-apa yang yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar, maka senanglah kuman E. Coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas saluran kencing. Dengan ini akan mededahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di saluran air kencing.

Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkak prostat (protate) dan lubang kencing yang sempit (urethral stricture). Tidak kurang juga yang selalu menahan kencing dan yang kurang pengambilan air.

Apakah tanda-tanda kencing kotor atau UTI.

Tanda atau simptomnya berbeza-beza mengikut umur, jantina dan bahagian saluran kencing yang terlibat.

  • Setengah orang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda  tetapi terjumpa bila pemeriksaan air kencing dibuat kerana sebab-sebab yang lain dan ia akan sembuh dengan sendiri selepas 2 sehingga 5 hari.
  • Ada orang yang tidak sembuh dengan sendiri dan mereka ini,akan mengalami kekerapan kencing yang tidak boleh ditahan terutama sekali kalau pundi kecing dijangkiti kuman,
  • Sakit yang pedih dan panas semasa dan sejurus selepas kencing,
  • Air kencing nampak kotor,
  • Kadang-kadang air kencing berdarah,
  • Kadang-kadang air kencing berbau busuk,
  • Kalangan perempuan, selalu mengalami sakit di bahagian bawah perut seperti terasa pundi penuh.


Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.

 Mesti diingat iaitu sekiranya terdapat jangkitan kuman di bahagian faraj, simptom atau tanda-tanda seperti di atas juga terdapat pada seseorang itu.

Bagaimana diagnosis boleh dibuat?

Bila berlaku keadaan ini hendaklah berjumpa dengan doktor dan sekurang-kurangnya pemeriksaan air kencing akan dibuat. Biasanya dengan uristix .
  
Rawatan

Sekiranya simptomnya sangat ketara disyorkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan seterusnya rawatan antibiotik dapat diberi.

Pencegahan
  • Minum air dengan secukupnya
  • Elak menahan kencing
  • Makan buah cranberries atau bluebarries yang mempunyai antioxidants. Jusnya senang terdapat di farmasi.
  • Makan buah nenas. Nenas mempunyai bromelin yang bertindak sebagai anti-radang.


Sumber dari~sakitanda.com
##############################

Kencing kotor ketika hamil

kencing kotor juga boleh berlaku walaupun bukan dalam keadaan mengandung. Bagaimana kencing kotor terjadi . Biar saya terangkan sedikit maklumla kalau doktor kata anda sedang mengalaminya tak la anda terpinga-pinga.




Kencing kotor terjadi pada wanita mengandung kerana tekanan yang berlaku pada struktur pundi kencing akibat dari rahim yang membesar.Akibatnya kencing tidak dapat keluar dengan sempurna menyebabkan ia bertakung dan kuman pula senang membiak.

Sesetengah wanita tidak merasa apa-apa jika masalah ini berlaku tetapi sesetengah pula mungkin menghadapu tanda-tanda seperti :

* Rasa berdenyut atau sakit di kawasan ari-air
* Kerap membuang air kecil
* Kencing yang berwarna keruh atau berdarah
* Rasa sakit setiap kali buang air kecil
* Tidak boleh menahan diri dari membuang air kecil.

Jadi adakah ia memberi kesan pada bayi? 
Jika kuman telah membiak dan merebak naik dari pundi kencing ke ginjal atau buah pinggang, jangkitan ini boleh menjadilebih serius. Ia boleh menyebabkan berlakunya komplikasi pada bayi.

Bayi anda mungkin mengalami masalah berat bdan yang kurang atau bayi ringan dan juga bayi yang pramatang ketika di lahirkan.

Jadi jika perkara yang sama berlaku kepada anda, rujuklah cepat dengan doktor sebelum ia bertambah serius.


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

0 Comment: