BAGAIMANA MEMILIH SERBUK PROTEIN TERBAIK | MOMMYLIZZ



BAGAIMANA MEMILIH  SERBUK PROTEIN TERBAIK | Senang dan mudah disediakan serta boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja, serbuk protein merupakan cara paling mudah untuk memastikan anda memperolehi protein yang mencukupi setiap hari. Namun, dengan lambakan jenama dan pelbagai jenis protein di pasaran, yang mana satukah terbaik untuk anda?

Jom,kakyong bantu korang untuk memilih serbuk protein terbaik!

1. DAPATKAN SOYA



Soya sesuai untuk semua orang termasuk mereka yang sensitif kepada laktosa. Ianya juga memberi manfaat seperti :

  1. Mengandungi pelbagai faedah seperti berkesan untuk mengurangkan kolesterol
  2. Pengambilan protein soya yang berterusan membantu wanita menopos menangani sindrom menopos seperti kepanasan badan
  3. 100% berasaskan tumbuhan dan sesuai untuk individu vegetarian.

2. TIADA GULA PASIR TAMBAHAN



Kebanyakan pengeluar menambah gula pasir ke dalam serbuk protein mereka untuk meningkatkan rasa. Ambil keputusan yang betul dan katakan tidak kepada gula pasir tambahan!

Pengambilan protein membantu memastikan anda tidak mengambil kalori yang berlebihan dan membantu mengekalkan paras gula darah yang sihat.

3. MEMPUNYAI INDEKS GLISEMIK YANG RENDAH



Indeks glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan terhadap paras gula darah anda. Protein dengan GI yang tinggi menyebabkan lonjakan gula darah dan mengakibatkan anda letih, mudah marah dan lapar. Protein soya GI rendah membantu:
  1. Mengekalkan paras gula darah yang sihat.
  2. Meningkatkan rasa kenyang, menjadikan anda kenyang lebih lama.
  3. Mengawal dan menguruskan pengambilan makanan dan berat badan.

4. LENGKAP DENGAN 9 ASID AMINO PENTING


Asid amino adalah blok untuk menghasilkan protein. Pengambilan harian 9 asid amino penting untuk:

  1. Fungsi badan yang optimum.
  2. Proses biologi seperti memberi struktur sel, mengangkut dan menyimpan nutrien serta membentuk organ, kelenjar dan otot.
  3. Membaiki tisu seperti kulit, tulang dan rambut.
5. BUKAN GMO



Organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO) adalah tumbuhan, haiwan, ataupun mikroorganisma yang genetiknya diubahsuai dengan menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. Pengambilan terlalu banyak makanan GMO boleh menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka panjang.

Sumber bukan GMO memastikan:
  1. Nutrien kekal dalam sumber makanan.
  2. Alternatif untuk makanan yang lebih sihat dan selamat.
6. RENDAH LEMAK

Akhirnya, anda mahu mendapat faedah protein dari serbuk yang anda pilih dan bukannya lemak.

  1. Membantu mengekalkan jisim otot.
  2. Membantu mengekalkan tahap kolesterol.
  3. Pilih kurang daripada 3g lemak untuk setiap 100g serbuk protein.

BACA LAGI :




Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 





Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.
Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.
Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera

Post a Comment

0 Comments