6 NUTRIEN PENTING UNTUK KEHAMILAN I MOMMYLIZZ




Kehamilan adalah saat yang mengujakan bagi setiap pasangan. Disebalik keterujaan ini , tak kurang juga timbulnya perasaan risau. Bakal ibu dan bapa sudah mula memikirkan keperluan nutrisi yang terbaik untuk si manja di dalam kandungan.

Langkah pertama ke arah kehamilan yang sihat ialah memilih nutrisi untuk anda dan bayi. Set Kehamilan Shaklee membantu mengisi jurang nutrisi yang mungkin berlaku pada ibu supaya dapat membina asas kesihatan yang kukuh untuk bayi yang sihat.





1. PROTEIN

Apa yang baik untuk ibu, juga baik untuk bayi. Ambil lebih banyak protein untuk: 

- Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat 
  terutama semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi anda 
  menjalani proses pertumbuhan yang pesat.
- Pertumbuhan tisu payudara dan rahim optimum bagi ibu semasa hamil.


2. KALSIUM

Keperluan untuk mengambil kalsium meningkat semasa kehamilan kepada sekurang-kurangnya tiga hidangan sehari untuk: 

- Membantu perkembangan tulang dan gigi bayi yang sihat.
- Mengawalatur penggunaan cecair dalam badan ibu. 
- Mengembalikan simpanan kalsium ibu.


3. ASID LEMAK OMEGA-3

Asid dokosaheksaenoik (DHA) dan asid eikosapentaenoik (EPA) adalah sangat penting untuk perkara berikut:

- Menyokong perkembangan otak, mata, dan sistem saraf bayi.
- Menyokong kesihatan otak ibu.
- Mencegah keradangan.


4. MULTIVITAMIN + ZAT BESI

Merupakan vitamin perlu dan mineral yang sangat penting bagi wanita hamil yang membantu untuk:

- Menutup jurang nutrisi ibu supaya ibu dan bayi mendapat semua 
  nutrien perlu bagi mengekalkan kesihatan badan.
- Menyokong penghasilan sel darah merah untuk membantu membawa 
  oksigen dan menghantarnya kepada bayi serta mencegah anemia pada ibu


5. VITAMIN C

Selain bertindak sebagai antioksidan dan meningkatkan penghasilan sel imun, vitamin ini juga sangat penting bagi wanita hamil untuk: 

- Membantu pembentukan tisu penghubung, pertumbuhan otot dan tulang.
- Menyokong penyerapan zat besi.
- Menyokong pembentukan kolagen yang menjadi bahagian penting 
  dalam salur darah.


6. VITAMIN B

Vitamin B lengkap seperti vitamin B12, folat, vitamin B6, biotin, asid pantotenik, niasin, tiamina dan riboflavin adalah penting untuk meningkatkan kesihatan ibu dan bayi dengan: 

- Menyokong perkembangan tiub saraf bayi. 
- Meningkatkan tenaga semula jadi untuk ibu dan bayi yang membesar 
  dalam kandungan.
- Mencegah kecacatan kelahiran seperti kecacatan tulang belakang dan 
  otak melalui pengambilan asid folik2 terutama semasa peringkat 
  awal kehamilan.



IBU GEMBIRA = BAYI SIHAT
Nutrisi lengkap adalah kunci kepada ibu dan bayi yang lebih sihat! Ini adalah apa yang anda perlukan untuk kehamilan yang lebih sihat dan menyeronokkan


APA YANG SHAKLEE TAWARKAN ?






Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.
Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.
Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera


Reactions

Post a Comment

0 Comments