PANDUAN UNTUK BAPA HEBAT: APA PERLU ANDA LAKUKAN AGAR ISTERI TIDAK TERTEKAN ?




Terasa bangga apabila menatap wajah zuriat pertama yang telah selamat dilahirkan. Kini bermulalah episod baharu dalam hidup seorang lelaki yang telah bergelar papa, ayah, daddy, baba, abah dan sebagainya lagi.
Walau apa pun nama gelaran yang diberi, semuanya memikul tanggungjawab yang sama. Mungkin kebanyakan lelaki yang baharu bergelar papa masih kekok untuk menggalas tugas baharu tersebut dan ada yang tidak tahu apa yang patut dilakukan terutama sepanjang tempoh isteri berpantang.
Paling penting papa harus memahami keadaan isteri yang baharu melahirkan anak. Biasanya hormon wanita selepas bersalin agak tidak stabil. Oleh itu anda perlu bijak menyesuaikan diri menolong apa yang patut agar isteri tidak terus rasa tertekan.

  1. Ambil cuti
Anda disarankan bercuti beberapa hari sebaik isteri melahirkan bayi. Ia sebagai tanda sokongan dan komitmen anda untuk menguruskan hal isteri dan anak.

  1. Pujuk bayi menangis
Walaupun anda masih tidak biasa mendukung bayi kecil tetapi cuba sedaya upaya untuk segera membantu memujuk bayi yang menangis. Dukung, belai dan dakap si kecil agar dia berhenti menangis sementara menunggu isteri anda menyusukannya.

  1. Bantu tugas-tugas rumah tangga
Jika selama ini isteri yang membereskan semua hal mengemas rumah apa kata kali ini anda ringan tulang membantu. Membasuh pakaian, menyidai pakaian, menyapu lantai dan lain-lain lagi tugas boleh dilakukan dan pastinya isteri tersenyum bahagia mendapat suami yang ringan tulang.

  1. Urutan dan belaian
Ketika dalam pantang isteri seolah-olah mahu suami sentiasa ada di sisi. Jangan marah isteri anda dengan kelakuannya itu. Sebaliknya berikan urutan di belakang badan isteri yang keletihan bangun malam menyusukan bayi. Urutan dan belaian ringan dapat mengurangkan rasa tertekan dan keletihan isteri anda.

  1. Teman isteri bangun malam
Biasanya bayi baharu lahir gemar bangun malam untuk menyusu atau menangis kerana mahu didukung. Biarpun tugas menyusukan bayi dilakukan isteri, ini tidak bermakna anda harus terus tidur berdengkur dan membiarkan isteri bangun berseorangan. Apa kata jika bayi menangis, anda yang bangun dan mengejutkan isteri untuk menyusukan bayi dan menemankan mereka berdua sehingga selesai menyusu.

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

0 Comments