IBU HAMIL TAK BOLEH MAKAN AISKRIM??




Ais krim memang enak dinikmati terutama ketika dalam cuaca panas. Ia makanan kegemaran kebanyakan kanak-kanak kecil. Bagaimanapun ada dalam kalangan ibu hamil yang tiba-tiba mempunyai selera tinggi terhadap ais krim.
Sememangnya selera ibu hamil sukar dijangkakan. Jika sebelum ini memang tidak hairan dengan ais krim tetapi sepanjang mengandung, asyik teringin makan ais krim sahaja. Bolehkah wanita hamil makan ais krim? Tiada sebarang kesan burukkah kepada tabiat pemakanannya? Bukankah ais krim adalah salah satu makanan yang tidak sihat dan boleh menyebabkan kegemukan.
Mitos tentang ibu hamil yang makan ais krim boleh menyebabkan saiz badan bayi dalam kandungan menjadi terlalu besar masih dipercayai oleh sesetengah ibu yang berbadan dua. Akibatnya, walaupun keinginan menikmati ais krim terlalu tinggi, ibu terpaksa menelan air liur dan melupakannya kerana bimbang kesan buruk yang boleh diperoleh oleh bayi dalam kandungan.
Hakikatnya ais krim adalah makanan yang selamat dinikmati oleh ibu hamil. Ini kerana ia diperbuat daripada bahan asas yang mengandungi susu, lemak dan kalsium iaitu nutrisi penting yang diperlukan oleh ibu sepanjang kehamilan.
Semasa mengandung, ibu memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang janin yang dikandung dan menguatkan tulang ibu sepanjang kehamilan. Ini kerana semasa hami, ibu akan mengalami perubahan hormon dim ana keperluan kalsium meningkat daripada biasa. Jadi, ais krim merupakan salah satu sumber kalsium yang baik untuk dinikmati oleh ibu hamil.
Bagaimanapun pemilihan ais krim mestilah yang betul. Ais krim yang baik adalah ais krim yang mengandungi susu, lemak dan protein. Ibu hamil disarankan mengambil sebanyak dua hingga tiga cawan ais krim seminggu. Ini kerana komposisi 100 gram ais krim mengandungi sebanyak 207 kalori, 4 gram protein dan 12.5 gram lemak. Jika ibu makan ais krim dalam kuantiti yang betul maka masalah kegemukan tidak akan terjadi sepanjang kehamilan hanya kerana makan ais krim.
Mungkin bagi ibu hamil yang mengalami berat badan berkurangan menjelang kelahiran, boleh makan ais krim dengan lebih kerap dengan tujuan menaikkan berat badan bayi. Tetapi harus diingat, ais krim bukan makanan utama bagi ibu hamil, sebaliknya ia hanya kudapan yang boleh digabungkan dengan makanan lain seperti yogurt, buah-buahan segar, roti atau biskut.
Ais krim juga boleh menjadi makanan penyelamat bagi ibu hamil yang mengalami masalah loya dan mual di awal kehamilan cuma pastikan bahan asasnya adalah berkhasiat dan tidak mengambil dalam kuantiti berlebihan. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor mengenai pengambilan ais krim sebagai makanan sampingan utama sepanjang mengandung.
-----
Tercari-cari set kehamilan terbaik ??   



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

1 Comments