Mandi Wiladah Selepas Bersalin



Soalan:

Apakah maksud mandi wiladah? Perlukah seorang wanita yang melahirkan anak, mandi hadas selepas dia melahirkan anak atau pun dia boleh mandi hadas sekali sahaja iaitu selepas dia suci daripada nifas?

Jawapan:

Mandi Wiladah ertinya mandi wajib selepas melahirkan anak. Sebahagian para ilmuan dari kalangan Mazhab al-Syafi’e berpendapat wanita yang melahirkan anak tanpa darah nifas, maka wajib ke atasnya Mandi Wiladah. Sebaliknya jika wanita melahirkan anak diikuti dengan darah nifas, maka wajib ke atasnya mandi selepas suci dari darah nifas.


Namun sebahagian ilmuan lain menyatakan bahawa mandi wajib ialah satu ibadah dan sesuatu ibadah hendaklah dilaksanakan berdasarkan dalil-dalil agama. Mandi kerana junub, suci dari haid, suci dari nifas dan sebagainya memiliki dalil-dalil agama yang mewajibkannya. Manakala mandi kerana melahirkan anak tanpa pendarahan tidak memiliki dalil maka ia tidak wajib mahupun sunat untuk dilaksanakan. [Syaikh Abdul Karim Zaidan – Ensaiklopedia Fiqh Wanita, jld. 1, ms. 156] Saya mencenderungi pendapat kedua ini, bahawa tidak ada Mandi Wiladah bagi wanita yang melahirkan anak tanpa pendarahan.
*Jawapan oleh Hafiz Firdaus Abdullah (Penulis buku agama)


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

0 Comments