MAKANAN KAYA DENGAN KALSIUM UNTUK SI MANJA



Kalsium merupakan salah satu sumber makanan yang sangat penting dalam tumbesaran kanak-kanak. Oleh itu pastikan anda memberikan mereka sumber makanan berkalsium atau suplemen tambahan kalsium. Ada beberapa makanan yang mengandungi banyak kalsium dan boleh dimasukkan dalam senarai menu harian mereka.

SUSU

Ia minuman wajib dalam menu harian kanak-kanak. Umum sedia maklum tentang pembekal sumber kalsium terbanyak yang ada dalam susu. Pastikan anak-anak menikmati hidangan susu setiap hari tanpa halangan. Anda boleh variasikan perisa susu seperti strawberi, coklat atau vanilla untuk rasa yang lebih enak. Susu membantu pertumbuhan tulang dan gigi si manja.


KEJU

Selain susu keju juga makanan yang kaya dengan kalsium. Anda boleh menambahkan keju pada roti atau makanan kegemaran si kecil. Hidangan keju bagus untuk anak-anak yang sedang dalam proses tumbesaran.

TELUR

Selain menjadi sumber protein, telur juga mengandung kalsium yang baik untuk kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak suka makan telur. Untuk mengelakkan mereka bosan makan telur begitu sahaja, anda boleh berkreatif dalam menyediakan hidangan telur. Antara menu cadangan berasaskan telur seperti salad telur, omellete, telur hancur, sandwic telur dan lain-lain lagi. Telur kaya  dengan protein yang bagus diambil secara rutin.

BROKOLI

Memang lumrah kanak-kanak tidak mahu makan sayur-sayuran. Tetapi anda tetap perlu menyuruh mereka makan sayur-sayuran terutama brokoli kerana ia tinggi kandungan kalsium yang dapat membantu pertumbuhan tulang yang sihat dan kuat.

OREN

Buah oren memang sedap dinikmati terutama ketika cuaca panas. Paling penting ia kaya dengan kandungan kalsium. Biasakan si kecil menikmati buah oren yang juga kaya dengan vitamin C bagi menguatkan sistem imun badan anak anda.

cari suplimen untuk top up kalsium harian anak anda ?

Jom dapatkan MEALSHAKES SHAKLEE

* * * *




Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 



Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.
Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.
Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera.

Post a Comment

0 Comments