5 SEBAB ANDA MESTI AMALKAN OMEGA

8:14 PM yong norliza 0 Comments


Omega ni salah satu nutrien yang sangat penting tapi sering diabaikan oleh ramai orang. Sebelum ni saya sendiri tak pernah ambil tahu tentang omega ni. Main makan ikan je tapi sebenarnya kita perlu ambil dalam jumlah yang betul, dari sumber semulajadi dan berterusan.
Anda rasa anda tak perlukan omega-3? Cuba tengok 5 sebab dibawah, mungkin anda perlu sebenarnya.
1.BANTU ANDA KEKAL FOKUS
Omega diketahui sebagai ‘vitamin cerdik atau vitamin IQ’. Ada sebabnya ia dipanggil begitu ya. Omega dapat meningkatkan kesihatan dan fungsi otak dari kita kecil hingga tua.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Cerebral Cortex pada bulan Jun 2013, prestasi kognitif dan kadar pemikiran kompleks orang dewasa meningkat apabila diberi 2.2 gram omega -3 ( EPA / DHA ) sehari . Omegas -3 meningkatkan kesihatan otak dengan membantu untuk mengekalkan aliran darah yang baik ( aliran darah ke otak ) dan menyediakan struktur dan integriti untuk membran sel-sel di dalam otak anda.


2. BANTU ANDA KEKAL LANGSING
Ini salah satu sebab kenapa ramai orang mengamalkan omega dalam diet mereka.
Dalam satu kajian daripada 124 orang dewasa , mereka yang mempunyai kandungan Omega yang rendah mempunyai BMI dan ukuran pinggang dan pinggul lebih tinggi berbanding orang dewasa dengan kandungan omega -3 yang lebih tinggi .
Omega-3 dapat memberi kelebihan metabolik dan merangsang hormon yang membantu anda mengawal jumlah makanan yang dimakan dan membolehkan badan untuk membakar lemak sebagai tenaga . Omega -3 juga boleh mengurangkan hormon kelaparan dan membantu meningkatkan hormon yang berkaitan dengan perasaan kenyang supaya anda kenyang lebih lama.


3. MEMBERIKAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN KULIT
Semua orang mahukan kulit yang sihat dan cantik.
Satu kajian mendapati bahawa asid lemak omega-3 membantu melindungi sel-sel kulit daripada kerosakan UV akibat terdedah kepada cahaya matahari . Penyelidikan yang diterbitkan dalam Experimental Dermatology pada tahun 2011 melaporkan bahawa omega -3 dapat membantu dalam mengurangkan ‘photosensitivity’, mengurangkan tindak balas imun berikutan pendedahan matahari , serta pengurangan ‘photoaging’ dan tekanan oksidatif akibat daripada pendedahan cahaya matahari. Omega -3 juga memainkan peranan dalam membantu mencegah kanser kulit. Dengan iklim khatulistiwa di Malaysia ni omega sudah pasti menjadi satu suplemen terpenting.


4. OMEGA MENURUNKAN KOLESTEROL JAHAT DAN MENINGKATKAN KOLESTEROL BAIK
Ini satu lagi masalah terbesar orang di Malaysia. Malaysia kaya dengan menu yang pelbagai dan kita semua suka makan kan? Tapi akibatnya lebih 60% rakyat malaysia mengalami obesiti dan kolesterol tinggi.
Diet dengan pengambilan omega -3 dapat membantu menurunkan kadar ‘kolesterol jahat’ (LDL) dan meningkatkan kadar ‘kolesterol baik’ (HDL). Itulah sebabnya Persatuan Jantung Amerika menyarankan orang dewasa yang sihat untuk makan sekurang-kurangnya 2 hidangan ikan ( ikan sebaik-baiknya berminyak dari perairan sejuk) setiap minggu untuk mendapatkan kira-kira 500mg – 1g omega-3 sehari.


5. BANTU MENGURANGKAN ASMA
Asma atau lelah adalah penyakit lazim di negara kita. Dengan udara yang tercemar dan kotor, sesiapa pun berisiko untuk mendapat asma.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa orang yang menghidap asma mempunyai tahap omega-3 yang lebih rendah berbanding mereka yang tiada asma. Beberapa kajian menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan omega-3 meningkatkan tahap kesihatan penghidap asma. Satu kajian yang disiarkan dalam Perubatan Respiratori , melaporkan peningkatan fungsi paru-paru sebanyak 59 % dan mengurangkan keradangan saluran udara selepas mereka mengambil omega-3.




Tada..inilah rupa OMEGA GUARD




Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 





FB PAGE : MOMMY LIZZ HEALTH & BEAUTY CARE





*     *    *



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera.


Anda juga boleh terus ke mana-mana cawangan Shaklee untuk membuat pembelian atau pendaftaran menggunakan ID 879163 dan anda akan diberikan bimbingan terbaik


0 Comment:

BELL`S PALSY DAN VIVIX : APA YANG ANDA MESTI TAHU?

4:22 AM yong norliza 0 Comments


assalamualaikum & salam sejahtera

Hari ni mommy nak share tentang Bell`s Palsy lagi.Kalau anda masih belum baca entry sebelum ni,boleh la baca mengenai APA ITU BELL`S PALSY

Hari ni mommy nak share testimoni pengguna Vivix untuk Bell`s Palsy ni



Kisah Faiza:

alhamdullilah

2 oct 2015

Saya bangun sebelah muka da jatuh

Xbole senyum
Mata x bole tutup
Air mata mengalir macam menangis
Sakit
Rasa tegang je

Dr sahkan saya diserang bellpalsy
Bukan STROKE
tapi kelemahan sebelah otot muke

Saya di steroid

Punca UNKNOWN
Tapi maybe sebab saya menyusukan dan baru lepas bersalin

Saya tidak mengambil sebarang steroid lagi selepas tu..

Consume
SPECIAL DOSE vivix

Dan consume
1️Omega guard
2Bcomplex
3️Vitamin E
dgn extreme

Saya juga menjalani fisioterapi

Alhamdullilah selepas 90hari
Saya diberi kesempatan SENYUM kembali

Share la
Saya izinkan
Kalau ade ahli keluarga / sahabat handai yg mengalami berikan support
Ia bukan mudah seperti dijangka

Saya dan sahabat #bellpalsy sahaja yg tahu apa yg kami rasa..

Actually its more to self confidence / esteem

Tapi serius is MANIS untuk diingati
Dalam calender kehidupan
Hadiah dari Allah
Harap ia menghapus dosa2...









Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 




FB PAGE : MOMMY LIZZ HEALTH & BEAUTY CARE





*     *    *



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera.



Anda juga boleh terus ke mana-mana cawangan Shaklee untuk membuat pembelian atau pendaftaran menggunakan ID 879163 dan anda akan diberikan bimbingan terbaik

0 Comment:

APA ITU BELL`S PALSY?

4:02 AM yong norliza 1 Comments


Assalamualaikum & salam sejahtera

Korang pernah dengar tak penyakit BELL`S PALSY? Jom kita tambah info hari ni


Bell’s palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.
“Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kelumpuhan muka contohnya ketumbuhan otak, strok dan penyakit Lyme. Namun jika tiada sebab dan berlaku kelumpuhan, maka ia dipanggil Bell’s palsy.
Pesakit yang mengalami strok biasanya mengakibatkan bukan sahaja kelumpuhan pada wajah malah tangan dan beberapa anggota badan yang lain turut terjejas. Berbeza dengan Bell’s palsy di mana pesakitnya hanya mengalami lumpuh muka yang bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes atau sebagainya.


Sejarah
Nama Bell’s palsy diberi sempena pakar anatomi Scotland Charles Bell yang pertama kali menggambarkan keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang melibatkan satu saraf).







Biasanya, ia berlaku secara tiba-tiba secara separa namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka.Punca yang kurang dikenalpasti mungkin disebabkan radang akibat jangkitan viral seperti herpes yang menyebabkan saraf muka menjadi bengkak. Saraf tersebut, katanya, bergerak melalui tengkorak dalam saluran tulang kecil di bawah telinga.Disebabkan ia membengkak dan mampat dalam saluran tulang yang sempit, dipercayai keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan atau perencatan pada saraf tersebut.

“Namun itu hanya sebahagian daripada punca yang dikenalpasti kerana punca sebenar tidak diketahui.Selain itu, beberapa punca mungkin mempunyai kaitan dengan serangan Bell’s palsy seperti trauma, faktor sekeliling, emosi dan metabolik tidak stabil.


Simptom dan petanda
Bell’s palsy dikenalpasti melalui bentuk muka seakan jatuh sebelah. Kegagalan saraf VII berfungsi menyebabkan mata pesakit tidak boleh dikerdip dan tutup, senyuman dan pergerakan bibir terganggu, lidah mengeras, kening juga seperti berkerut dan terangkat, air liur meleleh dan hidung seakan terjatuh pada bahagian yang terjejas.

Sesetengah pesakit boleh merasai kelainan pada wajahnya beberapa hari sebelum diserang Bell’s palsy seperti rasa kebas, sakit bahagian telinga dan rasa kelainan pada lidah.Perkara tersebut, diberitahu oleh pesakit yang pernah mengalami serangan penyakit itu dan ia berulang berkali-kali.“Ada pesakit yang mengalaminya lebih daripada tiga kali walaupun keadaan wajahnya sudah kembali seperti normal.

Biasanya,Bell’s palsy menyerang secara random di kalangan mereka yang berusia, wanita selepas bersalin atau ketika kedatangan haid, remaja dan mereka yang mengalami stres. Malah, katanya, ada juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak namun peratusannya sangat rendah.

“Serangan boleh dikelaskan kepada gred tertentu daripada sederhana hingga teruk dan segelintir mengalami kelumpuhan kedua-dua belah bahagian (hanya satu peratus)

Rawatan
Hampir 50% pesakit boleh pulih dalam masa dua hingga tiga minggu malah ada yang menunjukkan pemulihan dalam tempoh 10 hari tanpa sebarang rawatan khusus.
“Sementara itu, 35 hingga 40 peratus mengambil masa lebih kurang setahun untuk pulih dan hanya lima peratus yang tidak pulih sepenuhnya di mana wajah mereka kekal menunjukkan mengalami Bell’s palsy.

Mengulas lanjut mengenai rawatan yang diberi, doktor biasanya akan memberi pesakit ubat makan steroid (kortikosteroid) dengan dos yang tinggi pada peringkat awal serangan selama dua minggu. Ia akan berkurangan sehinggalah pesakit menunjukkan peningkatan.
Sesetengah pesakit mungkin tidak memerlukan rawatan khusus bergantung kepada tahap yang dilaluinya.

“Pesakit yang menunjukkan kelumpuhan menyeluruh, terutama melalui petunjuk mata dan mulut tidak boleh ditutup pada bahagian terjejas, dirawat dengan pembedahan khas.Adalah dinasihatkan pesakit mendapatkan rawatan awal dalam masa 48 jam selepas serangan berlaku bagi memudahkan proses pemulihan.

Bagi masalah yang dikenalpasti berpunca daripada radang, doktor akan memberi antiviral berserta steroid. Namun dalam kebanyakan kes yang berlaku, steroid dilihat lebih berkesan berbanding antiviral.Turut disarankan pesakit melindungi mata mereka daripada terdedah dengan memakai pelindung dan menitis ubat cecair bagi mengelak mata menjadi kering akibat kesukaran mengerdip mata.

Rawatan fisioterapi kadangkala diberi kepada pesakit bagi membantu menguatkan otot terjejas dan sebagai stimulasi kepada saraf yang terlibat. Jenis-jenis fisioterapi yang biasa diberi kata beliau adalah urutan muka, senaman otot muka dan stimulasi elektrik. Namun katanya berdasarkan daripada kajian, fisioterapi tidak membantu sepenuhnya.

Pembedahan
Bagi masalah Bell’s palsy yang berlanjutan, pembedahan memperbetulkan saraf muka mungkin membantu. Pelbagai teknik pembedahan dikenalpasti membantu masalah ini. Antaranya pembedahan memperbetulkan tulang yang terjejas.Pembedahan mengembalikan senyuman (smile surgery) antara prosedur yang dijalankan bagi mengembalikan wajah pesakit.

Rawatan alternatif
“Sebenarnya belum ada satu kajian khusus yang dijalankan bagi membuktikan sama ada rawatan alternatif seperti akupuntur berkesan dalam merawat masalah Bell’s palsy,” kata beliau.Namun doktor tidak menghalang seandainya pesakit ingin mencuba kerana mungkin ia satu rangsangan yang baik untuk saraf, namun keberkesanannya belum terbukti secara saintifik. Walaubagaimanapun sekali pun ingin mencuba rawatan alternatif, doktor tetap menyarankan pesakit agar meneruskan rawatan steroid kerana ia terbukti dan diyakini dalam merawat masalah Bell’s palsy.


baca lagi : VIVIX DAN BELL`S PALSY



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 




FB PAGE : MOMMY LIZZ HEALTH & BEAUTY CARE





*     *    *



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera.



Anda juga boleh terus ke mana-mana cawangan Shaklee untuk membuat pembelian atau pendaftaran menggunakan ID 879163 dan anda akan diberikan bimbingan terbaik


1 Comment:

5 KEBAIKAN VITAMIN E SELAIN UNTUK CANTIK

5:03 AM yong norliza 1 Comments


Assalamalaikum & salam sejahtera

HAri ni mommy nak story mengenai Vitamin E.Bila sebut ja Vitamin E,for sure terbayang kulit cantik tanpa parut,kan?

Jom kita cekidaut apa lagi kelebihan si Vitamin E ni

1. Meningkatkan Imuniti Badan





Mgkn sblm ni dok cerita tentang vitamin c utk tingkatkan imuniti tetapi vitamin e pun juga mempunyai fungsi yg sama oleh kerana sifat antioksidaannya yg boleh melindungi sel serta radikal bebas dr luar yg boleh merosakkan sel dan DNA tetapi lebih kepada membran sel oleh kerana membran sel ni biasanya terdiri dari lemak atau lipid jd oleh kerana Vitamin E ni larut lemak ia lebih kepada melindungi membran sel dari radikal bebas

2.Melancarkan serta mencairkan darah

Dgn mengambil Vitamin E dapat mengelakkan dari platlet darah dr memejal lalu menyebabkan salur darah tersumbat. Ini boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok


3. Kesihatan Otak

Vitamin E dapat melindungi sel2 otak dr teroksida terutama sekali DHA yg byk terdapat dalam sel otak.Penyakit Alzhemier adalah penyakit di mana sel2 otak telah rosak dan menyebabkan seseorang menjadi pelupa dan didapati mereka yg mendapat penyakit ini adalah disebababkan kekurangan VITAMIN E

Pengambilan antioksidan yang tinggi boleh melambatkan permulaan demensiaVitamin E
keupayaan untuk melindungi neuron dan dgn itu mempengaruhi tahap penuaan saraf dalam otak


4. Mengurangkan Hot Flushes Semasa Menopous



"Hot Flushes adalah perasaan cepat panas dan kadang-kadang, muka memerah merah dan berpeluh. Punca sebenar hot flashes tidak diketahui, tetapi mungkin berkaitan denganperubahan dalam peredaran darah.

Hot flashes berlaku apabila saluran darah berhampiran permukaan kulit mengembang.Seorang wanita juga boleh berpeluh untuk menyejukkan badannya


Kajian yang dijalankan oleh N. Biglia dan rakan-rakan, yang diterbitkan dalam isu bulan Ogos 2009 di bawah "Jurnal Menopaus Persatuan Antarabangsa," yang menilai keberkesananvitamin E berbanding gabapentin dadah konvensional dalam merawat hot flashes dalampesakit kanser payudara. 

Wanita yang mengambil vitamin E mengalami pengurangan kekerapan hot flashes sebanyak 10 peratus. Para penyelidik menyimpulkan bahawa vitaminE menunjukkan beberapa peningkatan untuk melegakan hot flashes. 

Mereka yg mengambil dadah menunjukkan tahap penurunan yg lebih tinggi tetapi disimpulkan Vitamin E boleh dijadikan rawatan semulajadi utk mengurangkan hot flushes berbanding penggunaan dadah


5. Meningkatkan Stamina Seksual



Vitamin E juga dapat meningkatkan mood dan ghairah seks samada utk isteri dan suami. Ia juga dapat memanjangkan tempoh ereksi pada suami. Ini adalah kerana faktor no 2 td yg melancarkan peredaran darah, Darh dah lancar semua pun berjalan lancar kan. Bagi kaum wanita Vitamin E dapat bertindak sbg 'pelincir'.

Yang best ambillah yg semulajadi supaya khasiatnya dapat diserap dgn lebih mudah oleh tubuh badan!




Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 





FB PAGE : MOMMY LIZZ HEALTH & BEAUTY CARE





*     *    *



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera.



Anda juga boleh terus ke mana-mana cawangan Shaklee untuk membuat pembelian atau pendaftaran menggunakan ID 879163 dan anda akan diberikan bimbingan terbaik


1 Comment: