Wednesday, August 26, 2015

VITAMIN C UNTUK KESIHATAN & KECANTIKAN


Assalamualaikum & salam sejahtera

Ramai orang tercari-cari Vitamin C terbaik di pasaran.Dengan lambakan pelbagai jenama yang ada,pastikan anda membuat pilihan yang bijak ye



Jom kita tengok apa yang anda akan dapat kalau consume Vitamin C Shaklee dengan konsisten :

Pengambilan vitamin C Shaklee secara berterusan mampu memberikan kesan positif dari segi kecantikan dan kesihatan:

  • Merangsang pembentukan kolagen
  • Mencerahkan kulit.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat.
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung.
  • Mengatasi masalah gusi berdarah.

Pilihlah yang berkualiti..pilihan saya,pastinya Vitamin C Shaklee!

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 






FB PAGE : MOMMY LIZZ HEALTH & BEAUTY CARE


*     *    *

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera.

Anda juga boleh terus ke mana-mana cawangan Shaklee untuk membuat pembelian atau pendaftaran menggunakan ID 879163 dan anda akan diberikan bimbingan terbaik

Sunday, August 23, 2015

BLOG REVIEW #2 : BLOG NUR RAIHANAH


Bismillah..

Assalamualaikum
Hari ni mommy nak buat review blog lagi

kali ni blog NUR RAIHANAH



tu dia header blog 
cute dengan rerama

pemiliknya alahai..muda lagi
kalau nak tau besday dia 18 mac .. 
dekat2 dengan mommy ja,15 mac
eheh

oh ya.. dia study kat Kolej Islam Melaka

erm,yg Kolej Teknologi Islam Melaka tu sama dak?
ka tukaq nama sebab mommy study kat Kolej Universiti INSANIAH
pernah la buat lawatan ke KTiAm tu 
and pernah jugak bersaing dalam sukan IPTIM

wah..sekali mengimbau kenangan lalu~

blog raihanah ni simple + nice
takda mereben 
just nice

even dia tempek iklan
tak berselerak
 kipidap!

korang boleh parking iklan tau kat blog dia
harga mampu milik
serius

so,apa lagi,mohon terjah berjemaah!

Tuesday, August 18, 2015

10 PERKARA WAJIB TAHU BUAT SUAMI DI BILIK BERSALIN





Bukan bakal ibu sahaja yang berdebar, bakal ayah juga tidak kurang hebatnya debaran menanti kelahiran anak. Apa kata ayah semua ambil tahu apa perkara yang boleh dijangka berlaku sepanjang proses kelahiran si comel.Takut atau bimbang, ayah wajib ambil tahu 10 perkara tersebut.
 
1. Isteri mengadu sakit perut,anda apa lagi kelam kabutlah sebab takut hendak bersalin. Tetapi doktor pula beritahu "Oh ini cuma false alarm saja. Tak perlu risau. Belum nak bersalin lagi."Senyum sahaja dan terus balik rumah. Tak perlu cakap "Kenapa awak tak tahu ke ini false alarm?" Ia hanya akan membuatkan si isteri tarik muka masam!
 
 
2. Jika isteri meminta ubat tahan sakit, walaupun ia sepatutnya tiada dalam rancangan bersalinnya anda perlu segera mencari doktor dan meminta apa yang dikehendaki oleh isteri. 
Tak perlu tanya banyak perkara.
 
 
3. Rajinlah urut belakang badan isteri sewaktu dia sedang sakit kontraksi berbanding anda suruh dia banyak bersabar.
 
 
4. Biarkan sahaja kalau isteri genggam dan picit sekuat hati tangan anda dan jangan berani mengadu betapa sakitnya tangan anda!
 
 
5. Kalau anda diminta oleh isteri untuk menahan belakang kakinya ketika hendak meneran, jangan mengadu betapa lenguhnya tangan anda selepas lima minit melakukannya.
 
 
6. Jangan terkejut kalau isteri yang selama ini lemah lembut tiba-tiba naik angin apabila anda kerap bertanya kepadanya sakit atau tidak.
 
 
7. Jangan marah kalau tiba-tiba isteri tanya anda sayangkan dia atau tidak. Biasalah emosi ibu hendak bersalin memang tidak menentu. Layankan sahaja.
 
 
8. Bersedia untuk melihat sesuatu yang luar biasa. Kepada para suami yang tidak tahan darah, lebih baik anda fikir 100 kali sebelum bersetuju untuk menemankan isteri dalam bilik bersalin. 

Tetapi sudah tentu anda akan terlepas momen paling indah dalam hidup anda sebagai suami dan ayah!
 
 
9. Jangan menjangkakan bayi baharu lahir anda seperti model bayi yang anda lihat dalam majalah. Bayi baharu lahir akan mengalami perubahan berbeza setiap hari.
 
 
10. Perut isteri anda mungkin masih nampak seperti ibu mengandung. Jangan sesekali bertanyakan hal tersebut kalau tak mahu menerima jelingan tajam.


SUMBER : PAMA

Sunday, August 9, 2015

BLOG REVIEW #1 : BLOG IBU AINUL ^ALIF



Bismillah..

Hari ni mommy akan mulakan segmen review blog para pemenang 
SEGMEN SAYA NAK KAD RAYA BY MOMMYLIZZ

Sebelum tu mommy minta maaf sangat 
sebab tertangguh acara review blog ni hampir sebulan




okei
kita mulakan segmen Review Blog dengan blog pertama
iaitu blog IBU AINUL ALIF




kalau nak tau, Ibu Ainul @ ana ni salah seorang ahli 
GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA

memang aktif blog ni

basically blog ni penuh dengan entry Giveaway & contest

korang boleh dapat pelbagai info mengenai acara-acara 
yang dikendalikan oleh blogger-blogger lain kalau masuk blog ni
bolehla pakat-pakat join segmen yang ada

and
ada macam-macam kedai online
yang nak cari tudung labuh bagai klik ja dekat iklan yang ada

apa lagi,jom kita terjah beramai-ramai blog ni!!




KEMBALI BER-BLOGGING!


Assalamualaikum & salam sejahtera






syawal dah masuk hari ke 25
mommy baru ada mood nak ber-blogging

maaf sangat sebab tak sempat nak update
ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan
insya-allah nanti mommy akan story kat SANA

tapi..
kalau anda memang setia dengan mommyLizz.com 
for sure anda tau mommy sentiasa update 
info Shaklee di Facebook & Instagram

okei,enough chatting

teruskan setia bersama kami!


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 






FB PAGE : MOMMY LIZZ HEALTH & BEAUTY CARE


*     *    *

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera.

Anda juga boleh terus ke mana-mana cawangan Shaklee untuk membuat pembelian atau pendaftaran menggunakan ID 879163 dan anda akan diberikan bimbingan terbaik