Thursday, February 19, 2015

, ,

MINYAK IKAN SHAKLEE : MANFAAT TERBAIK OMEGA 3 UNTUK KESIHATAN


Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement.
Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.
Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandungan DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.
Jadi amat penting untuk kita memastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee
  1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies).
  2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
  3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
  4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
  6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini.
  7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee
  1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  3. Mencegah salur darah dari tersumbat
  4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
  5. Mengekalkan tekanan normal darah
  6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  7. Mengurangkan sakit kepala
  8. Merendahkan kolestrol
  9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
  10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  11. Mengawal masalah obesiti
  12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  13. Sangat bagus untuk ibu hamil – membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  14. Meningkatkan perkembangan memori janin dan kanak-kanak
  15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
  16. Membantu menyihatkan paru-paru
  17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis dan lain-lain
  18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
  19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
  20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
  21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
  23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
  24. Mencegah penyakit gout
Selain itu, Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-
  • Mencegah insomnia
  • Mengurangkan tekanan emosi
  • Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
  • Membantu memperbaiki masalah autism
  • Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
  • Mengurangkan masalah schizophrenia
  • Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak
Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?
  1. Warga Emas
  2. Pesakit Jantung
  3. Wanita
  4. Wanita yang telah melahirkan anak
  5. Pesakit darah tinggi
  6. Orang yang selalu lupa
  7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
  8. Pelajar
  9. Ibu menyusu
  10. Ibu Hamil
  11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus
Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Continue reading MINYAK IKAN SHAKLEE : MANFAAT TERBAIK OMEGA 3 UNTUK KESIHATAN

Monday, February 16, 2015

, , , , , ,

APA BEZA ANTARA B-COMPLEX SHAKLEE DAN YANG KLINIK KERAJAAN BEKALKAN UNTUK IBU HAMIL?





Mommy selalu dapat pertanyaan daripada pelanggan mengenai dua jenis vitamin ni Asid Folik dan Vitamin B Complex.
  • Adakah Asid Folik dan Vitamin B Complex adalah dua  jenis vitamin yang sama ataupun berlainan?
  • Adakah kalau sudah mengambil Asid Folik tidak perlu lagi ambil Vitamin B? 

Baiklah. Semoga artikel ini dapat membantu untuk kita lebih memahami fungsi kedua-dua jenis vitamin ini. Untuk pengetahuan, Asid Folik dan Vitamin B Complex adalah dua jenis vitamin yang berbeza dan menjalankan fungsi yang berbeza. Oleh itu, adalah amat penting untuk ibu hamil khususnya mengamalkan pengambilan kedua-dua jenis vitamin ini.

Fakta mengenai Asid Folik :

Asid Folik atau Folate adalah Vitamin B9 yang selalunya dijumpai di dalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan 3 bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida). 
Peringatan : Asid Folik amat penting untuk wanita yang merancang kehamilan. Ia adalah seperti menyediakan rahim kita dengan nutrient yang secukupnya bagi menerima sel telur. Fasa ini adalah amat penting bagi menentukan kejayaan seseorang wanita itu untuk hamil atau tidak kerana rahim yang kuat akan dapat menerima proses seterusnya manakala rahim yang lemah kerana kekurangan nutrient akan menolak proses selanjutnya mengakibatkan keguguran berlaku. Untuk wanita yang mengalami masalah kesuburan dan merancang untuk hamil sangat-sangat digalakkan untuk mengambil Asid Folik. Highly recommended.

Fakta mengenai Vitamin B Complex :

Vitamin B-complex merupakan vitamin yang diperlukan setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai fungsi yang sangat hebat termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf dan kulit yang sihat.




Perbezaan Vitamin B Complex di pasaran dengan Vitamin B Complex SHAKLEE


Baiklah untuk ibu mengandung pula, kebiasaannya ibu-ibu mengandung  diberikan vitamin B-Complex & Asid Folik apabila membuat pemeriksaan di klinik kerajaan. Namun, tidak ramai yang tahu vitamin B complex tersebut tidak merangkumi 8 kumpulan B yg utama yang penting iaitu :
  •       B1 – Thiamin
  •       B2 – Riboflavin
  •       B3 – Niacin
  •       B5 – Panthothenic Acid
  •       B6 – Pyridoxine
  •       B7 – Biotin
  •       B9 – Folic Acid
  •       B12 – Cyanocobalamin

Vitamin B Complex yang dibekalkan percuma dari Klinik Kerajaan hanya merangkumi 3 jenis kumpulan vitamin B iaitu :
  • B1 – Thiamin,
  • B2 – Riboflavin &
  • B3 – Niacin.



Apabila si ibu mengambil vitamin B Complex dari Klinik Kerajaan & Asid  Folik, mereka masih kurang B5 – Panthothenic Acid, B6 – Pyridoxin, B7 – Biotin & B12 – Cyanocobalamin.Bagi ibu hamil pengambilan vitamin B Complex ini sangat penting terutamanya kepada mereka yg menghidap Diabetes. Hanya 1 tablet sehari diperlukan.

Pengambilan B Complex boleh diteruskan sehingga selepas bersalin iaitu ketika dalam pantang kerana B-Complex juga bertindak sebagai penenang/anti stress, jadi ibu selepas bersalin boleh mengelak dari terkena penyakit ‘meroyan’.  Selain itu, bagi ibu menyusukan anak dengan susu badan, si manja juga dapat menikmati khasiat vitamin ini dengan kadar berpatutan seterusnya meningkatkan seri wajah ibu selepas bersalin.

Berapa harga B-Complex ?

Hanya rm 53.00 !!
Tahan selama 4 bulan tau!

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care
Continue reading APA BEZA ANTARA B-COMPLEX SHAKLEE DAN YANG KLINIK KERAJAAN BEKALKAN UNTUK IBU HAMIL?
, ,

APA RASA VITALEA FOR CHILDREN YANG BARU??


Soalan pertama yang sering diajukan oleh customer mengenai Vitalea for Children ini ialah.. “Apa rasa vitalea ni? Masam ke? Manis ke? Tawar ke?”.Hehe..jom,mommy nak story

Vitalea For Children menggunakan pemanis semulajadi yang diekstrak dari buah anggur dan ibubapa tak perlu risau kerana ia mengandungi xylitol bagi melindungi gigi anak kita daripada kaviti. Ia dalah multivitamin dan multimineral power kerana mengandungi 100% vitamin C, D, E dan 8 jenis vitamin B. Pendek kata, ia lengkap dengan 18 vitamins dan minerals penting untuk tumbesaran anak. Tanpa perasa tiruan, tanpa pemanis atau sebarang bahan-bahan tiruan. Boleh dikunyah begitu sahaja.
Amaran:
Untuk anak berusia 4tahun ke atas, Vitalea untuk kanak-kanak ini boleh di ambil 2biji sehari. Anak anda mungkin sangat suka suplemen ini dan mereka akan meronta-ronta mahu mengunyahnya berkali-kali. So.. Lepas dapat je suplemen ni, cepat-cepat simpan ditempat yang tersembunyi ya. Takut nanti anda tak mampu melawan permintaan si anak. Hahahahaha…
Bagi kanak-kanak yang berusia 2 hingga 3 tahun dan dah pandai mengunyah tablet, pengambilan Vitalea For Children hendaklah dengan pengawasan orang dewasa. Jika anak anda belum pandai mengunyah, ia boleh dihancurkan atau dilarutkan dalam air minuman mereka
Manfaat Vita-Lea for Children
Antara manfaat suplemen ini ialah:
  1. Melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi oleh pemakanan seharian
  2. Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  3. Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  4. Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  5. Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
  6. Melindungi kesihatan jantung, otot dan fungsi saraf
  7. Meningkatkan kesihatan paru-paru, kolon dan prostat
  8. Menyokong pembinaan tulang yang kuat dan kesihatan tulang
  9. Membekalkan makanan kepada sel badan untuk tubuh yang lebih sihat dan bertenaga
  10. Mengekalkan tekanan darah yang normal dan rentak jantung yang normal
  11. Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelak anemia
  12. Membantu memulihkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan
  13. Membantu meningkatkan kecerdasan minda
  14. Membantu seimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
  15. Membantu penyerapan zat dari makanan
Dengan adanya suplemen seperti ini, anda tidak perlu risau lagi jika anak anda tidak suka makan makanan berkhasiat. Kerana dengan pengambilan 2biji vitalea for children, khasiatnya adalah bersamaan 1.5 cawan tembikai cantaloupe + 6oz jus oren + 3 gelas susu + 10 sudu makan peanut butter + 4 mangkuk brokoli + 1.5 mangkuk sayur bayam + 6.5 mangkuk pucuk brussels + 3 mangkuk kacang merah.
Wow!! Sungguh best suplemen ni, bertuah anak anda jika memilikinya. Hubungi saya untuk konsultasi lanjut.
Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care
Continue reading APA RASA VITALEA FOR CHILDREN YANG BARU??

Sunday, February 15, 2015

, , ,

ANUGERAH 'THE BRAND LAUREATE AWARDS 2014-2015' : SHAKLEE MENANG SEBAGAI JENAMA MLM TERBAIK!


Bagi anda yang masih belum tahu,Shaklee merupakan sebuah syarikat Multi-Level-Marketing atau MLM.Ya,MLM..anda tak salah baca..mesti ramai tak jangka and tak sangka kami pun syarikat MLM .ye la kan..kami tak guna sistem macam syarikat lain yang suka suki heret & paksa orang masuk dan jual produk,pastu yang untung orang atasan..yang bawahan ni dok sengkek ..Oh tidak..sistem MLM shaklee adil,siapa buat,dia dapat!Yang penting USAHA..sampai kecoh dalam facebook bab MLM ni..

okei,back to topic..Korang tahu tak apa itu anugerah THE BRAND LAUREATE ?



Anugerah BrandLaureate yang dianjurkan oleh Asia Pacific Brands Foundation (APBF), adalah majlis anugerah jenama yang paling terkenal. Ini adalah di mana yang terbaik daripada jenama dari syarikat multinasional, syarikat-syarikat awam tersenarai dan berkaitan kerajaan di Malaysia dan rantau Asia Pasifik diiktiraf dan diberi ganjaran.

dalam erti kata mudahnya, satu majlis yang mengiktiraf brand yang terbaik di Malaysia dan Asia Pasifik. Lagi senang macam grammy award untuk brand hehehe
dalam majlis tersebut Shaklee telah berjaya memenangi satu anugerah yang sangat best!! THE BEST BRAND IN MLM- NUTRITIONAL SUPPLEMENTS.



APA KATA PRESIDEN SHAKLEE MALAYSIA ??


Ha...kelas kau jah..bukan calang-calang jenama tau yang korang makan..Shaklee is the best!!Tak rugi,melabur untuk kesihatan.Plus Shaklee memang terbukti SELAMAT,HALAL & BERKESAN!Lepas ni,korang tak perlu ragu-ragu dah kalau nak dapatkan product Shaklee tau!


Kesimpulan daripada kata-kata Mr. Victor Lim


  • Shaklee telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Brand Laureate 2014-2015 untuk jenama korporat - MLM. 
  • Shaklee merupakan satu-satunya syarikat MLM yang menerima anugerah
  • Pemenang bagi anugerah ini dipilih berdasarkan 300 kriteria antaranya strategi penjenamaan, budaya penjenamaan, kominukasi jenama yang bersepadu, kesaksamaan jenama dan prestasi jenama
  • Sebagai keluarga Shaklee, semua memikul tanggungjawab untuk membantu dan menyokong lebih ramai warga Malaysia untuk kekal sihat
Syukur dengan pilihan tepat


Alhamdulillah, selama ini membuat pilihan yang tepat. Bangga dan sangat berpuas hati atas kemenangan ini. Ini membuktikan Shaklee benar-benar berkualiti dan menjadi pilihan NOMBOR 1!

Shaklee bukan sekadar membantu ramai orang memperbaiki tahap kesihatan, malah dari segi ekonomi, perhubungan sosial dan kepimpinan. Dan atas sebab itu mommy tak pernah jemu dengan Shaklee :D

Mommy sendiri tak sangka boleh bertahan dengan satu brand selama ini, hampir 3 tahun. Tak hairanlah ada yang bertahan dengan Shaklee lebih 40 tahun! memang tak mustahil.


Jom layan gambar-gambar kat malam anugerah tu ^^









Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care
Continue reading ANUGERAH 'THE BRAND LAUREATE AWARDS 2014-2015' : SHAKLEE MENANG SEBAGAI JENAMA MLM TERBAIK!

Thursday, February 12, 2015

TIPS : 12 AKTIVITI YANG MEMBAKAR KALORI UNTUK IBU MENYUSU





Semestinya ibu-ibu baru atau lama sentiasa di dalam perasaan dilemma mengenai berat badan bukan? Berat badan selepas melahirkan seringkali menjadi topik perbincangan para ibu semua. Tidak kurang yang mencadangkan untuk ke gym dan mendapatkan nasihat pakar juga ramai yang mengambil suplemen untuk cepat kurus.Kali ini,ingin saya kongsikan tip-tip mengurangkan berat badan selepas bersalin dengan hanya melakukan aktiviti yang mampu membakar kalori anda!


Sebelum itu,tahukah anda apakah itu kalori?

Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.


Persoalan yang sering bermain difikiran ibu-ibu lepas bersalin ialah : 


  • Boleh ke kurangkan berat badan tanpa ke gym selepas bersalin?
  •  Saya tiada peralatan senaman di rumah, boleh kurangkan berat badan?
  •  Bayi masih kecil, tak boleh bergerak bebas sangat, masih boleh kurangkan berat?
  • Selamatkah dengan pengambilan suplemen untuk kurus sedangkan saya masih menyusukan anak?
  • Saya tiada masa untuk bersenam,terlalu banyak kerja rumah



Tahukah anda wahai ibu-ibu menyusu?


Tidak perlu peralatan senaman canggih dan ada masanya tidak perlu tinggalkan rumah pun. Lebih-lebih lagi, ibu-ibu hanya dibenarkan untuk melakukan senaman yang lebih serius 6 minggu selepas bersalin, dan lebih lagi bagi yang melahirkan melalui C-section. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah kerja rumah seperti biasa dan layan bayi anda sebaiknya. Tidak ada senaman yang lebih efektif untuk menurunkan berat badan selain melakukan kerja-kerja rumah.

12 aktiviti membakar kalori untuk ibu menyusu


Bangun dan bergerak

Berjalan sebenarnya merupakan senaman yang terbaik untuk mengurangkan berat badan. Berjalanlah sambil menolak bayi anda dalam stroller di sekitar kawasan perumahan atau di taman-taman. Jika anda menolak stroller sejauh 1.5 – 3.5km dalam masa 30 minit, anda membakar 150 kcal. Jumlah sama dibakar jika anda bergerak turun naik tangga rumah anda selama 15 minit. Turun naik tangga juga merupakan satu senaman kardiovaskular, sama seperti anda menggunakan stepper di gym. 30 minit turun naik tangga membakar 285 – 300 kcal, sama seperti 19.5 minit anda melakukan lompat tali.

Susukan bayi anda
Menyusukan bayi sebenarnya memerlukan 500 kalori sehari, tetapi memandangkan penyusuan bayi membakar sejumlah 600 hingga 800 kalori sehari, walaupun anda hanya duduk dengan selesa sambil menyusukan, anda masih boleh mengurangkan berat badan. Sesetengah wanita berjaya menghilangkan berat badan tambahan hanya dengan menyusukan bayi.Seperkara yang perlu diingatkan, sekiranya tidak lagi menyusukan atau bayi mula mengambil makanan tambahan, keperluan kalori semasa menyusu akan menurun dan ini perlu distabilkan dengan perancangan pengambilan makanan dan rutin senaman lain.

Mengurus rumah
 Mengemas dan membersihkan bukan sahaja dapat membantu menguruskan rumah tetapi juga menawarkan kepuasan mental. Berikut adalah beberapa kerja rumah dan jumlah kalori yang mampu dibakar dalam masa 30 minit yang telah dibuktikan:

Mencuci pinggan
Jika anda mencuci pinggan dengan tangan, anda membakar 160 kcal, berbanding 105 kcal mengisi mesin mencuci pinggan. Jumlah ini sama seperti melakukan regangan ringan selama 30 minit.

Membersih tingkap
Bergantung kepada keluasan tingkap dan jenis tingkap, anda dapat membakar 125 kcal setiap sesi. Jika anda menggunakan baldi, letakkannya jauh sedikit daripada anda supaya anda perlu berjalan mendapatkannya. Jumlah ini sama seperti anda melakukan 20 minit power yoga.

Membersih habuk sekitar rumah
Anda dapat membakar sejumlah 50 kcal, sama seperti melakukan 10 minit tarian salsa. Aktiviti ini bermanfaat sama seperti anda melakukan regangan otot-otot terutama jika anda perlu mencapai tempat tinggi.

Menggosok baju
 Aktiviti ini dapat membentuk otot pada bahagian tangan dan bahagian atas badan. Anda membakar 70 kcal, sama seperti anda lakukan 11 minit aerobik. Pastikan anda berdiri tegak dan cuba untuk sentiasa bertukar tangan.

Memasak
Aktiviti ketika memasak seperti memotong bahan, membasuh dan mengangkat pinggan mangkuk dapat membakar kalori sebanyak 80 kcal, sama seperti anda bermain tenis selama 9 minit.

Mengemas barang-barang dapur
Mengemas barang-barang dapur yang baru dibeli atau yang sedia ada dapat membakar sejumlah 110 kcal. Ini sama seperti anda bermain badminton selama 18 minit.

Mengemas katil 
Menukar alas tilam dan sarung bantal juga memerlukan tenaga dan mampu membakar sejumlah 130 kcal, sama seperti anda berlari-lari anak selama 12-15 minit.

Menghias rumah
Jika anda merasakan perlu, menghias rumah seperti mengganti langsir dapat membakar sejumlah 160 kcal, sama seperti anda berjalan selama 25 minit.

Mop lantai, menyental lantai dan memvakum
Aktiviti mop lantai dan menyental lantai, masing-masing dapat membakar sejumlah 132 kcal dan 163 kcal. Memvakum pula dapat membakar sejumlah 90-150 kcal, sama seperti anda melakukan 15 minit kick-boxing. Namun aktiviti-aktiviti ini mungkin agak berat bagi ibu-ibu selepas bersalin.

BAHAYA LANGSING DENGAN CEPAT

Anda tidak perlu bersenam dan berdiet berlebihan. Tubuh badan anda mungkin terkejut dengan perubahan drastik itu semata-mata anda ingin cepat kurus dan langsing. Seharusnya anda tahu bahawa penurunan berat badan yang drastik adalah terlalu bahaya untuk kesihatan anda. Apalah sangat dengan ramping dan kurus sekiranya anda ditimpa pelbagai bahana selepas itu.

Disini saya ingin kongsikan bersama anda antara kesan-kesan daripada penurunan berat badan secara mendadak.
  • Kulit berkedut dan menggeleber
  • Berat badan juga boleh naik mendadak jika anda menghentikan program senaman dan diet anda.
  • Muka pucat
  • Keletihan
  • Selalu sakit
  • Pening kepala
   
Pengambilan suplemen?

Bagi ibu yang menyusukan anak,anda perlu lebih berhati-hati jika hendak mengambil sebarang ubat kurus. Ini kerana anda seorang ibu yang menyusukan anak.Sebaik-baiknya anda perlu mengambil suplemen yang membantu anda untuk mengurangkan berat badan tanpa mengganggu perjalanan penyusuan anda bersama bayi..

Tahukah anda?

Slimming Set Shaklee SELAMAT diambil oleh semua ibu menyusu dan tidak memberi kesan sampingan kepada penyusuan mahupun bayi itu sendiri.
Bagi yang berminat mencuba set slimming, ini adalah antara suppliment yang membantu mengurangkan berat badan di kalangan ibu-ibu menyusu :
  • Lecithin - untuk memecahkan lemak
  • Alfalfa - untuk detoks / buang lemak yang dipecahkan
  • Energizing Soy Protein (ESP) - menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care
Continue reading TIPS : 12 AKTIVITI YANG MEMBAKAR KALORI UNTUK IBU MENYUSU

TAKZIAH : MURSYIDUL AM PAS NIK AZIZ MENINGGAL DUNIA





KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat, selepas menerima rawatan selama 25 hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 9.40 malam di sisi ahli keluarganya, di rumahnya di Pulau Melaka, kira-kira satu jam selepas keluar daripada HUSM.
Bapa kepada 10 orang itu meninggalkan balu, Tuan Sabariah Tuan Ishak, menghidap penyakit kanser prostat tahap empat
Anaknya, Nik Mohammad Abduh, ketika mengesahkan perkara itu berkata, ayahnya meninggal dunia di sisi semua ahli keluarga mereka.
"Saya ingin memaklumkan pada jam 9.40 malam iaitu malam Jumaat ayahanda saya menghembuskan nafas terakhir.
"Kita akan mengadakan solat jenazah  pada malam ini dan urusan pengebumian ayahanda akan dilakukan esok," katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi





Antara yang hadir termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan untuk ayahanda.
Solat jenazah dijangka diadakan pada jam 10 pagi esok di Masjid Pulau Melaka dan jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka untuk dikebumikan.
Orang ramai yang ingin menziarahi dikehendaki menggunakan kenderaan 'shuttle' yang akan disediakan di dataran Stadium Sultan Muhammad IV mulai jam 7.30 pagi esok.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka menziarahi jenazah Nik Aziz kira-kira jam 9 pagi esok,
Sementara itu, seramai lebih 2,000 orang ramai mula membanjiri kawasan kediaman Allahyarham, sebaik mendapat berita pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka.
Suasana sedih menyelubungi pekarangan kediaman Allahyarham apabila orang ramai yang hadir ternyata gagal menahan sedih dan beratur untuk masuk secara bergilir-gilir ke kediaman Allahyarham.
Biodata
DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Tahun Lahir: 10 Januari 1931
Tempat Lahir: Pulau Melaka, Kelantan
Status:
Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi 10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil jurusan agama sebagai pilihan utama.
Pendidikan:
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) - 1936.
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
Universiti Deobond, India - 1952.
Lahore, Pakistan - Ilmu Tafsir Quran - 1957.
Universiti Al-Azhar, Mesir - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
Universiti Al-Azhar, Mesir - Sarjana Perundangan Islam.
Penguasaan Bahasa:
Melayu, Inggeris, Tamil, Urdu, Arab
Pekerjaan:
Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
Penyelia Kelas Dewasa - KEMAS.
Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.
Politik:
1967 - Daftar sebagai ahli PAS.
1967-1969 -Pilihanraya Kecil - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
1978-1982 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1986-1990 - Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan (kini dikenali DUN Chempaka).
1990-2013 - Menteri Besar Kelantan


Continue reading TAKZIAH : MURSYIDUL AM PAS NIK AZIZ MENINGGAL DUNIA

Wednesday, February 11, 2015

, , , ,

MANFAAT B-COMPLEX


Tahukah anda bahawa ;

Asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.

B-complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% Biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya akan disingkirkan melalui sistem pencernaan.





MANFAAT UTAMA B-COMPLEX :
  • Menukar makanan kepada tenaga - membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan
  • Melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurugan dan insomnia
  • Membantu tumbesaran - menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak, membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang
  • Rambut beruban & gugur - membaiki masalah kulit kepala, kelumumur, rambut gugur beruban dan mengekalkan kesihatan rambut
  • Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori, dan daya pemerhatian/fokus
  • Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan migrain, muntah-muntah, mabuk darat@laut
  • Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut, meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya untuk mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit
  • Mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah, nafas berbau
  • Detoksifikasi - meredakan alahan



BAGAIMANA MEMILIH B-COMPLEX YANG BAIK ??
  • Mengandungi kesemua 8 vitamin- B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dlam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  • Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  • Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
  • Elakkan pengambilan B-complex yang menawarkan rumusan larut air (sustain-release)



MENGAPA URIN MENJADI KEKUNINGAN?

Ini merupakan situasi yang normal kerana B-Complex merupkan vitamin larut-air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari semasa ke semasa

B-Complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba. Oleh itu, pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan.

Berapa harga B-Complex ?

Hanya rm 53.00 !!
Tahan selama 4 bulan tau!

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care
Continue reading MANFAAT B-COMPLEX