Saturday, November 29, 2014

APA BEZA KOLAGEN BERSUMBERKAN BUAH-BUAHAN,LAUT DAN HAIWAN??


Di sini saya ingin kongsikan beberapa persoalan yang selalu ditanya kepada saya mengenai Collagen Powder keluaran Shaklee:

  1. Kenapa kolagen nie mahal sket yer?
  2. Apa beza kolagen nie dengan kolagen XXX yang saya beli dari farmasi?
  3. Brand XXX nie pun ade promote kolagen, apa kelebihan kolagen Shaklee?

Ok, sekarang sila baca beberapa fakta di bawah kerana jawapannya akan ada terselit di sebaliknya. Basically, produk-produk collagen yang ada di pasaran sekarang dihasilkan dari 3 sumber kolagen yang berbeza, iaitu plant collagen, animal collagen dan marine collagen:


Plant Collagen


Sumber dari plant collagen termasuklah buah-buahan atau sayur-sayuran. Kolagen jenis ini agak banyak dijual di pasaran. Kelebihannya adalah pada rasanya yang manis dan sedap dan juga harganya yang paling murah berbanding dengan kolagen dari sumber yang lain. Walaubagaimanapun, kolagen dari sumber ini mempunyai kadar serapan yang paling rendah. Ini membuatkannya kurang efektif berbanding sumber kolagen yang lain.


Animal Collagen



Sumber collagen dari haiwan yang selalu digunakan adalah dari kulit lembu dan kulit babi. Banyak digunakan untuk collagen injection kerana ia hampir menyamai struktur tisu kulit manusia, maka ia senang diserap oleh kulit. Kelebihannya terhad untuk kecantikan kulit sahaja, ia tidak membantu untuk proses pembaikpulih struktur organ badan yang lain.


Marine Collagen



Sumber kolagen terbaik setakat ini, yang boleh diperolehi dari hidupan laut seperti alga dan pelbagai jenis ikan. Tahukah anda dalam tahun 1996, ade seorang professor dari Perancis telah membuat kajian, ikan yang mampu hidup di laut sedalam 2000 meter adalah sangat kaya dengan kolagen? Pada kedalaman 2000 meter, kereta boleh jadi kemek yer, tapi ikan ini masih utuh dengan keadaan kulit/sisik yang licin, tegang dan tahan lasak. 

Dan Collagen Powder Shaklee pula diekstrak dari sisik ikan merah yang hidup di laut sedalam 5000 meter! Jadi jangan persoalkan kenapa kolagen dari fruit base jauh lebih murah dari marine base. Anda boleh nilai sendiri effort yang diperlukan antara memetik buah di ladang dengan menangkap ikan di laut dalam.

Kebaikan utama marine collagen adalah ia mempunyai jisim molekul yang sangat rendah jadi kadar penyerapannya adalah sangat hebat. Dan kadar penyerapannya tidak terhad kepada kulit sahaja, malah organ-organ badan yang lain. Dan jangan lupa, Shaklee ada menambah 7 lagi ramuan aktif untuk meningkatkan keberkesanan kolagen itu, iaitu kolagen ikan, ekstrak kulit kerangan laut, lactobacillus acidophilus, vitamin C, B2, B6, ekstrak pfaffia dan ekstrak biji camellia japonica.


Ingin tahu apa yang Shaklee Collagen Powder mampu tawarkan kepada anda? Sila rujuk kembali entry Collagen Powder ini. bermula dari umur 25 tahun ke atas, tahap amino acid dalam tubuh kita akan mula menurun. Amino acid bertanggungjawab ke atas pembentukan kolagen. Dan pada umur 40 ke atas, badan kita akan terus berhenti menghasilkan kolagen, maka terbentuklah signs of ageing pada tubuh kita. 




Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Friday, November 28, 2014

IBU HAMIL TAK BOLEH MAKAN AISKRIM??




Ais krim memang enak dinikmati terutama ketika dalam cuaca panas. Ia makanan kegemaran kebanyakan kanak-kanak kecil. Bagaimanapun ada dalam kalangan ibu hamil yang tiba-tiba mempunyai selera tinggi terhadap ais krim.
Sememangnya selera ibu hamil sukar dijangkakan. Jika sebelum ini memang tidak hairan dengan ais krim tetapi sepanjang mengandung, asyik teringin makan ais krim sahaja. Bolehkah wanita hamil makan ais krim? Tiada sebarang kesan burukkah kepada tabiat pemakanannya? Bukankah ais krim adalah salah satu makanan yang tidak sihat dan boleh menyebabkan kegemukan.
Mitos tentang ibu hamil yang makan ais krim boleh menyebabkan saiz badan bayi dalam kandungan menjadi terlalu besar masih dipercayai oleh sesetengah ibu yang berbadan dua. Akibatnya, walaupun keinginan menikmati ais krim terlalu tinggi, ibu terpaksa menelan air liur dan melupakannya kerana bimbang kesan buruk yang boleh diperoleh oleh bayi dalam kandungan.
Hakikatnya ais krim adalah makanan yang selamat dinikmati oleh ibu hamil. Ini kerana ia diperbuat daripada bahan asas yang mengandungi susu, lemak dan kalsium iaitu nutrisi penting yang diperlukan oleh ibu sepanjang kehamilan.
Semasa mengandung, ibu memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang janin yang dikandung dan menguatkan tulang ibu sepanjang kehamilan. Ini kerana semasa hami, ibu akan mengalami perubahan hormon dim ana keperluan kalsium meningkat daripada biasa. Jadi, ais krim merupakan salah satu sumber kalsium yang baik untuk dinikmati oleh ibu hamil.
Bagaimanapun pemilihan ais krim mestilah yang betul. Ais krim yang baik adalah ais krim yang mengandungi susu, lemak dan protein. Ibu hamil disarankan mengambil sebanyak dua hingga tiga cawan ais krim seminggu. Ini kerana komposisi 100 gram ais krim mengandungi sebanyak 207 kalori, 4 gram protein dan 12.5 gram lemak. Jika ibu makan ais krim dalam kuantiti yang betul maka masalah kegemukan tidak akan terjadi sepanjang kehamilan hanya kerana makan ais krim.
Mungkin bagi ibu hamil yang mengalami berat badan berkurangan menjelang kelahiran, boleh makan ais krim dengan lebih kerap dengan tujuan menaikkan berat badan bayi. Tetapi harus diingat, ais krim bukan makanan utama bagi ibu hamil, sebaliknya ia hanya kudapan yang boleh digabungkan dengan makanan lain seperti yogurt, buah-buahan segar, roti atau biskut.
Ais krim juga boleh menjadi makanan penyelamat bagi ibu hamil yang mengalami masalah loya dan mual di awal kehamilan cuma pastikan bahan asasnya adalah berkhasiat dan tidak mengambil dalam kuantiti berlebihan. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor mengenai pengambilan ais krim sebagai makanan sampingan utama sepanjang mengandung.
-----
Tercari-cari set kehamilan terbaik ??   



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

APA RASA COLLAGEN POWDER SHAKLEE??


Assalamualaikum & Salam sejahtera to all my readers.

Hari ni mommy nak story mengenai Collagen.Heh,bila sebut je collagen pasti masing-masing akan fokus kepada kecantikan.Tak gitu?? No wonder lah banyak sangat collagen yang dijual di pasaran sekarang ni,macam cendawan tumbuh lepas hujan.Eh?

hehe..actually,shaklee pon ada collagen tau.Tapi collagen kami diperbuat daripada sisik ikan merah,that`s why la harga dia memang buntang biji mata.First of all,anda kena faham beza antara collagen marine and bersumberkan buah-buahan or bersumberkan haiwan.Yang ni mommy akan story dalam entry lain..sabar ye~

Berbalik kepada tajuk entry hari ni iaitu mengenai RASA COLLAGEN POWDER SHAKLEE..hihi..ni la soalan yang mommy pernah tanya kepada kawan mommy yang consume Collagen powder.Nak tau apa dia jawab?? Dia cakap rasa ikan,ada hanyir sikit tapi add on dengan air berperisa,okey la..telan ja!

Maka..setelah sekian lama teragak-agak nak beli ke tidak collagen ni..maka tanpa berlengah lagi mommy terus grab sekotak collagen powder ni..



Tadaaa...seronoknya Allah saja yang tahu..eksaited nak try barang baik..hihi.Kalau nak tau,dalam ni ada 15 sachet collagen.So far dah makan 3 sachet..

Memang ada bau something tapi kalau korang shake dengan sunquick oren @ blackcurrent,okey ja..nak nak pulak dengan ESP @ CINCH and minuman yogurt tu.memang tak da rada apa,sedap ja

Hasilnya ??? Sabar...Jom kita tengok hasil pengguna collagen yang lain dulu~












amacam??

Berbaloi kan...nanti mommy story perkembangan terbaru mommy & collagen ye~


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Thursday, November 27, 2014

SET KESUBURAN PALING BAJET!!


Assalamualaikum

Hari ni mommy nak story tentang SET KESUBURAN PALING BAJET yang shaklee tawarkan.Serius SANGAT BERBALOI untuk bajet anda.




1.GLA Complex - 

Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

2. Zinc Complex - 

Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi lelaki kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina


Apa tunggu lagi,jom dapatkannya sekarang!


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

KEHAMILAN DI LUAR RAHIM : ADAKAH MEMBAHAYAKAN IBU?


Apakah yang diaksudkan dengan Kehamilan di Luar Rahim

Dalam bahasa Inggeris, istilah ini dipanggil ectopic pregnancy. Perkataan ectopic bermaksud "di tempat yang salah". Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu. 



Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim (95 peratus), implantasi berlaku dalam tiub falopio, dan sebab itulah ia juga dikenali sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy). Apabila kehamilan ini berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman. Ini merupakan kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa. Kehamilan seperti ini tidak bertahan lama kerana ia tidak dapat dialihkan ke dalam rahim. Ia harus digugurkan sepenuhnya. 

Bilakah kehamilan di luar rahim biasanya berlaku?

Kehamilan di luar rahim biasanya dikenalpasti di antara minggu keempat dan kesepuluh. Simptom-simptomnya biasanya berlaku kira-kira dua minggu selepas tidak datang haid. 

Mengapakah kehamilan di luar rahim berlaku?

Telur yang telah disenyawakan biasanya mengambil masa lima hingga enam hari untuk bergerak melalui tiub falopio dari ovari ke rahim di mana ia akan diimplantasi dan mula berkembang. Sebab yang paling biasa kehamilan seperti ini berlaku ialah apabila tiub tersebut telah rosak, menyebabkannya tersumbat atau sempit, lantas menghalang telur tersebut daripada sampai ke destinasinya. Oleh itu, ia akan terimplan di dinding tiub, bukannya di dinding rahim. 

Siapakah yang berisiko mengalami kehamilan di luar rahim?

Kehamilan di luar rahim boleh berlaku kepada mana-mana wanita, tetapi ada situasi-situasi tertentu yang meningkatkan risiko ini. Ini termasuk: 
  • Jika anda pernah menghidap penyakit radang pelvik (pelvic inflammatory disease - PID) yang sering kali disebabkan oleh jangkitan kelamin klamidia (chlamydia) dan menyebabkan kerosakan dan luka pada tiub falopio. Terdapat tanda-tanda PID dalam separuh daripada kes kehamilan di luar rahim yang dibedah.
  • Jika anda mengalami endometriosis tiub. Anda lebih berisiko kerana ini meningkatkan risiko calar dan luka pada tiub falopio.
  • Jika anda pernah membuat pembedahan di bahagian perut, termasuk pembedahan membuang apendiks, caesarean atau pembedahan pada tiub falopio seperti pembalikan sterilisasi (sterilisation reversal).
  • Jika anda hamil melalui kaedah IVF. Anda seharusnya membuat imbasan awal untuk melihat di mana embrio telah diimplantasi.
  • Jika anda menggunakan IUD yang mengeluarkan hormon progesteron (IUS, juga dikenali sebagai lingkaran Mirena) atau jika anda mengambil pil mini pencegah kehamilan. Kedua-duanya dikaitkan dengan kadar kehamilan di luar rahim yang sedikit tinggi.
  • Jika anda merokok.
  • Jika anda pernah mengalami kehamilan di luar rahim. Risiko anda meningkat daripada 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10.

    Risiko hamil di luar rahim juga meningkat apabila umur semakin bertambah. 


    Apakah simptom-simptom kehamilan di luar rahim?

    Agak sukar untuk mengenal pasti kehamilan di luar rahim kerana ia mungkin bermula dengan tanda-tanda yang sama dengan haid atau ancaman keguguran seperti senggugut dan keluar sedikit darah. 

    Walau bagaimanapun, ada beberapa simptom awal yang boleh membantu mengenal pasti kehamilan di luar rahim seperti: 

    Pendarahan faraj yang tidak normal Darah ini biasanya berbeza daripada haid biasa, samada ia lebih banyak atau sedikit, dan mungkin warnanya lebih gelap daripada biasa dan cair (sesetengah orang menggambarkannya seperti "jus prun"). 

    Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut Ini adalah simptom yang biasa. Jika anda mengalaminya dan anda mengesyaki anda hamil, anda harus berjumpa doktor. Jika kehamilan di luar rahim ini tidak dikenal pasti dari awal, dan tiub anda menegang akibat pembesaran embrio sehingga ia pecah, maka anda akan mengalami simptom-simptom berikut: 

    • Sakit yang teruk dan berlaku tiba-tiba, dan beransur-ansur merebak ke seluruh bahagian perut.
    • Berpeluh, rasa seperti hendak pitam, cirit-birit atau terdapat darah dalam najis.
    • Tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman yang teruk.
    • Sakit pada hujung bahu. Ini boleh berlaku jika pendarahan dalaman itu mengganggu organ dalaman lain seperti diafragma (rusuk).

    • Apakah yang perlu saya lakukan jika saya syak bahawa saya hamil di luar rahim?

    Jika anda mengalami simptom-simptom yang disebutkan di atas, jumpalah doktor dengan segera atau pergi ke hospital. Jika tiub anda telah pecah, anda perlu terus dibedah, tetapi dalam kebanyakan kes, kehamilan di luar rahim dapat dikesan awal dan ujian-ujian dapat dilakukan dan pembedahan (jika perlu) dapat dirancang. 

    Anda mungkin akan menjalani pemeriksaan dalaman untuk mengesan lokasi kehamilan, serta ujian kehamilan yang sensitif. Ujian darah akan mengukur tahap hormon chorionic gonadotrophin (hCG). Ia akan memberitahu bukan sahaja samada anda hamil atau tidak, malah akan menunjukkan samada tahap hCG anda lebih rendah daripada yang normal, yang mana ia merupakan satu tanda kehamilan di luar rahim. 

    Doktor akan menjalankan pemeriksaan ultrabunyi melalui faraj, memandangkan kehamilan ini mungkin tidak dapat dikesan melalui imbasan pada perut. Kadang-kala, keputusannya tidak tepat dan anda mungkin perlu membuat imbasan lagi selang beberapa hari. 

    Jika doktor mengesyaki kehamilan di luar rahim tetapi belum dipastikan melalui pemeriksaan ultrabunyi, anda perlu menjalani pemeriksaan laparoskopi. Ia dilakukan dengan cara memasukkan sejenis alat pemerhati kecil ke dalam perut melalui satu potongan kecil untuk memeriksa tiub-tiub anda. 

    Bagaimanakah kehamilan di luar rahim dirawat?

    Jika kehamilan di luar rahim ini dikesan, pakar bedah akan menggunakan kaedah laparoskopi (pembedahan lubang kunci) untuk memotong tiub falopio dan mengeluarkan kehamilan tersebut. Tiub tersebut tidak akan dipotong jika ia boleh dibaiki. Laparoskopi lebih baik daripada pembedahan terbuka kerana: 

    • pembedahan ini lebih cepat;
    • kurang darah yang hilang semasa pembedahan ini;
    • anda tidak perlu tinggal lama di hospital;
    • kurang ubat penahan sakit diperlukan.

    Jika tiub anda telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut terbuka kerana ini merupakan cara yang paling cepat untuk mengurangkan kehilangan darah. Dalam sesetengah kes, pemindahan darah mungkin diperlukan untuk menggantikan darah yang hilang. 

    Samada tiub dan kehamilan itu dikeluarkan bersama-sama, atau kehamilan dikeluarkan dan tiub dibaiki bergantung kepada: 

    • tahap kerosakan tiub tersebut;
    • tahap kesihatan tiub falopio yang satu lagi;
    • keinginan anda untuk hamil lagi.

    Dalam sebilangan kes, biasanya dalam kes-kes di mana tiub tersebut dapat diselamatkan (kira-kira 4 peratus dengan kaedah pembedahan lubang kunci dan 8 peratus dengan kaedah pembedahan terbuka), kehamilan tersebut terus berlangsung dan memerlukan ubat metotreksat yang menggugurkan kehamilan, atau pembedahan susulan untuk mengeluarkannya. 

    Metotreksat kadang-kala boleh digunakan untuk merawat kehamilan di luar rahim dan pesakit tidak perlukan pembedahan. Rawatan ini lebih efektif pada awal kehamilan, apabila hormon kehamilan masih di tahap yang rendah, dan ia boleh digunakan jika tiada pendarahan berlaku dan tiub tersebut belum pecah. Kehamilan itu akan gugur dan diserap oleh si ibu, yang kemudiannya akan mengalami pendarahan selama beberapa minggu. 

    Dalam kes-kes tertentu di mana kehamilan di luar rahim telah dikesan dari awal lagi tetapi lokasi sebenar belum dipastikan, tiada rawatan akan dicadangkan. Ini dipanggil pengurusan ekspektasi atau "tunggu dan lihat". Ini kerana, banyak kehamilan di luar rahim yang gugur dengan sendirinya, terutamanya dalam kes di mana tiada pundi telur dikesan dan hormon kehamilan masih di tahap sangat rendah. Dalam kes-kes ini, pengurusan ekspektasi dapat mengelakkan pembedahan sehinggalah ia tidak dapat dielakkan lagi. Namun, ini berlaku dalam kira-kira satu perempat daripada kes-kes tersebut. 

    Ya, ia mungkin berlaku. 
    • Jika tiub-tiub falopio anda tidak rosak selepas kehamilan di luar rahim, maka kebarangkalian untuk anda hamil lagi adalah sama. 
    • Jika satu daripadanya telah pecah atau rosak teruk, kebarangkalian untuk hamil adalah kurang, terutamanya jika tiub yang satu lagi itu turut terjejas akibat PID atau endometriosis. Dalam kes ini, samada lebih sukar untuk hamil tetapi masih boleh, bergantung kepada kes anda sendiri.
    • Kira-kira 65 peratus wanita yang mengalaminya akan hamil lagi dalam masa 18 bulan selepas kehamilan di luar rahim, tetapi jika kedua-dua tiub falopio anda rosak atau pecah, anda mungkin perlu menimbangkan untuk melakukan rawatan IVF. 

    Apakah kebarangkalian untuk mengalami kehamilan di luar rahim lagi?

    Terdapat kira-kira 10 hingga 15 peratus risiko untuk mengalaminya lagi. Walau bagaimanapun, risikonya sukar dianggarkan kerana perbezaan dalam situasi individu-individu itu sendiri dan tahap kerosakan yang telah berlaku. Anda patut membuat temu janji susulan dan meminta nasihat yang jelas mengenai masa depan kehamilan anda daripada pakar obstetrik. Tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan kehamilan di luar rahim daripada berulang di masa hadapan. Namun, jika ianya berlaku akibat jangkitan klamidia, anda boleh mengambil antibiotik untuk merawatnya dan dengan itu mengurangkan kerosakan yang lebih teruk ke atas tiub anda. Apabila anda telah hamil sekali lagi, jumpalah doktor anda secepat mungkin. 

    Berapa lamakah saya harus menunggu sebelum mencuba lagi?

    Mereka yang telah menjalani laparoskopi biasanya perlu menunggu tiga hingga empat bulan sebelum mencuba untuk hamil lagi. Jika anda telah menjalani pembedahan terbuka, lebih baik jika anda menunggu enam bulan untuk membolehkan luka anda sembuh sepenuhnya. 


    Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

    Norliza Binti Othman 

    Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
    sms/whatsapp: 019 2638675
    Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

    HADIAH DARI ZALORA SUDAH SAMPAI!!!


    Assalamualaikum

    Hari ni mommy nak share entry santai-santai dengan anda semua.Siapa yang pernah bershopping dengan ZALORA ?? Alhamdulillah,baru-baru ni mommy berkesempatan bershopping di ZALORA,syukur sangat dapat rezeki best..Mommy dapat voucher ZALORA bernilai RM100

    Maka..mommy pon selongkar habis web ZALORA..lama punya dok taram,dapatlah sebiji handbag idaman.Ecece..ye la kan,kalau dah namanya wanita,hand bag tu wajib ada.Macam-macam size plak tu.Tak muat yang kecik,cari pulak yang besar gedabak..Boring guna yang besar mula la mencari yang kecik sikit..Haih~

    Oh ya,untuk belian di ZALORA. RM 75 ke atas adalah FREE DELIVERY.Maknanya TIADA CAJ TAMBAHAN UNTUK PENGHANTARAN

    Tada..inilah hasil tangkapan mommy ^^ 




    TERIMA KASIH ZALORA..KALAU BOLEH NAK LAGIII
    This entry was posted in

    Wednesday, November 26, 2014

    BENTAN SEMASA BERPANTANG : FAHAMI TANDA-TANDA DAN SEBABNYA





    Masalah bentan sering dikaitkan dengan wanita dalam tempoh pantang bersalin. Apakah sebenarnya bentan? Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin.
    Maksudnya jika ibu culas menjaga diri ketika tempoh rawatan, dia berisiko untuk mengalami sakit semula atau bentan. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.

    Tanda dan sebab bentan:
    *Mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras. Akibatnya badan berasa sejuk dan seperti hendak pitam. Ia berlaku kerana dalaman badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya.
    Sekiranya mengalami keadaan ini, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh.

    Jenis bentan:
    1. Bentan urat
    Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini. 
    1. Bentan urat peranakan/urat rahim
    Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan. 
    1. Bentan urat besar (pinggang)
    Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit. 
    Bagi mengelakkan ibu terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu diberi perhatian serius. 
    1. Banyakkan berehat
    Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek berat termasuk memandikan bayi. Minta bantuan daripada suami atau penjaga lain untuk membantu.
    1. Elak jangkitan kuman
    Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman.
    1. Jaga pemakanan
    Pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang. Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terusng, nangka muda.

    Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

    Norliza Binti Othman 

    Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
    sms/whatsapp: 019 2638675
    Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

    Tuesday, November 25, 2014

    KISAH BENAR : DERITA ANAK SEMBELIT TIADA LAGI !!


    Assalamuaalikum

    Adakah anak-anak anda sering mengalami SEMBELIT ?? Hari ni mommy nak berkongsi dengan pembaca blog mommy mengenai testimoni pengguna MEALSHAKES.Bolehlah ibu-ibu pertimbangkan untuk berikannya kepada si manja anda.Jangan biarkan masalah sembelit menghantui mereka setiap kali hendak membuang!

    *****

    Salam sejahtera pada pembaca blog semua. 

    Pada kali ini jue nak berkongsi suatu pengalaman yang cukup pahit tetapi manis untuk dikenang. Pengalamannya mengenai kisah sembelit yang teruk yang melanda anakku yang sulung iaitu Iris. Iris seorang amat manja, periang, comel, dan selalu menjadi penghibur jue ketika kesunyian dan sedih. Di alah penguat semangat jue untuk teruskan empayar perniagaan jue selama ini.

    Ok berbalik pada kisahnya, bermula dari umur setahun lebih, iris selalu diselimuti masalah sembelit yang teruk sehinggakan dia menjadi fobia untuk membuang. Mama mana yang tidak rasa kesian dan sedih apabila melihat anak sakit sehingga mamanya sendiri menangis melihat anak yang menahan sakit berhari-hari untuk membuang. Pelbagai cara pernah dicuba, cucuk ubat ikut bontot pun pernah dicuba, memang ok tetapi masalah itu xpernah hilang sentiasa datang apabila tiba waktu untuk membuang. Ubat tu kan xboleh guna selalu doktor xsarankan guna selalu tambahan lagi iris masih kecil. Selalulah iris mengalami luka di bahagian tersebut, kesian sangat, mungkin faktor tidak mendapat susu ibu yang cukup semasa bayi agaknya. Iris hanya sempat minum susu ibu sedikit sahaja, ini disebabkan kerana jue sendiri mengalami masalah untuk menyusuinya sepenuhnya lantaran susu pun kurang. Jue juga kurang kesedaran tentang betapa pentingnya memberi susu ibu waktu itu.

    Akhirnya dalam tahun 2013, tak berapa ingat bulan berapa masa tu, ternampak iklan di PIICM, iklan yang diiklan oleh Master Fazliana sekarang berkaitan penyelesaian masalah anak yang mengalami sembelit. Tanpa fikir panjang terus je jue mengoder mealshakes dengan master fazliana. Setelah memberi iris minum mealshakes dengan susu formula, belum menampakkan kesan yang positif lagi memandangkan dos yang jue berikan pun hanya sesudu kecil mungkin tidak membantu sangat. Jue pun xbertanya langsung pada master Fazliana, jadi hanya main bagi dan ikut arahan yang tertera di canister mealshake tu je. Akhirnya mak jue yang berikan dos yang agak besar sedikit iaitu sesudu besar, selepas itu nampak iris sangat mudah untuk membuang.

    Alhamdulillah selesai masalah yang selama ini menimpa iris. Syukur sangat-sangat terima kasih ibuku kerana membantu. Akhirnya jue konsisten berikan iris mealshakes, sampailah sekarang Iris pun dah 5tahun. Dia membesar dengan cergas, sangat aktif, selera makan juga semakin bertambah berbanding dulu. Kulit pun makin cantik dan tidak sensitif, makin bijak berkata-kata berbanding mamanya yang agak pendiam hihi. 



    Kat atas ni gambar iris sebelum minum mealshakes dan selepas. Gambar sebelum sebelum tu masa berumur 2tahun, masa ni dia demam selsema dan masih mengalami masalah sembelit, selalu merengeklah juga. Gambar selepas itu gambar yang terkini, alhamdulillah iris semakin ceria dan tiada masalah sembelit serta aktif sangat-sangat.

    Kini Iris dah tiada masalah sembelit lagi

    Sampai sini sajelah perkongsian dari jue, semoga ia memberi inspirasi kepada ibu-ibu lain yang mengalami masalah yang sama. Cuba je mealshakes jika korang pun mempunyai anak yang mengalami sembelit yang teruk macam anak jue. InshaAllah ia berhasil dengan izin dariNya. Sekian terima kasih.

    kredit : Junaida Watie

    *****

    Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

    Norliza Binti Othman 

    Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
    sms/whatsapp: 019 2638675
    Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

    PENYUSUAN UNTUK ANAK KEMBAR : APA YANG IBU PERLU TAHU?






    Memiliki anak kembar bermakna segala tugasan perlu dilakukan secara berganda. Ini termasuk dalam hal menyusukan si kembar. Jika anda mengambil keputusan untuk menyusukan bayi kembar dengan susu ibu secara eksklusif, pastikan anda mempelajari pelbagai tip dan info bagi membantu menjayakan misi tersebut.
    Waktu kelahiran bayi
    Kebanyakan bayi kembar lahir secara pramatang atas sebab-sebab kesihatan ibu. Keadaan ini sudah tentu mempengaruhi persiapan payu dara untuk menghasilkan susu kerana ia memerlukan masa lebih lama untuk menghasilkannya. Dalam hal ini ibu mempunyai dua pilihan sama ada memberikan bayi dengan susu formula terlebih dahulu atau mengepam payu dara. Semakin kerap dipam, pengeluaran susu ibu akan semakin lancar dan banyak, maka ibu boleh menyusukan bayi kembar dengan normal.
    Berkongsi pengalaman
    Carilah sebanyak mungkin info dan perkongsian pengalaman daripada mereka yang pernah menyusukan bayi kembar. Jika tidak jumpa di sekeliling anda, cari sahaja di internet menerusi pelbagai forum ibu menyusu. Bahkan anda juga boleh berkonsultasi dengan konsultan laktasi yang kini ada ramai di luar sana bersedia memberikan khidmat nasihat berkenaan hal penyusuan.
    Buat jadual menyusu
    Waktu untuk menyusukan bayi kembar bergantung kepada ibu dan bayi sendiri. Namun kebanyakan ibu lebih selesa memilih waktu yang sama untuk menyusukan si kembar. Ada dua sebab mengapa mereka memilih masa yang serentak iaitu pertama kerana efisiensi waktu. Walaupun memerlukan masa yang lebih panjang, tetapi ibu tidak perlu bergantian menyusukan bayi yang pasti mengambil masa yang lama untuk ibu. Kedua, ibu tidak perlu panik apabila salah seorang kembar menangis ketika sedang menyusukan seorang kembar. Maka jika anda memilih untuk menyusukan kembar serentak lakukan ia sejak awal lagi sehingga pasangan kembar stabil memiliki jam penyusuan yang sama.
    Memilih posisi selesa
    Pemilihan posisi menyusu memainkan peranan penting dalam kejayaan penyusuan susu ibu. Posisi paling selesa dan sesuai untuk ibu beranak kembar adalah football hold atau cradle hold. Alat bantuan seperti bantal menyusu sangat membantu ibu anak kembar lebih selesa dan tidak penat ketika menyusukan bayi. Dengan bantuan bantal ini, ibu tidak perlu terlalu memagang atau memeluk si kembar ketika mereka menyusu.
    Selang-seli posisi
    Jangan biasakan bayi anda menyusu di payu dara yang sama secara terus-menerus. Jika sebelumnya bayi A sudah menyusu di payu dara kiri maka untuk sesi penyusuan selepas itu biarkan dia menyusu di payu dara sebelah kanan dan seterusnya.


    Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

    Norliza Binti Othman 

    Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
    sms/whatsapp: 019 2638675
    Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

    ASTHMA : IKHTIAR SI IBU UNTUK ANAKNYA DENGAN OMEGA GUARD & MEALSHAKES


    Korang tahu tak apa itu penyakit ASTHMA??

    Bahasa mudahnya ialah LELAH / SEMPUT.Asthma sudah menjadi sinonim dengan kanak-kanak sekarang.Boleh dikatakan ramai yang mengalaminya.Mungkin juga kerana faktor cuaca sekitar kita yang makin berubah-ubah.pencemaran itu ini dan macam-macam lagi.

    Hari ni mommy nak share dengan anda semua mengenai testimoni customer kami yang anaknya ada masalah asthma.Jom kita cekidaut~

    *****

    KISAH ANAKKU & ATHMA...

    Hati ibu mana tak sedih kalau hampir setiap bulan anaknya terpaksa ambik nebuliser akibat athma...sikecil makin susut akibat kerap diserang athma..pantang cuaca sejuk..pantang tersilap makan..athma akan menyerang..

    Itu yg Chek Yam alami..bila salah seorang dari kembar Chek Yam..Saffy Adleia@Dede kerap diserang athma..hingga satu ketika kerana terlalu kurang oksigen..terpaksa warded..tinggallah si kembar Dada dengan ayah dirumah..

    Takdir menyaksikan keikhlasan seorang ibu saudara memberi Omega Guard secara percuma..tujuan asal utk anak anak dpt fokus pada pelajaran kerana Omega Guard berfungsi sebagai meransang kecergasan otak disamping pelbagai khasiat..sikecil ini pun nak juga..nampak selamba dia kunyah OG tu..masa tu usia baru 1 tahun 2 bulan..tapi teruskan juga..akhirnya Chek Yam beli lagi..diteruskan dengan Mealshake..



    Sekian lama setelah berbulan bulan..Chek Yam perasan athma Dede hampir tiada...tiada lagi selsema dan batuk yg teruk..tiada lagi nebuliser setiap bulan..atau paling teruk seminggu sekali..

    Alhamdulillah..syukur sangat sangat..Dede semakin pulih..makin berisi..Ini sebab kenapa Chek Yam pilih Shaklee..konsistensi menunjukkan kesihatan yg semakin cemerlang..sehingga hari ini Omega Guard dan Mealshake pilihan terbaik Chek Yam untuk Anak anak...tiada bau minyak ikan yg hanyir dengan Omega Guard..tak percaya tgk Dede dgn selamba kunyah Kapsul Omega..

    *****

    Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua ;)

    Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

    Norliza Binti Othman 

    Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
    sms/whatsapp: 019 2638675
    Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care