Wednesday, July 30, 2014

, ,

TIPS PENYUSUAN DI KHALAYAK





Jika dulu ibu menyusu anak dengan susu ibu masih lagi dibelenggu perasaan malu untuk menyusukan anak di khalayak. Selalunya ibu kelam kabut mencari lokasi paling selamat ketika si kecil menangis mahu menyusu. Akibatnya ibu dan bayi menjadi tidak selesa kerana terpaksa 'mencuri-curi' menyusukan anak di khalayak.

Namun kini situasi tersebut semakin berkurangan ekoran kebanyakan ibu menyusu sudah semakin berkeyakinan dan bangga untuk menyusukan anak dengan susu ibu walaupun di tempat awam. Apa pun ibu masih tetap menjaga maruah diri tanpa perlu menunjukkan apa yang tidak sepatutnya kepada khalayak walaupun sedang menyusukan bayi. Dengan pelbagai kemudahan aksesori menyusu yang dicipta khusus untuk ibu tugas menyusukan anak di khalayak menjadi semakin mudah tanpa masalah.

Bagi ibu baharu yang masih kekok, jadikan tip berikut sebagai pembakar semangat untuk anda terus menyusukan susu ibu di mana-mana pada bila-bila masa.

1. Yakin diri

Jangan ragu-ragu untuk melakukan penyusuan depan khalayak. Fikirkan bahawa anda mahu memberikan yang terbaik kepada bayi.

2. Fokus

Anda harus fokus kepada kebaikan semula jadi susu ibu. Perasaan malu dan tertekan akan memberi kesan kepada kelancaran pengaliran susu ibu.

3. Lokasi

Cari tempat yang tidak terlalu ramai orang untuk melakukan penyusuan. Ketika penyusuan, bayi inginkan suasana yang tenang.

4. Pakaian khusus

Sarungkan pakaian penyusuan dan gunakan poncho atau kain pendakap ketika menyususkan bayi.

5. Bantuan

Jika tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuan, suami atau pihak ketiga boleh menjadi 'dinding' sementara saat penyusuan berjalan. Surau atau bilik menukar pakaian adalah alternatif tempat penyusuan susu ibu sekiranya tempat tersebut tidak menyediakan kemudahan bilik menyusu untuk ibu dan anak.

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Continue reading TIPS PENYUSUAN DI KHALAYAK

Tuesday, July 29, 2014

, , ,

EPISIOTOMI : APA YANG IBU PERLU TAHU SEMASA PROSES KELAHIRAN





Episiotomi adalah prosedur melibatkan potongan yang dilakukan menggunakan gunting khas di kawasan perineum. Potongan tersebut mungkin dilakukan di garisan tengah atau menyerong dari kawasan luaran faraj hingga ke punggung.
Ia proses yang tidak menyakitkan, bagaimanapun proses pemulihan luka episiotomi terpaksa dilalui dengan penuh kesakitan sehinggakan ada yang mengeluh sukar duduk, berjalan, membuang air kecil dan besar.
Bagaimanapun, kini episiotomy tidak lagi menjadi sebahagian rutin proses bersalin. Ini kerana kajian menunjukkan episiotomi tidak sepatutnya dilakukan tanpa alasan yang kukuh. Apatah lagi ia meningkatkan kesakitan perineal sepanjang tempoh berpantang, menimbulkan masalah ketika membuang air besar jika episiotomi di garisan tengah dilakukan dan menyebabkan masalah tumpah darah (post-partum hemorrhage).




Ada beberapa faktor yang menyebabkan anda disarankan menjalani episiotomi iaitu :
  • Bahu bayi tersekat.
  • Bayi bersaiz besar.
  • Otot perineal yang keras dan tidak anjal.
  • Koyakan yang bakal dialami dikhuatiri melibatkan dubur hingga boleh meningkatkan risiko jahitan kepada ibu.
  • Timbul masalah stress kepada bayi ketika proses meneran.


Tip kurangkan sakit jahitan episiotomi
  1. Mandi air suam dapat membantu. Pastikan anda tekap bahagian yang dijahit perlahan-lahan dengan tuala lembut dan bersih.
  1. Dedahkan bahagian terbabit ke udara selama 10 mnit sekali atau dua kali sehari supaya ‘pengudaraan’ berlaku.
  1. Jika sakit untuk duduk, gunakan pelampung kanak-kanak atau tuala yang dibentukkan seperti donat di atas kerusi.
  1. Gunakan pad gel dingin. Kedinginan akan mengebaskan bahagian jahitan dan mengelakkan daripada bengkak.
  1. Simpan tuala wanita yang akan digunakan dalam peti sejuk terlebih dahulu.
  1. Jirus kaki dengan air ketika membuang air kecil atau besar. Ia dapat mengelakkan jahitan daripada menyakitkan anda.
  1. Amalkan senaman lantai pelvik untuk melancarkan peredaran darah di bahagian berkenaan. Ia berkesan untuk menyembuhkan luka dengan segera.
  1. Berjalan sekerap mungkin juga membantu peredaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan.
  1. Sekiranya perlu, ambil paracetamol 1000mg setiap enam jam jika terlalu sakit.
  1. Jika sakit dialami berterusan, segera dapatkan pemeriksaan doktor kerana dibimbangi luka anda terkena jangkitan kuman.

Tercari-cari set bersalin & berpantang terbaik ? Klik SINI



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care





Continue reading EPISIOTOMI : APA YANG IBU PERLU TAHU SEMASA PROSES KELAHIRAN

Monday, July 28, 2014

,

PERUBAHAN SUAMI APABILA ISTERI HAMIL




Biasanya apabila menanti kelahiran seorang bayi, semua tumpuan diberikan kepada bakal ibu. Perubahan mood, tubuh badan, kesihatan, pemakanan dan segala macam lagi semuanya berlaku kepada ibu hamil. Bagaimana pula dengan peranan bakal ayah?
Jarang sekali kita memerhatikan perubahan yang berlaku kepada bakal ayah. Dalam kesibukan bakal ibu melayan perubahan yang berlaku pada dirinya seperti ‘roller coster’, kadang kala isteri terlupa terhadap perubahan yang berlaku kepada suami.
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dijangkakan daripada suami ketika anda sedang berbadan dua.
  1. Teruja dalam kebimbangan
Pertama kali melihat garis merah jambu pada alat penguji kehamilan, perasaan bakal ayah jadi tidak keruan. Gembira, bimbang, keliru atau rasa nak menangis? Semuanya bersatu dan dalam masa yang sama terus memikirkan tanggungjawabnya yang semakin bertambah. Tetapi sebagai lelaki yang terkenal ego, sudah semestinya hanya perasaan yang bahagia sahaja akan ditunjukkan.
  1. Perubahan hormon?
Sebaik embrio melekat pada dinding rahim ibu, bermulalah episod perubahan hormon. Hormon estrogen dan progesteron menjadi tiga kali ganda berubah ketika hamil. Sebenarnya bukan ibu sahaja yang mengalami perubahan hormon, ayah juga mengalaminya. Secara asasnya ia menyamai otak budak lelaki yang bertukar kepada lelaki dewasa ketika akil baligh, otak lelaki perlahan-lahan bertukar kepda otak seorang ayah ketika isteri mengandung.
  1. Turut berempati
Ada bakal ayah yang turut melalui pengalaman simptom ibu mengandung. Biasanya ia berlaku pada trimester pertama tetapi boleh juga berlanjutan sepanjang kehamilan isteri. Selain menambah berat badan, ada lelaki yang merasa mual, loya, muntah, pening malahan mengidam macam-macam. Jadi, ibu-ibu bolehlah berkongsi biskut kraker dan teh halia dengan suami ya.
  1. Merancang
Jika bakal ibu menganggap bayi dalam kandungannya umpama ‘objek lembut’  yang perlu dijaga dengan berhati-hati dan diberikan fokus 100 peratus, lelaki pula lebih menumpukan kepada perancangan fasiliti – seperti kereta baharu yang lebih selesa untuk anak yang bakal lahir dan sebagainya.
  1. Dia sebenarnya mendengar
Suami anda mugkin kurang beri perhatian sekiranya anda sibuk bercakap (terutama dalam bab barang-barang bayi) tetapi jangan risau kerana pusat pendengarannya akan berubah kelak apabila mendengar suara tangisan bayi anda. Walaupun diakui ibu lebih peka pendengaranya terutama dalam bab anak menangis, tetapi sekurang-kurangnya si dia pun ada perasaan tersebut.
  1. Pertalian ayah & bayi

Ia bukan sesuatu yang memeranjatkan yang ibu dan anak mempunyai pertalian yang erat, tetapi kombinasi hormon, perubahan sistem otak dan sentuhan fizikal turut membolehkan ayah mengalami pengalaman yang sama juga. Untuk memastikan ia berlaku, ibu perlu berikan sedikit ruang dan peluang kepada ayah.  Sesekali biarkan ayah pula menguruskan bayi baharu anda dengan sedikit ‘pengawasan’. Kajian sendiri mendedahkan seorang ayah akan bertindak secara berbeza (pastinya ia bermanfaat kepada bayi) apabila ibu tiada di rumah atau tidak memerhatikan caranya menguruskan si anak

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care
Continue reading PERUBAHAN SUAMI APABILA ISTERI HAMIL

Thursday, July 24, 2014

, ,

KEMPISKAN PERUT DENGAN HERB-LAX SHAKLEE



Anda mahu kurus dan kempiskan perut? saya sangat-sangat sarankan agar anda mencuba HERB-LAX SHAKLEE. memang terbaik dan sangatlah ramai peminatnya. 

Untuk makluman anda, Herb Lax sangatlah hot stuff, sangatlah tinggi demandnya, terutamanya di kalangan pengguna yang ingin menguruskan badan dan mengempiskan perut. stock Herb Lax ni dh lama tak de tau, sebabnya, formulasi untuk membuat herb lax ni menggunakan sumber semulajadi yang susah untuk diperolehi dan hanya yang terbaik. Apa itu herb lax?



Herb-Lax terdiri daripada 9 herba semulajadi: alfalfa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root. Jom kita tengok apa fungsi-fungsi herba semulajadi yang terdapat dalam formulasi herb lax ni ye?:

  • Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pd usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
  • Buckhorn bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
  • Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.
  • Fennel seeds – Mengeluarkan toksin yangterkumpul akibat lebihan makanan danpengambilan alcohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalahsembelit dan kembung perut atau usus.
  • Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membanti proses pencernaan.
  • Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakansebagai antibiotic.
  • Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
  • Culver’s root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
  • Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati.

Apa keistimewaan Herb-Lax ni??

  • Membersihkan najis yang tersekat/ tersimpan lama dlm tubuh
  • Merangsang usus utk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
  • Membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Melawaskan pembuangan air besar.

Herb-Lax akan menampakkan kesan dalam masa 8-12 jam selepas pengambilan. Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos kepada 5-8 biji dan boleh kembali ke dos asal setelah proses pembuangan kembali normal.

CARA PENGAMBILAN HERB LAX: 

Herb lax boleh diambil 2 biji  dalam tempoh 4 hari atau sekali dalam tempoh seminggu, bergantung kepada ketahanan perut seseorang. Kalau jenis yang tak tahan, mungkin akan membuang sebaik sahaja ambil dan ada juga tak tidak memberikan kesan sekiranya ambil sekali seminggu dan perlu diambil setiap hari.

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Continue reading KEMPISKAN PERUT DENGAN HERB-LAX SHAKLEE
,

TIPS UNTUK IBU : PERJALANAN MUDAH DENGAN SUSU IBU





Membuat persiapan pulang ke kampung atau pergi bercuti di musim perayaan pastinya memerlukan perancangan yang teliti. Apatah lagi sekiranya mempunyai sederet anak kecil yang masih memerlukan perhatian dan pelbagai barangan keperluan mesti dibawa bersama.

Bertuah bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Anda sebenarnya telah menjimatkan banyak perkara termasuk masa, tenaga dan ruang selain memelihara kesihatan anak daripada bahaya jangkitan ketika bercuti. Meneruskan penyusuan ketika dalam perjalanan banyak membantu anda.

Ada banyak sebab mengapa anda perlu tersenyum sekiranya menjadi ibu menyusu terutama ketika inigin membuat perjalanan jauh bersama keluarga di musim perayaan. Mengapa?

✿ Ibu yang menyusu anak dengan susu ibu mendapati penyusuan membuatkan perjalanan lebih senang berbanding penyusuan susu botol.

✿ Dengan meneruskan penyusuan susu ibu, anak akan terus mendapat bekalan nutrien dan faktor perlindungan yang amat penting untuk melawan sebarang jangkitan yang mana bayi mungkin terdedah kepadanya. Walaupun bayi sudah diperkenalkan kepada makanan tambahan, susu ibu tetap merupakan sumber makanan yang bersih, mudah dan sentiasa berada pada keadaan dan suhu sempurna.

✿ Ibu boleh menyusu mengikut keperluan bayi. Ia menjadi sumber untuk bayi menghilangkan dahaga, menenangkannya ketika tidak selesa ataupun meragam disebabkan oleh tekanan yang menyebabkan telinganya sakit (sekiranya menggunakan kapal terbang) atau keletihan akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Oleh itu, penyusuan akan mengurangkan tekanan pada telinganya.

✿ Hormon prolaktin yang dihasilkan membantu menenangkan ibu dan oksitosin pula menimbulkan perasaan cinta dan kasih sayang, ikatan, komunikasi positif antara ibu dan anak. Ia adalah cara terbaik memenuhi keperluan fizikal dan emosi ibu dan anak. Pastinya ia cara terbaik untuk mengatasi tekanan sepanjang perjalanan yang panjang dan meletihkan.

✿ Melindungi anak daripada bahaya alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan apa-apa peralatan (botol, puting susu dan lain-lain) yang boleh dibasuh dan dibilas. Susu ibu terhasil dalam persekitaran yang paling steril.

Info daripada Rita Rahayu Omar, Pakar Laktasi

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care
Continue reading TIPS UNTUK IBU : PERJALANAN MUDAH DENGAN SUSU IBU

Wednesday, July 23, 2014

, , ,

APA ITU ANTIOKSIDAN?


Orang kata,nak kulit cantik, makan vitamin E,C,makan collagen. Ayat ini selalu kita dengar bila kita bercerita pada seseorang kalau kita menghadapi masalah kulit. Tapi kita tak tahu macam mana semua supplement tersebut bertindak pada kulit kita. Apa kandungan supplement itu yang membantu mengatasi masalah kulit? Jawapannya, antioksidan. Pernah dengar kan? Tahu tak apakah antioksidan? 

Apakah antioksidan?

Antioksidan adalah sekumpulan komponen yang membantu melindungi badan kita dari pembetukan dan penyingkiran radikal bebas atau free radicals. Radikal bebas dihasilkan dari pendedahan badan terhadap cahaya matahari dan pencemaran, juga sisa dari proses metabolisma sel. Asap rokok, udara bebas dan diet juga menjejaskan tahap radikal bebas dalam badan kita. 

sumber anti oksidan


Bagaimana antioksidan bertindak?

Pengoksidaan adalah satu tindak balas kimia yang memindahkan elektron atau hidrogen dari satu bahan ke satu agen pengoksidaan. Tindak balas pengoksidaan menghasilkan radikal bebas. Secara bergilir, radikal bebas memulakan tindak balas berantai. Apabila tindak balas berantai berlaku, ia menyebabkan kerosakan atau kematian kepada sel. Antioksidan menamatkan tindak balas berantai dengan membuang perantara radikal bebas dan menyekat reaksi pengoksidaan lain melalui pengoksidaan diri mereka. Sebab itu, antioksida dikenali sebagai reducing agent. 




Apakah vitamin sumber antioksidan?




1) Vitamin E

Juga dikenali sebagai d-alpha tocopherol. Vitamin E merupakan vitamin larut lemak dari kacang, sayuran, minyak ikan, bijirin dan aprikot. Dos pengambilan yang disarankan untuk vitamin E adalah sebanyak 15 IU bagi lelaki dan 12 IU bagi perempuan.

[✔] Melindungi dan meneutralkan radikal bebas yang 
      merosakkan sel-sel kulit
[✔] Memudarkan parut jerawat
[✔] Anti-penuaan terbaik
[✔] Membekalkan oksigen dan mempertingkatkan pemulihan
[✔] Mengurangkan bintik penuaan

2) Vitamin C



Asid askorbik adalah nama lain untuk vitamin C yang merupakan vitamin larut lemak. Antara sumber vitamin C adalah buahan citrus, jus buahan, kubis, bayam, brokoli, kubis, tembikai, kiwi dan strawberi. Dos yang sesuai adalah 60 mg, dan dos maximum sebanyak 2000 mg. 

[✔] Meningkatkan sistem imun
[✔] Membantu menyekat bakteria penyebab jerawat
[✔] Melindungi kulit dan mempertingkatkan pemulihan
[✔] Penting untuk kolagen dan tisu penghubung


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Continue reading APA ITU ANTIOKSIDAN?
, ,

5 VITAMIN UNTUK KULIT YANG CANTIK






Bila sebut tentang kecantikan,pastinya semua orang akan menjadi obses dengannya,tak kira lelaki mahupun wanita.Hari ini kita akan berkenalan dengan 5 jenis vitamin yang sangat penting untuk kecantikan 

Vitamin A -Kedutan

Vitamin A atau dikenali sebagai retinol diperlukan untuk mencegah kedutan atau penuaan kulit. Vitamin A juga bagus untuk memudarkan kulit gelap atau 'dark spots' disamping melembutkan kulit yang kasar. Contoh sumber kepada vitamin A adalah seperti kentang, lobak merah dan aprikot.

Vitamin B3 - Kemerahan

Vitamin B3 berfungsi membantu mengatasi masalah kulit yang kemerahan akibat ruam, melembabkan kulit dan membantu peredaran darah yang memberi kulit sihat. Contoh sumber vitamin B3 adalah nasi, telur, pisang dan oat.

Vitamin C - Bintik

Vitamin C adalah vitamin yang sangat terkenal bila berkaitan dengan kulit. Vitamin C merupakan sumber yang membantu penghasilan kolagen semulajadi kulit, membantu mencegah terjadinya jerawat dan memberi kulit cerah dan cantik. Antara sumber vitamin C adalah buahan citrus, betik dan strawberi.

Vitamin E - Kelembapan 

Vitamin E diperlukan untuk membantu kulit kekal lembap dan sumber antioksida untuk mencegah radikal bebas, mengekalkan kolagen dan membantu memulihkan sel kulit. Sumber vitamin E antaranya adalah avocado, kacang dan sayuran hijau.

Vitamin K - Lingkaran gelap

Lingkaran gelap di bawah mata berkait rapat dengan kekurangan vitamin K. Vitamin K membantu dengan mengawal pengaliran darah yang merupakan faktor utama terjadinya lingkaran gelap di bawah mata. Contoh sumber vitamin K adalah bayam, asparagus dan sayuran hijau. 





Apa yang Shaklee tawarkan untuk kulit cantik ?


 ( Klik untuk imej yang lebih jelas )


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Continue reading 5 VITAMIN UNTUK KULIT YANG CANTIK

Tuesday, July 22, 2014

, , , ,

PENTINGKAH PENGAMBILAN SUPLIMEN SEMASA KEHAMILAN?






Mendapat khabar kehamilan adalah saat yang semua perempuan nak rasa. Semua akan excited, tak kiralah walau dah berapa kali pregnant pun. Apatah lagi yang pregnant untuk kali pertama. Mesti rasa teruja macam-macam. Nak start dari mana, nak prepare ini, nak macam ini ke, itu ke. Nanti buat itu, buat ini. Dan pelbagai reaksi teruja yang lain. Sampai kadang tu, kita jadi terlupa pada nutrient yang diperlukan sepanjang kehamilan. Nutrient yang lengkap perlu untuk perkembangan bayi di dalam kandungan. Untuk yang tertanya, jom baca dan take note apa keperluan untuk bayi. Saya akan kaitkan dengan nutrisi set kehamilan dari Shaklee. 

Asid folik
Asid folik sangat penting untuk diambil oleh ibu hamil terutamanya dalam trimester pertama. Ia perlu untuk mengurangkan risiko bayi dari mengalami kecacatan tulang belakang, iaitu tiub neural. Kecatacatan tiub neural (spina bifida) berlaku apabila saraf dalam tulang belakang terdedah dan rosak. Dos diperlukan biasanya 400mcg. Sekiranya terdapat masalah, dos yang lebih tinggi mungkin diperlukan.



Kalsium
Kalsium diperlukan untuk pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang, terutamanya di fasa trimester akhir. Kalsium juga untuk mencegah kekejangan otot ibu. Dos diperlukan adalam 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).

Vitamin D
Vitamin D adalah vitamin larut lemak yang juga mengekalkan tulang dan gigi dalam keadaan sihat. Vitamin ini memainkan peranan dengan membantu mengekalkan tahap kalsium dan fosforus dalam badan. Dos yang dicadangkan adalam 200IU. 

Zat Besi
Ibu hamil akan mengetahui tahap keperluan zat besi melalui ujian darah. Jumlah darah dalam badan ibu hamil semakin bertambah untuk menyokong tumbesaran fetus. Dos yang disyorkan adalah 30mg. 

Omega-3
Omega-3 berfungsi untuk pembentukan otak dan saraf bayi. 

Multivitamin
Nutrient lengkap untuk ibu sepanjang kehamilan dan penting untuk mencegah kekurangan darah sewaktu bersalin. 

Vitamin C
Menggalakan pembinaan imunisasi kepada ibu dan bayi. Vitamin C juga membantu penyerapan nutrient lain. 

Okay, berdasarkan semua keperluan di atas, ini cadangan Set Kehamilan Shaklee.







Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care




Continue reading PENTINGKAH PENGAMBILAN SUPLIMEN SEMASA KEHAMILAN?
,

OBIMIN vs VITALEA : SAMA TAPI BERBEZA ??


Vitalea merupakan vitamin paling HOT untuk ibu-ibu mengandung. Mengapa ye ? Entry kali ini, akan jadi entry bergambar. Nak share perbezaan yang pernah dilakukan oleh sahabat-sahabat Shaklee yang lain. Sebelum itu, jom kita baca definisi ringkas apa itu vitalea dan obimin. Check it out guys! - 


Obimin?
Supplement yang mengandungi zat, mineral dan nutrien.

Vitalea?
Supplement yang mengandungi 28 minerals dan vitamin lengkap. 

Fungsi dan kandungan hampir sama. 

Kenapa ia perlu?
Sumber multivitamin lengkap kepada ibu hamil untuk mengelak masalah anemia, iaitu kekurangan darah. 

 OBIMIN


VITALEA


Apa yang membezakan Vitalea dan Obimin?
USA RDA adalah kandungan diperlukan, Shaklee Vitalea dan Obimin Plus adalah kandungan yang ada dalam satu tablet



*credit image/info to google


Apa lagi yang membezakan? 
Eksperimen ringkas yang dilakukan oleh Cik Anum selama 2 minit.




Sekarang,anda suda tahu perbezaan keduanya walaupun selama ini orang kata SAMA JE...Jadi,buat pilihan yang tepat untuk diri dan kandungan anda !





 VitaLea



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care




Continue reading OBIMIN vs VITALEA : SAMA TAPI BERBEZA ??

Monday, July 21, 2014

GA CASH RAYA RM1000 by EMAS PUTIH

As-Salam

[Sila Tekan Banner Diatas If Nak Join]




Continue reading GA CASH RAYA RM1000 by EMAS PUTIH
, , ,

TIPS MEMILIH COLLAGEN TERBAIK


Tahukah anda,Kolagen kini sedang laris di pasaran samada melalui online mahupun offline. Di pasar malam pun ada kolagen tau ! Tetapi,tahukah anda bagaimana caranya untuk memilih kolagen yang baik ? Kolagen yang baik selalunya harganya agak mahal , sesuai dengan kualitinya.Jom kita cekidaut tips pemilihan kolagen yang terbaik :






  1. Pilih dalam bentuk makanan/minuman berbanding Kolagen yang disuntik. Ini unttuk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dalam tubuh badan.
  2. Pilih saiz Kolagen sekurang-kurangnya 1000 doltan dan ke bawah. Ml-crofine size membantu penyerapan yang baik kerana saiz ini adalah paling optimum diserap oleh sel dan memberi kesan yang lebih cepat.
  3. Pastikan setiap pemilihan Kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelembapan yang berpanjangan.
  4. Pastikan Kolagen mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan kesan Pra-Penuaaan.
  5. Pastikan supplment itu mempunyai elemen Vitamin B untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri.
  6. Kolagen jua penting untuk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamina untuk kesihatan sendi.
  7. Pastikan setiap Kolagen mempunyai bahan yang merangsang pembntukan Asid Hydraulic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.
  8. Pastikan ia selamat dan tidak bertoksin
Apa yang Shaklee tawarkan ?


KOLAGEN DARIPADA SISIK IKAN MERAH - Sumber Kolagen Terbaik

  • Ikan merah hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000m, dibawah keadaan lautan yang bertekanan tinggi, adalah mustahil bagi ikan biasa untuk hidup.
  • Ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 pounds, bertelur dan hisup dengan bebas di dalam lautan dalam - menjadikan ia sumber kolagen terbaik (mengekalkan kelembapan kulit)  dan elastik (mengekalkan keanjalan kulit - boleh melantun apabila dicubit).
  • Kepaduan sel yang sangat tinggi.
  • Tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan.
  • Jisim molekul yang sangat rendah - menyerap dengan mudah dan berkesan di dalam badan kita.






KEISTIMEWAAN COLLAGEN POWDER SHAKLEE
✔ Collagen Powder Shaklee merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) collagen, kolagen yang berkualiti tinggi & tulen diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan & dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah (melalui ujian klinikal)
 Tugas Collagen Powder Shaklee terhadap tubuh badan manusia:
✔ ANTI PENUAAN – Mengecilkan liang-liang pori terbuka, kedutan & garis halus
✔ MENGHIDRATKAN – Melembapkan kulit
✔ MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT – Menjadikan kulit anjal, lembut & tegang
✔ MELICINKAN – Tingkatkan kelicinan kulit
✔ MENYUBURKAN – Menyuburkan rambut & kuku yang sihat
✔ MENCERAH – Mengurangkan pigmentasi, jerawat & kulit tak sekata
✔ MENEGANG – Membantu menegang & menganjalkan payudara











Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Continue reading TIPS MEMILIH COLLAGEN TERBAIK