KISAH BENAR :VITAMIN E BANTU BERHENTI MEROKOK!


Assalamualaikum

Adakah anda terjebak dengan aktiviti merokok?or anda mahu orang yang anda sayang berhenti merokok??

Mommy pernah story keberkesanan VIVIX untuk perokok.Kalau anda belum baca,boleh klik di sini untuk baca.Hari ni mommy nak share cerita mengenai perokok tegar yang berjaya berhenti merokok dengan Vitamin E pulak

Kisah aku, rokok dan Shaklee?

Jom aku ceritakan kisah benar (omputih kata based on True Story..ahahaha) di antara aku, rokok dan Shaklee.(penggunaan gantinama “Aku”  di dalam entri ini hanyalah untuk menyedapkan lagi jalan penceritaan…hihi)


shaklee-membantu-berhenti-merokok-antioksidan-tinggi-vitamin4kesihatan-vitamin-e-shaklee-tinggi-antioksidan
Rokok oh rokok!

Rokok telah menjadi sahabat baik aku semenjak di bangku sekolah lagi, seingat aku mula-mula hisap rokok masa di tingkatan 3. Masa tu, tandas ler yang menjadi tempat berasap budak-budak sekolah. Ada jugak yang selamba hisap kat belakang kelas masa cikgu sedang menulis kat papan hitam di depan. Pengaruh yang paling kuat hingga menyebabkan aku terjebak merokok ni adalah kawan-kawan sekolah. Rokok pertama yang aku hisap ialah Gudang Garam sebab rokok kretek ni lambat nak terbakar dan boleh hisap lama sikit. Masa tu beli pakai batang jer, nak beli sekotak tak mampu, maklum ler student.
Sedar tak sedar, rupa-rupanya sudah hampir 20 tahun aku hisap rokok, daripada Gudang Garam ke Suriya, Suriya ke Benson, Benson ke Dunhill, Dunhill ke Sampoerna, Sampoerna ke LM dan brands terakhir sebelum aku berhenti merokok adalah Winston Merah. Banyak juga brands sampingan yang ditaja oleh kawan-kawan seperjuangan hinggalah ke brainset. Niat nak berhenti tu memang dah lama tersemat dalam hati ni tetapi oleh kerana terlampau ramai kawan-kawan yang mempunyai hati yang amat pemurah dan sering menghulurkan bantuan di saat aku memerlukan sebatang rokok, itulah perkara utama yang menyebabkan niat tu terbantut dan tersimpan jauh di sanubariku ini hingga dikunci menggunakan Solex. Kebiasaannya apabila melepak, ngeteh atau berbual kosong, aku mampu menghabiskan sekotak rokok, macam tak sedar jer sebenarnya seakan-akan dipukau tapi tangan akan menuju ke bibir dan bibir akan tetap menghembuskan asap.


berhenti-merokok-vitamin4kesihatan-shaklee-bantu-berhenti-merokokSelingan jap..hihihi…. sumber gambar : KomikNiaga

Setiap tahun harga rokok akan naik tapi aku selamba jer beli, takde hal lah!…ni perokok tegar laaa..itulah kata-kata yang sering bermain dibibirku, tak pernah pun aku mengira berapa RM habis dan hangus terbakar digunakan untuk beli rokok. Betul rasanya orang kata, kalau dikumpulkan duit beli rokok ni boleh pergi Haji…hihi.

Terpaksa makan Vitamin E  Shaklee.

Dipendekkan cerita, wife aku (Cheq eem) pada mulanya hanya beli produk Shaklee ni daripada kawannya untuk makan sendiri jer. Produk pertama Shaklee yang dia beli adalah Vitamin E dan disaat dan ketika itulah aku pun terpaksa makan Vitamin E tiap-tiap hari sebelum tidur, kalau nak harapkan aku mesti tak usik la Vitamin E ni. Wife aku akan setkan jadual dan pastikan aku makan Vitamin E. Setelah sebulan makan Vitamin E ni, perkara yang paling aku perasan ialah rambut aku kurang gugur apabila mandi atau pun bangun dari tidur, sebelum ni memang banyak rambut gugur apabila shampoo rambut. Kagum jugak aku masa tu, ada juga aku google pasal Vitamin E ni, rupanya antara kebaikan Vitamin E adalah untuk kesihatan rambut.





Selepas puas hati dan gembira dengan hasilnya, kitaorang terus decide untuk daftar jadi ahli Shaklee sebab kalau nak beli lagi mesti dapat harga lagi murah (harga ahli) dan pada bulan Januari 2013 bermula episod wife aku yang bergelar sebagai Shaklee Independent Distributor, pemegang no. 917511.

Rasa payau dan pahit apabila merokok
Aktiviti berasapku berjalan seperti biasa sehinggalah 2 bulan lebih selepas konsisten mengambil Vitamin E dan juga Zinc Complex Shaklee (wife suruh makan jugak Zinc Complex ni). Bila hisap rokok jer tekak akan rasa payau dan pahit, mula-mula aku ingatkan rokok ni dah lemau kot?. (masuk angin). Lama kelamaan aku semakin kurang hisap rokok, rasa cam tekak dah tak boleh terima jer asap rokok tu. Makin aku hisap rokok semakin rasa pahit tekak aku sehinggalah di pertengahan bulan Mac 2013, aku nekad abis sekotak ni aku nak berhenti merokok. Masa tu aku pun macam tak confident jer dengan diri sendiri, biasanya tahan  sebulan jer sebab memang dah banyak kali cuba tapi masa bulan puasa jer :) .

Adakah ini cara halus wife aku untuk membuatkan aku berhenti merokok??….ermmmm…wife aku yang beriya-iya suruh aku makan Vitamin E tetapi soalan ini kekal misteri sehingga ke hari ini:)

Aku pon buat research di internet untuk mencari jawapan “Apakah kaitan Vitamin E dengan Rokok?”… dan hasil research bersama Mr. google, sebenarnya Vitamin E ni mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan berguna untuk membaiki sel-sel tubuh yang rosak akibat asap rokok serta diet antioksidan yang betul mampu mengurangkan pengaruh merokok disamping mengurangkan ketagihan nikotin.
Aku jumpa banyak artikel berkaitan Vitamin E dan rokok tetapi artikel di bawah yang paling menarik aku baca. Aku pun tak ingat daripada website mana aku salin artikel ni.

Jom baca :


Merokok dapat merosakkan paru-paru, mengganggu tidur dan kesihatan mental seseorang, sehinggalah anda meninggalkan tabiat tidak sihat tersebut. Anda boleh mencuba diet antioksidan untuk membantu membebaskan diri dari kecanduan nikotin.
Ketika nikotin masuk ke dalam tubuh, akan terbentuk radikal bebas yang menyebabkan stres oksidatif atau kerosakan sel otak. Radikal bebas adalah kelompok atom dengan jumlah elektron yang ganjil dan terbentuk ketika oksigen berinteraksi dengan molekul tertentu.
Radikal bebas ini sangat tidak stabil dan akan membentuk reaksi berantai untuk menstabilkan diri, tetapi hal ini dapat menimbulkan kerosakan sel dalam tubuh seperti DNA dan membran sel. Hal ini bahkan dapat menyebabkan kematian sel dan mengakibatkan perkembangan masalah kesihatan tertentu.
Anda perlu berhenti merokok dan anda boleh mengatasi kerosakan tersebut dengan diet antioksidan. Antioksidan adalah molekul yang aman berinteraksi dengan radikal bebas dan menghentikan reaksi berantai sebelum merosak sel tubuh.
Mikronutrien seperti vitamin, selenium, beta-karoten, dan tembaga adalah beberapa nutrisi yang bersifat antioksidan. Oleh kerana itu, antioksidan dapat menyembuhkan tubuh dari pengaruh buruk rokok. Antioksidan dapat membantu menstabilkan radikal bebas yang tidak stabil akibat nikotin.
Para ilmuwan dari University of Rochester mencuba untuk mengetahui potensi antioksidan dalam memperbaiki stres oksidatif atau kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Peneliti menyatakan dengan memperbaiki kerosakan akibat nikotin, tubuh akan lebih sihat dan dapat melawan efek kecanduan nikotin


Aku tak boleh nak pastikan atau sahkan betul ker Vitamin E Shaklee boleh membantu proses berhenti merokok? tapi aku rasa korang semua boleh buat research sendiri atau mencuba sendiri. Perkara yang paling UTAMA adalah niat dan usaha yang kental. Aku cerita ni berdasarkan pengalaman aku sendiri sebagai seorang perokok tegar tetapi selepas aku berhenti merokok secara drastik ni ada jugak simptom-simptom lain yang datang. Kalau nak tahu lagi jom sambung baca lagi kat bawah ni.

Simptom-simptom yang aku hadapi selepas berhenti merokok

Aku berhenti memang secara drastik dan terus stop merokok camtu jer, mungkin badan terkejut atau mungkin juga proses pembuangan toksik-toksik rokok dalam badan. Simptom pertama, badan aku selalu demam, on dan off, sampai 2-3 kali pergi klinik. Doktor pun risau tengok aku sebab demam tak hilang-hilang, kadang-kadang rasa badan ni lesu dan mengigil pun ada jugak. Kepala pun rasa berpusing-pusing jer bagaikan berada di awang-awangan, doktor suspek aku kena denggi dan terus kena buat blood test. Bila dapat result, doktor cakap ok, cuma virus demam biasa jer. Simptom kedua, batuk aku berpanjangan selama sebulan. Masa ni, aku teruskan makan Vitamin E dan kadang-kadang wife aku suruh makan OmegaGuard Shaklee (katanya untuk hilangkan batuk).
Demam dan batuk aku berterusan selama sebulan dan sekarang badan dah kembali normal seperti biasa, takda demam lagi kecuali nak dapatkan MC kat doktor jer..hihi :) . Adakah simptom-simptom ini disebabkan aku berhenti merokok secara mengejut?.. aku memang tak pasti!. mungkin YA! atau mungkin TIDAK! . Yang penting aku dah 6 bulan tidak merokok dan aku nak teruskan begitu. Sekarang ni, kalau lepak dengan kawan-kawan yang masih merokok pun, aku takda rasa gian pun nak merokok dan yang paling hairannya!. aku sekarang tak boleh cium bau rokok, rasa semput lak, mungkin dulu dah lali dengan bau asap rokok.

Cara aku nak kekalkan untuk tidak merokok

Pada pendapat aku, untuk berhenti merokok bukanlah terletak pada ubat, vitamin atau niat semata-mata tetapi ada juga perkara-perkara yang kita perlu praktikkan walaupun kebiasaannya kita selalu terlepas pandang. Aku pun tidak pasti sampai bila aku boleh berhenti merokok? mungkin 6 bulan, mungkin setahun, mungkin 2 tahun atau betul ker aku boleh berhenti merokok terus? aku tidak boleh janji apa-apa tetapi aku akan praktikkan cara-cara dibawah untuk mengelakkan daripada kembali terjebak ke kancah ROKOK :
  1. Jangan bawa atau simpan pemetik api (lighter) dalam poket. Kalau pemetik gitar takpe.
  2. Kurangkan melepak dengan kawan-kawan yang merokok, kebiasaannya pada waktu malam di kedai-kedai mamak atau sewaktu dengannya. Bukan tidak boleh lepak dengan kawan terus tapi kurangkan jer. (Nanti kawan cakap kita sombong lak kan!)
  3. Ingatkan diri sendiri yang kita sudah berhenti merokok atau kalau susah sangat suruh jer wife atau kawan-kawan ingatkan. (kalau suruh kawan-kawan yang merokok ingatkan lagi bahaya ooo…ahahahaha)
  4. Selalu cerita kat kawan-kawan yang anda dah 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan, 4 bulan atau berbulan-bulan berhenti merokok. Nanti mesti kawan cakap anda POYO dan lepas itu mesti anda MALU jika tiba-tiba anda kembali merokok. (reverse psikologi ni.. hihi :) )
  5. Jangan duduk atau lepak sorang-sorang terlalu lama sebab ia boleh menyebabkan anda bosan dan mencari rokok untuk berbual, cari ler aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan.
  6. Ambil Vitamin  atau makanan yang mempunyai antioksidan yang tinggi secara konsistenwalaupun anda sudah berhenti merokok, ini berfungsi untuk membaiki sel-sel yang telah rosak dan untuk menghilangkan ketagihan nikotin secara berterusan. Ini adalah kaedah yang aku masih lakukan sehingga sekarang dengan mengambil Vitamin E Shaklee setiap hari.
  7. Tetapkan dan kentalkan niat anda untuk berhenti merokok. Setakat kawan-kawan offer rokok free tu, buatDon’t Know jer.
  8. Kalau susah sangat hilangkan gian nikotin tu, cuba gantikan dengan minum kopi atau nescafe. Cara ini untuk mengantikan nikotin dengan kafein. Patut la aku kuat minum kopi sekarang ni, sampai wife aku pun bising, suruh kurangkan minum kopi.



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

2 Comments

  1. azam dan semangat diri yang kuat jugak kena ada

    ReplyDelete
  2. Salam pkenalan...

    Sy ni dh dtg penyakit br nk brenti..huhu...

    Btw i folow u...

    ReplyDelete