TIPS MERAWAT BATUK DAN SELSEMA DENGAN SHAKLEE

8:23 PM yong norliza 2 Comments





Hati mana yang tak runsing bila melihat anak kesayangan kita sering batuk-batuk dan selsema. Tak boleh tidur dibuatnya. Kesian melihatnya bila asyik batuk sahaja terutama ketika waktu malam.  Kalau dibiarkan boleh melarat menjadi batuk berkahak dan demam. Kadang-kadang kalau dah teruk sangat terpaksalah mendapatkan rawatan dengan doktor. 

Walau bagaimanapun, penggunaan ubat batuk untuk kanak-kanak berumur lebih 2 tahun tetap kurang digalakkan kerana :
  • Demam, batuk atau selsema sering deisebabkan oleh jangkitan virus.Anak akan beransur pulih dengan sendiri berdasarkan ANTIBODI dan tidak perlu ubat-ubatan. 
  • Apa yang diperlukan oleh anak ialah rehat dan pengambilan air yang secukupnya.

Kesan buruk yang berlaku akibat pengambilan ubat batuk dan selsema ialah sawan, peningkatan kadar denyutan jantung, menurunkan paras kesedaran dan kematian mengejut. Kanak-kanak yang kurang 2 tahun TIDAK digalakkan untuk mengambil antihistamine kerana fungsi organ yang belum berkembang dan belum matang sepenuhnya.

Sebenarnya agak susah bagi doktor untuk mencadangkan ubat yang sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami batuk dan selsema. Antara sebabnya:

  • Sekiranya jangkitan yang disebabkan virus,antibiotik tidak sesuai kerana ia dicipta untuk membunuh bakteria..
  • Antiviral pula memang dicipta untuk membunuh virus tetapi ada kesan sampingan yang merbahaya.Jadi ia tidak diluluskan sebagai ubat untuk merawat gejala selsema batuk ini.
  • Nasal Spray pun tidak sepatutnya diberikan kepada kanak-kanak
  • Ubat batuk pula sebenarnya tidak sesuai untuk kanak-kanak especially yang Berumur 2tahun kebawah.Sememangnya ada kajian menunjukkan ia gagal menyembuhkan batuk kanak-kanak.

Batuk dan selsema ialah satu gejala yang dihasilkan oleh sistem imunisasi badan kita iaitu salur pernafasan hidung dan tekak dijangkiti oleh virus penyebab selsema.Umumnya kita akan cuba menentang virus selsema ni dan gejala ini akan dialami dalam 5-7 hari. Sebenarnya batuk dan selsema ni tak boleh sembuh dengan pengambilan ubat. Doktor biasanya akan bagi ubat untuk kita berehat dan pulihkan sistem imunisasi badan kita.

Namun sebagai ibu bapa kita perlu menanamkan konsep 'prevention is better than cure' untuk anak-anak. Kita perlu memastikan anak kesayangan kita mendapat nutrisi yang cukup dan lengkap. Sebelum melarat kita boleh merawat batuk dan selsema anak kesayangan kita dengan Shaklee. Bagaimana Shaklee boleh membantu? Jom kita baca seterusnya.  


Omega Guard 




  • Meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak dan dapat merawat demam selsema dan batuk kerana Omega 3 ini bersifat panas jadi apabila dimakan automatik memberi kesan panas dalam badan
  • Omega 3 ini mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jadi ianya amat berkesan untuk mengurangkan serangan asma pada kanak-kanak dan mengurangkan penggunaan inhaler
  • Membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak, kajian menunjukkan kanak-kanak yang mula mengambil omega 3 lebih awal ternyata otaknya lebih cergas
  • Dapat merawat penyakit eczema dr dalam, biasanya ibu-ibu ambil alternatif utk menyapu ubat luaran sahaja tetapi beberapa lama kemudian akan muncul kembali. Dengan pengambilan omega 3 dapat mengelakkan masalah eczema.
  • Dengan pengambilan Omega 3 juga didapati kanak-kanak lebih cergas dan aktif dan membantu meningkatkan fokus kanak-kanak semasa belajar.


Nutriferon



  • Melindungi dari Influenza, selsema
  • Membantu seimbangkan respon alergi terhadap persekitaran dan pencemaran udara.
  • Berkesan melindungi virus mikrob seperti selesema, alergi dan inflamasi dan influenza
  • Bagus untuk immune booster pada keadaan ketika cuaca tidak menentu, jerebu dan sebagainya
  • Sangat sesuai diamalkan jika kerap mengunjung ke tempat yang sesak seperti pasar malam, pasaraya, kawasan pelancongan dan berada di luar negara.
  •  Mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkansistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells & Makrofag
  • Sesuai untuk yang kerap demam dan batuk lebih dari seminggu


Meal Shakes




Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. 


Mencegah lebih baik dari mengubati. Sayangilah anak-anak kita. Sesungguhnya harta yang paling bernilai ialah anak. Rawatlah batuk dan anak kesayangan kita dari awal sebelum ia melarat menjadi serius.



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

2 Comment:

AIR DETOX : TRICK UNTUK KURANGKAN BERAT BADAN

10:53 PM yong norliza 2 Comments



Mungkin ramai yang kurang gemar untuk minum air kosong sebab takde rasa kan. Padahal air kosong tu bagus untuk kesihatan tubuh badan kita. Jadi penyelesaian yang elok ialah minum air detox ni atau dikenali sebagai infused water
Apakah air detox atau infused water 
Infused water ni ialah campuran air putih dengan buah-buahan dan dinikmati setelah dibiarkan selama 4 hingga 5 jam. Hn selalu buat infused water ni malam sebelum tidur. Potong buah yang ada dalam peti ais dan campurkan dalam botol air dan biarkan semalaman. Pagi esok bangun dan minum infused water ni. Walaupun kadang-kadang masam,tapi demi  kesihatan dan bertindak sebagai air detox ku telan saje.
Kebaikan infused water
Infused water ni bagus sangat untuk kesihatan tubuh badan kita sebab khasiat dari buah-buahan yang kita campurkan ni ada dalam air tersebut. Selain tu :
  • Membantu untuk mereka yang sedang berdiet untuk kurangkan berat badan . Kena la buat selalu untuk nampak hasilnya.
  • Membantu untuk minum air masak. Tau kan badan kita perlukan air yang banyak dan kalau berat 25kg sama dengan 1 liter air. Maksudnya kalau berat 50kg, badan kita perlukan 2 liter air sehari. Dari minum air yang bergula hari-hari, lama-lama nanti ada pula kencing manis. Bahaya ok..
  • Membantu untuk menambahkan metabolism badan.
  • Membantu kulit lebih cantik, muda dan tidak mudah berminyak.
Resepi & kegunaan infused water
Hasil buah-buahan yang kita campurkan ini mempunyai fungsi dan khasiat yang ada dari buah itu sendiri. Banyak lagi resipi air detox atau infused water yang kita boleh gunakan dan apa yang penting kita menjaga kesihatan kita sendiri untuk memudahkan kita melakukan kerja.
Air Detox untuk pembakaran lemak, pencernaan dan sakit kepala

Air Detox - Infused Water - 1
Ramai yang tahu teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan. Untuk membuat air detox atau infused water ni bila dicampurkan teh hijau, daun pudina dan limau nipis insyaAllah membantu untuk pembakaran lemak dalam badan, mudah untuk sistem pencernaan kita dan mengurangkan sakit kepala.

Air Detox untuk sokongan gula dalam darah dan penghadaman
Infused water ni juga bagus untuk mereka yang kekurangan dalam darah.Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat berfungsi dengan baik. Campuran timun, strawberi dan kiwi berfungsi untuk menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman dengan baik.

Air Detox untuk penghidratan, pencernaan & kawalan selera makan


Air Detox - Infused Water - 3

Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu untuk menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan kita. Dalam kita nak diet tu kita dapat sekali 3 pakej ni mesti suka kan. Kalau orang yang baru lagi nak diet tu, nak kawal selera makan sangat la susah kan.. Dengan infused water ni insyaAllah dapat membantu proses diet kita lebih cepat bertindak.

Air Detox untuk pertahanan imun, pencernaan & pedih ulu hati

Air Detox - Infused Water - 4

sistem pertahanan pada tubuh manusia sangat berguna untuk menjaga kita agar dapat melakukan aktiviti seperti biasa. Dengan sistem imun kita dapat terhindar dari  berbagai macam penyakit yang berada di sekitar kita. Infused water dari limau nipis, limau dan lemon dapat meningkat pertahanan sistem imun sekaligus memudahkan perncernaan dan membantu apabila pedih ulu hati.

Air Detox untuk kempiskan perut

Air Detox - Infused Water - 5

Haa resipi kali ni sangat membantu sesiapa yang perut boroi dan buncit. Hehe.. Infused water dari bahan-bahan seperti timun, daun pudina, lemon dan halia sangat bagus untuk mendapat perut yang menawan. Kalau rajin senam dan rajin minum infused water ni apa akan terjadi nanti? Mestilah dapat six pack… gituu..hihi
air-detox-infused-water-6

air-detox-infused-water-8

Cara-cara buat infused water atau air detox ni boleh guna botol air yang ada je. Campurkan buah-buahan yang ada dan simpan dalam peti ais untuk semalaman. Boleh cuba dan amalkan air detox ni dengan pelbagai resepi infused water yang disediakan ok. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

2 Comment:

AWAS, JANGAN PANDANG RINGAN DEMAM SELSEMA SI KECIL ANDA

9:25 AM yong norliza 3 Comments


Assalamualaikum..

Perasan tak,dalam sebulan ni cuaca selalu sangat berubah-ubah,Sekejap panas,sekejap hujan.Jadi tidak hairanlah kini musim demam, selsema, semput dan seangkatan dengannya muncul kembali. Tidak hanya orang dewasa yang mengalaminya, anak-anak kecil turut menghadapinya. Bahkan mungkin lebih kritikal dari orang yang dewasa. Untuk anak-anak yang dihantar ke taska tu tak payah cakap la. Kalau pagi hantar ok, balik pada sebelah petang mesti dah rasa badan panas sejuk nak demam sebab dikelilingi oleh anak-anak lain yang demam, selsema dan batuk.

Jangan dipandang ringan apabila anak-anak anda demam kerana terdapat dua kesan demam yang tinggi, iaitu ia boleh menyebabkan jangkitan di bahagian tengah telinga hingga boleh menyebabkan pekak dan jangkitan air kencing yang boleh merosakkan buah pinggang.

Adakah sebagai ibu bapa, kita dapat duduk diam sekiranya anak kita ditimpa musibah yang tidak dijemput ini disebabkan kesalahan diri sendiri.

APA YANG IBU BAPA PERLU TAHU?

Menjadi perkara biasa sekiranya anak mengalami masalah kesihatan berkenaan kerana ia sebahagian daripada proses membesar, tetapi ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan yang cukup bagi berhadapan dengan situasi itu.

Ini kerana, pengetahuan yang cukup mengenai penjagaan kesihatan anak-anak dapat menyelamatkan nyawa mereka selain membebaskan anak daripada kesakitan yang terlalu berat untuk ditanggung. Terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui oleh ibu bapa, antaranya:

1. Ibu bapa perlu tahu suhu badan kanak-kanak yang normal adalah antara 36.6 hingga 37.5 darjah Celsius. Sekiranya lebih daripada itu, ia menandakan anak mereka mengalami demam.

2. Suhu badan lebih rendah pada waktu pagi, tetapi meningkat pada penghujung hari dan memberi bacaan yang berbeza sekiranya suhu disukat pada telinga dan mulut dengan perbezaan 0.5 darjah Celsius.

3. Bagi suhu badan pada bacaan 37.5 darjah Celsius, ia sudah menandakan demam. Suhu 38.5 darjah Celsius pula menunjukkan demam yang lebih kuat.





4.  Ada beberapa situasi di mana anak perlu dibawa berjumpa doktor iaitu jika bayi berusia di bawah enam bulan, anak mengalami sawan, demam sudah berlarutan selama dua hari, jika demam ada kaitan dengan simptom lain, anak menjadi lemah dan tidak mahu makan atau minum, leher tegang, muntah dan menunjukkan sikap tidak keruan kerana kemungkinan ia ada kaitan dengan jangkitan meningitis.

5. Perkara biasa bagi kanak-kanak untuk mengalami selesema sehingga sembilan kali dalam setahun terutama selepas memulakan persekolahan tadika atau dihantar ke nurseri.

6. Selesema dikenal pasti menerusi bersin, mata berair, demam rendah, batuk, keletihan dan hidung berair. 

7. Selain itu, kanak-kanak juga mudah terdedah kepada batuk dan batuk bersama hidung berair yang lazimnya berlaku apabila anak diserang selesema

8. Ada jenis batuk yang dinamakan nocturnal yang hanya berlaku pada malam hari dan ia dikaitkan dengan asma. Ad juga batuk dengan bunyi berdesing dikaitkan dengan serangan asma manakala batuk berserta pernafasan yang bising dikenali sebagai croup manakala batuk berserta demam dan nafas pendek dikaitkan denganpneumonia.

9. Bagi kes asma di kalangan kanak-kanak, ia menyerang kira-kira 20 peratus kanak-kanak yang berusia antara dua hingga tujuh tahun. Asma yang mempunyai kaitan dengan batuk berdesing pada malam hari menunjukkan berlaku jangkitan virus dan inhaler akan diberikan oleh doktor bagi melegakan kesukaran bernafas.

10. Ibu bapa perlu menjaga kesihatan kanak-kanak supaya mereka tidak terdedah dengan elemen yang mampu mencetuskan masalah pernafasan ini antaranya tidak merokok di rumah, tidak memelihara haiwan dan elak meletakkan permaidani di rumah.


PEMULIHAN SECARA NEU
TRAL

  1. Bagi Kanak-kanak yang tidak lagi menyusu ibu,banyakkan meminum air suam
  2. Apabila mandikan anak,mandikan dengan air suam kecuali demam dengan suhu yang tinggi,mandikan atau lap dengan air sejuk untuk turunkan suhu.
  3. Banyakkan menghidu udara lembap atau udara berwap.Cara nya ialah pasangkan air shower panas di dalam bilik air,pastikan pintu bilik air sentisa tertutup dan anda akan dapati seluruh bilik air akan berwap dan lembap.Dukung anak anda untuk beberapa minit bagi membolehkan si anak menghirup udara berwap itu tadi..Jika tiada shower,air panas yang dimasak di dapur,masukkan dalam baldi di bilik air juga pastikan menjadikan bilik air berwap.
  4. Tepuk belakang anak 11 kali di belakang dan di hadapan.Tepuk secara perlahan dengan membuat lohong .maksudnya tapak tangan kita naik melengkung sedikit.Bagi melonggarkan kahak dan supaya ia jatuh dan keluar melalui najis atau muntah.Saya rasa lega kalau anak saya muntah kerana kahaknya pasti keluar juga.

BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU



1. Nutriferon

Semua penyakit sebenarnya bermula akibat daripada antibodi yang lemah atau rosak keran diserang oleh virus dan sebagainya. Oleh itu, konsepnya mudah sahaja, anda berikan apa yang antibodi anda perlukan dan ia akan melawan sendiri penyakit tersebut dengan sendirinya dari dalam. Inilah rahsia hebat kejadian manusia yang telah Allah ciptakan

 berkenalan dengan Nutriferon yang dicipta oleh saintis Jepun ini. Fungsi utamanya adalah untuk menguatkan sistem imun dalam 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan T-sel, B-sel, dan macrophage.

Ia juga melindungi diri kanak-kanak terhadap influenza dan ia berfungsi mengimbangi reponses imun terhadap alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.



Nutriferon juga berperanan meringankan tekanan dan kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif. Kanak-kanak yang mengalami masalah demam, selesema dan athma sangatlah digalakkan untuk mengambil nutriferon ini kerana ia berfungsi membekalkan keperluan tubuh dalam menguatkan imunnya sendiri tanpa bergantung kepada perangsang tubuh dari ubatan yang berbahaya.

2. Meal Shake + Omega Guard

Diekstrak dari ikan laut air sejuk diperairan negara Jepun. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat daripada ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dgn produk omega dipasaran, Omega Guard Shaklee adalah yg paling tulen  didunia. Mengandungi asid lemak Omega 3  semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA  dan sebagainya.

Bila anak kerap demam, Meal Shakes Shaklee dan juga Omega Guard adalah jalan terbaik untuk diberikan kepada anak anak anda. Bukanlah maksudnya waktu demam baru berikan mereka supplement tersebut tapi pemberian secara berterusan boleh mengelakkan demam, selesema dan athma secara kerap.


Meal Shakes dan Omega Guard membantu sistem imun kanak kanak yang masih lemah kerana mereka masih kecil. Meal Shakes juga boleh menambah selera makan anak, mengelakkan sembelit, asma, eczema dan sebagainya.

3. Chewable Vita-C Plus (100mg)

Boleh dikunyah dan dihisap seperti gula-gula. Vitamin C yang dikunyah mampu untuk diserap dengan lebih baik oleh badan anak-anak. 100 mg Chewable Vita C bersamaan 1 biji setengah limau yang terbaik dan terdapat jugaBioflavonoids iaitu pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan di dalam Vitamin C Shaklee kedua-duanya mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex daripada lemon, orange, grapefruit.

4. Basic H 

Selain makan vitamin, bila anak demam, sial mandikan anak-anak dengan Basic-H. Basic H ni sebenarnya pencuci serbaguna tanpa bahan-bahan kimia yang boleh penetrate thru skin. It’s organic based. Takde colour, takde bau, takde bahan kimia tapi sangat efektif. 

Sebab Basic H ni menyerap haba 3 kali ganda dari air biasa. So, kalo anak demam, kita mandikan atau lap-lap kan badannya dengan Basic H, InshaALLAH boleh lega dan suhu akan turun. Basic H juga sesuai untuk yg ada masalah eczema, gatal2, alergi dan demam campak.





Bagi mereka yang sentiasa mengutamakan kesihatan anak-anak, saya nasihatkan agar menggunakan salah satu daripada produk di atas. Jika ada lebihan kemampuan, tentulah sebaiknya menggunakan keseluruhan produk-produk ini. Bukan untuk sesiapa pun, tetapi untuk keluarga sendiri juga.

Biasakan untuk tidak menggunakan ubatan kimia seperti panadol atau paracetamol yang bukan sahaja berbahaya untuk jangka masa pendek tetapi turut mengakibatkan kerosakan buah pinggang dan pankreas dalam jangka masa yang panjang.

Semoga beroleh manfaat dari sedikit sebanyak perkongsian saya pada hari ini. Semoga kita mampu mengubahnya dan membuat pilihan yang bijak.

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

3 Comment:

PROMOSI ESP BERBAKI 4 HARI SAHAJA LAGI!!!

8:48 AM yong norliza 0 Comments





Promosi ESP tinggal 5 HARI SAHAJA LAGI!!!!
Jangan ketinggalan
Pasni harga normal RM150 okeyyyy

Time tu jgn nk menyosalll..
Beli 6 dapat 7 tong esp oittt
Seriusss..siap dpt free membership seumur hidup
Nak beli 1 tong pon bolehhh

Elok sangt la borong utk kesihatan yg tiptop
Yg nak cantik,yg nk slim,yg nak subur..sesuai sangattt

Jom kita cekidaut testimoni pengguna setia ESP ;










Amacam ???
Mengancam kann bila korang dah start consume ESP ni ???

Anda bila lagi ??

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

0 Comment:

ATASI STRESS DENGAN B-COMPLEX!

4:27 PM yong norliza 1 Comments


Ramai bertanya penting ke Vitamin B-Complex utk tubuh badan??

Jawabnyaaa.... MESTILAH penting!!
Sebabnyaa, antara keperluan vitamin B-Complex ini ialah :

  • mengurangkan stress dan kelesuan, 
  • membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, 
  • menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein, 
  • mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina,
  • menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.



Bagaimana B Complex membantu?
  • Vitamin B1 - menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
  • Vitamin B2 - Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
  • Vitamin B3 - Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
  • Vitamin B5 - Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
  • Vitamin B6 - Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..
  • Vitamin B9 - Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan
  • Vitamin B12 - Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram

Hanya rm53 untuk kesihatan anda
Tahan 4 bulan
Dapat ekstra kulit cantik glowing gituuu

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

1 Comment:

ANDA MESTI DAPATKAN VITAMIN C SEKIRANYA ....

7:54 PM yong norliza 1 Comments


Anda mesti dapatkan Vitamin C sekiranya :

▪ Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
▪ Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
▪ Luka yang lambat sembuh
▪ Mudah selsema / bersin
▪ Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
▪ Mudah dapat ulser
▪ Mudah demam / antibodi tak kuat
▪ Gusi berdarah
▪ Salur darah mengecil
▪ Sakit sendi
▪ Tanda lebam pada badan
▪ weight loss (bukan kurus sihat tp kurus yang tak sihat, lemah dan kusam

Perbezaan Shaklee (dengan Vitamin C yang ada di pasaran)




  • Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
  • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
  • Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.
  • Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)
  • Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan.dilepaskan kedalam system tubuh secara perlahan mengikut keperluan.


Sebotol Vitamin C tahan sehingga 6 bulan !!!
Sangat berbaloi2
Hanya RM 92.50



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

1 Comment:

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015

8:16 PM yong norliza 11 Comments



Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com

Thank you for your support!

11 Comment:

BAGAIMANA NAK HILANGKAN STRETCH MARKS???

7:35 PM yong norliza 2 Comments





PROSES kehamilan lazimnya membawa banyak perubahan sama ada dari segi emosi mahupun fizikal pada wanita. Kebanyakan perubahan itu bersifat sementara yang hilang selepas melahirkan anak terutama dari segi emosi.

Namun ada juga perubahan yang kekal dan sukar untuk dihapuskan seperti kesan parut rekahan kulit atau lebih dikenali sebagai stretch marks terutama di bahagian perut. Parut berlaku disebabkan ketika hamil kulit perut akan meregang dan pecah-pecah berjalur yang meninggalkan tanda tidak seronok dipandang.

Perunding Obstetrik & Ginekologi di Kuala Lumpur Fertility Centre, Dr. Helena Lim Yun Hsuen berkata, keadaan itu adalah perkara biasa dan ia berlaku pada kebanyakan wanita hamil. Katanya, dianggarkan antara 75 peratus hingga 90 peratus wanita mengalami rekahan pada kulit perut semasa mengandung.

"Kebiasaannya rekahan mula kelihatan pada trimester kedua atau ke tiga. Bermaksud ia mula muncul pada bulan keempat atau kelima. Ketika itu kandungan semakin besar membuatkan tahap regangan juga semakin tinggi," jelasnya.

Bagaimanapun menurut Dr. Helena, kemunculan rekahan juga bergantung kepada beberapa faktor berbeza seperti jenis kulit, keturunan, pemakanan dan penghidratan kulit. Katanya, sesetengah wanita mengalami masalah itu dengan teruk apabila parut rekahan kulit menjadi sangat nyata dan lebih ketara apabila usia kehamilan semakin meningkat.

"Keadaan ini memang sukar dielak, kerana rekahan pada kulit perut ini disebabkan oleh dua faktor. "Pertama, perubahan hormon ketika hamil yang menyebabkan tisu di bawah kulit menjadi lemah dan keduanya pertumbuhan dan pembesaran rahim meregangkan tisu di bawah kulit serta menyebabkan keadaan kulit perut pecah," ujarnya.

Namun katanya, wanita tidak perlu risau kerana mereka boleh mengatasi masalah yang dihadapi ketika hamil itu. Simptom-simptom rekahan jelasnya, boleh dielakkan dengan menyapu minyak seperti minyak zaitun dalam dua tiga kali sehari dari mula hingga ke akhir kehamilan.

Tetapi katanya, ia bukanlah membuahkan hasil 100 peratus dalam mengelak kesan parut itu. Namun, selepas kelahiran bekas parut akibat stret ini menjadi kurang sedikit. Sumber

Apa itu Stretch Mark?

Stretch mark atau tanda regangan adalah guratan kulit berpola memanjang tidak beraturan. Garis-garis tersebut bervariasi panjangnya dari beberapa milimeter sampai belasan centimeter. Sebagaimana diketahui, kulit terdiri dari tiga lapisan utama iaitu Epidermis, Dermis dan Subkutis atau hipodermis.

Stretch mark terjadi ketika lapisan dermis teregang melebihi daya fleksibilitasnya dalam waktu singkat. Akibatnya, dermis pecah sehingga membentuk stretch mark. 

Stretch mark sebenarnya hanya kerutan kulit, hanya lapisan dermis yang terpengaruh sedangkan lapisan epidermis di atasnya tetap utuh.

Stretch mark dapat hadir di mana saja pada tubuh Anda, tetapi yang paling lazim adalah di tempat-tempat di mana lemak tersimpan atau di bagian kulit yang sering teregang. Tempat yang paling umum adalah perut (terutama dekat pusar), payudara, lengan atas, lengan bawah, punggung, paha, pinggul dan pantat. Selain mengganggu penampilan,stretch mark tidak berisiko kesihatan.

Apa pula penyebab Stretch Mark?

Stretch mark biasanya disebabkan oleh pembesaran tubuh yang membuat kulit meregang. Biasa ibu-ibu yang hamil akan mendapati Stretch Mark dikawasan perut apabila perut semakin membesar. Selama kehamilan, dinding perut meregang untuk menampung rahim yang membesar. Stretch mark biasanya mulai terbentuk di trimester kedua kehamilan pada sekitar 50% ibu hamil.

Bagaimana untuk mengatasinya?




ESP (Soy Isolate Powder)

kerana ESP adalah PROTEIN... diet KEKURANGAN PROTEIN boleh menyebabkan KEKURANGAN KOLAGEN...Kolagen bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal dan secara tak langsung membantu mengurangkan kedutan (stretch mark)… Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan !

Jom kita tengok testimoni pengguna ESP yang hilangkan stretchmarks mereka :









Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

2 Comment: