FAKTA TERKEJUT : SOYA MEMBAHAYAKAN KESIHATAN & MENGGANGGU KESUBURAN !!

9:45 PM yong norliza 2 Comments






Tahukah anda , dalam banyal-banyak makanan yang ada dalam dunia ini, SOYA merupakan makanan PALING KONTROVERSI ?? Serius .. sebab .. ada yang cakap soya ni merbahaya la .. memudaratkan kesihatan la..mengganggu kesuburan la ..

Diharapkan entry kali ini dapat merungkai segala kontroversi anda selama ini dan untuk pengetahuan ENTRY INI AGAK PANJANG !

Sebelum saya ulas lanjut menganai soya , jom kita baca keburukan yang telah disenaraikan oleh incik Google :


1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.

2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri,. 

3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.

4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan macam-macam lah. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiatnya semulajadinya = ???

5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya:

  • kembung perut,
  • kekurangan asid amino,
  • kerosakan pankreas.

Dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya. Sesetengah pengeluar hasil soya dorang basuh soya tu dengan asid dalam tangki aluminium nak pastikan antizat tu hilang. Malangnya,

6. Wujud unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan, dan ia menyebabkan NYANYUK, tahu??


Jom kita lihat pula pendapat Dr.Zubaidi : 

Adakah soya dan produknya memberikan kesan pada kesuburan lelaki?
Soya dan hormone Estrogen.
Kacang soya adalah sumber protein dan sumber bagi hormone kesuburan wanita,estrogen. Namun begitu hormone wanita yang terhasil adalah sumber tumbuhan (plant-derived) yang dinamakan phytoestrogen dan ianya di’subclass’kan sebagaiisoflavones.
Isoflavone juga mempunyai beberapa jenis yang mempunyai kesan yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun kesan phytoestrogen ini terlalu kecil jika dibandingkan dangan kesan hormone estrogen yang sebenar. Ia juga kadang kala memberikan kesan antiestrogen yang membantu gejala menopause dan menghentikan pertumbuhan pertumbuhan sel-sel kanser.
Adakah soya memberikan kesan kepada kesuburan ?
Tidak ada banyak kajian mengenai ini. Namun ada yang berpendapat bahawa di negara pengeluar soya pun di mana pengambilan soya dalam diet pemakanan amat banyak sekali, kadar kelahiran tidak berkurang berbanding negara lain yang tidak mengamalkan pemakanan soya.Dalam erti kata yang lain, tiada kajian yang sah menunjukkan soya memberikan kesan kemandulan.
Namun ada beberapa kajian yang cuba mengaitkan pengambilan soya dalam pemakanan akan mengurangkan kesuburan wanita. Kajian yang diterbitkan oleh  American Journal of Clinical Nutrition, menyebut  pengambilan soya yang tinggi akan memanjangkan kitar haid , mengurangkan FSH dan mengurangkan LH.
Namun begitu kita harus faham bahawa kandungan soya yang terlalu tinggi sebegitu, mustahil diamalkan oleh kita.
Kajian oleh American Family Physician dalam majalah rasminya memberitahu bahaya pengambilan soya dalam makanan tidak seharusnya dianggap punca utama kemandulan bagi wanita. Ini adalah kerana kemandulan mempunyai pelbagai sebab dan pengambilan soya hanyalah faktor kecil yang menyebabkan kemanduan itu.
Kajian di American Journal of Clinical Nutrition menyatakan pengambilan soya tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesuburan, malah tidak menjejaskan peluang untuk mengandung dan melahirkan anak. 

Bagaimana isu ini bermula?
Satu kajian yang agak kontroversi telah dijalankan oleh Dr Jorge Chavarro dan rakan-rakannya dari Harvard School of Public Health, Brigham dan Women’s Hospital, Massachusetts General Hospital, dan Harvard Medical School. Ianya diterbitkan dalam Journal Human Reproduction.
Kajian ini merupakan kajian cross-sectional, di mana ia cuba mengaitkan masalah kesuburan pada lelaki (bilangan sperma yg rendah) dengan pengambilan soya dalam diet.
Mereka telah melakukan kajian ini sepanjang tahun 2000-2006 di sebuah klinik kesuburan di Massachusetts General Hospital Fertility Centre dengan menjemput 598 orang lelaki untuk mengambil bahagian.
Daripada 598 orang yang dijemput, hanya 99 orang saja yang mengambil bahagian. Mereka kemudian diminta menyerahkan sampel air mani untuk dianalisa jumlah air mani (ejaculation volume), jumlah sperma, kepekatan sperma, pergerakan sperma dan struktur sperma. Pemeriksaan kesihatan juga dilakukan.
Namun bagaimana pun peserta-peserta itu hanya diberikan kertas soalan yang berbentuk questionnaire bagi menentukan kekerapan mereka mengambil soya. Kebanyak peserta ini adalah org Eropah  Caucasian dan berumur secara purata 36.4 tahun.

Di manakah kelemahan kajian ini?
Daripada 99 lelaki yang mengambil bahagian, majoriti mereka (72%) adalah berlebihan berat badan (over weight), 74% tidak pernah merokok. Kajian sperma pula mendapati  42% adalah normal, 10% mempunyai bilangan sperma yang rendah (kurang daripada 20 juta/ml). Hanya 55%  lelaki yang mempunyai pergerakan sperma yang lemah.
Manakala lelaki yang mempunyai sperma 42 juta/ml menafikan mengambil soya dalam pemakanan mereka.
Berdasarkan pemerhatian ini Dr Jorge Chavarro merumuskan bahawa mereka yang mengambil soya dalam pemakanan mempunyai bilnagn sperma yang kurang.
Walau bagaimana pun kajian ini telah mendapat kritikan dari beberapa pengkaji yang lain. Antara alasan mereka ialah ;
  1. Isipadu kajian ini adalah kecil, iaitu 99 orang sahaja yang mengambil bahagian. Apabila bilangan peserta kecil, maka sedikit perubahan dalam data akan memberikan peratusan yang tinggi dalam analisa. Sebagai contoh jika hanya 2 orang memberikan data yang berlainan, sebanyak 2% perubahan dalam pengumpulan data. Ini berbanding jika bilangan peserta erjumlah 1000 orang. Perubahan data yang diberikan oleh dua orang hanya merubahkan 0.2% dalam pengumpulan data yang dilakukan analisa.
  2. Teknik kajian cross-sectional tidak sesuai dalam kajian ini kerana mustahil boleh mengaitkan kualiti dan bilangan sperma dengan diet pemakanan. Para pengkritik bertanya adakah pengambilan soya menjadi sebab utama kepada masalah kesuburan itu, sedang para peserta ketika menjawab questionaire itu mungkin tidak mengingati jumlah pengambilan soya atau tidak mencatat (rekod) setiap kali mengambil soya. 
  3. Kebanyakan peserta mempunyai berat yang berlebihan (overweight), sedang para saintist mengetahui bahawa berat badan yang berlebihan sememangnya mempengaruhi kesuburan, walaupun tidak mengambil soya di dalam pemakanan. Maka kajian ini tidak boleh mengaitkan kesuburan dan pengambilan soya dalam diet pemakanan untuk lelaki yang mempunyai berat yang ideal.
Ada beberapa kritikan yang diberikan, termasuk pertanyaan yang menjadi tandatanya, iaitu di kalangan penduduk Asia, ramai lelaki yang mengambil soya sebagai diet pemakanan kerana ianya adalah sumber protein yang murah.
Namun pengambilan soya tidak menjejaskan langsung penduduk India yang mengambil soya sebagai minuman, penduduk China yang mengambil taufu dalam makanan dan penduduk Indonesia (Jawa) yang mengambil tempe sebagai hidangan minuman petang mahu pun lauk dalam menu makanan tengah hari dan malam.
Maka para pengkritik yang terdiri daripda ahli sains dan doktor perubatan menolak idea/kajian ini. Seharusnya kemandulan lelaki dikaitkan dengan konteks yang lebih luas lagi iaitu cara hidup (termasuk rokok dan alkohol), kegiatan seksualnya, kesihatan mereka secara menyeluruh dan aspek diet yang lebih memudaratkan ialaitu diet pemakanan yang mempunyai banyak lemak dan karbohidrate.
Bagi mereka yang tidak mempunyai masalah kesuburan, soya tidak akan memberikan kesan yang drastik. Maksudnya mereka tidak akan menjadi mandul semata-mata kerana mengambil soya atau produk soya dalam makanan.
Kesimpulannya, pengambilan soya secara sederhana semestinya digalakkan dan ianya tidak akan memberikan kesan kemandulan. Pengambilan secara berlebihan mana-mana makanan juga tidak digalakkan, termasuk pengambilan soya. Harus juga diingatkan soya juga memberikan kesan positif yang lain pada tubuh dalam aspek kesihatan secara menyeluruh.

Jadi , apa pendapat anda pula selepas membaca entry ini ?
Jom kita tengok pula :


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care





2 Comment:

Bloglist Ramadhan Permatabiru

8:55 PM yong norliza 1 Comments


permata biru ..

ececece .. ala-ala nyanyi lagu Ella pulak bila tengok blog ni

maka , hari ni nak join bloglist ramadhan permata biru ~

kalau nak join, KLIK SINI

1 Comment:

KELEBIHAN VITALEA SHAKLEE

6:55 PM yong norliza 0 Comments






Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65 %. Vita-Lea telah dipilih oleh Centre fo Science di Amerika Syarikat sebagai 'THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Dirumus khas dengan 28 vitamin-vitamin penting & mineral perlu untuk kesihatan optimum & tenaga.

APAKAH KELEBIHAN VITALEA ?


Ianya dikatakn KILLER PRODUCT OF SHAKLEE kerana ianya adalah multivitamin beserta iron yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel.  ia seumpama 2 biji VITALEA bersamaan 40 jenis hidangan lauk...Bermakna, untuk mendapatkan zat yang sama banyak dalam 2 biji VITALEA ianya samalah dengan 40 hidangan jenis lauk...wah..mampu ke nak makan sampai 40 jenis lauk tu?.....

Ada sesetengah kajian mengatakan bahawa pengambilan multivitamin sahaja sudah mencukupi bagi mereka yang sihat dan yang menjaga pemakanan seimbang.  Asasnya semua masalah kesihatan memerlukan vitalea.  Ini kerana di dalamnya mengandungi 12 vitamin dan 7 galian utama yang banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.




Kenapa Vita-lea Shaklee Adalah Multivitamin Terbaik


Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

- 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada 
   radikal bebas
- 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
- 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
- 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
- 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
- 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang
- 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
- 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga

Kebaikan Multivitamin Vita-Lea Shaklee


Multivitamin terbaik Vita-Lea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten  eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel.

Vita-Lea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk.

Lagi info : Vitalea


VitaLea


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

0 Comment:

10 MAKANAN YANG BERKHASIAT UNTUK KANAK-KANAK

1:31 AM yong norliza 0 Comments


Pemilihan makanan yang sihat dan berkhasiat sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak - kanak. Tubuh kanak - kanak yang sihat dan mengalami perkembangan yang baik membantu pertumbuhan kesihatan mental dan daya fikir kanak - kanak. Pepatah Arab menyebut, "Akal yang sihat datang dari tubuh yang sihat".

1.Bijirin Oat



Selalunya oat sering dijadikan menu sarapan pagi. Kanak - kanak yang bersarapan pagi membantu perkembangan kognitif mereka dengan cemerlang. Oat dikenalpasti mempunyai indeks glisemik yang rendah dan mengenyangkan. Indeks glisemik yang rendah bermaksud, glukosa yang dikeluarkan oleh oat dilepaskan secaa perlahan - lahan ke dalam tubuh. Ini menyebabkan kanak - kanak kenyang lebih lama. Tenaga yang ada cukup untuk perkembangan otak mereka ketika belajar. Oat boleh dicampurkan dengan minuman kegemaran atau dijadikan snek. Gantikan gula dengan madu dan tambah buah - buahan bagi meningkatkan khasiat makanan tersebut. Bagi pengguna Shaklee, anda juga boleh mencampurkan oat dengan minuman Mealshakes yang juga rendah indeks glisemik untuk sarapan pagi.

2.Tuna




Bagi mereka yang kurang menggemari ikan, anda perlu memikirkan semula tindakan anda. Ikan tuna kaya dengan asid lemak perlu seperti Omega 3. Omega 3 telah disahkan memainkan peranan penting dalam perkembangan otak, pertumbuhan tubuh manusia dan kesihatan tubuh. Tuna mempunyai asid lemak perlu yang sangat diperlukan oleh tubuh. Kajian mendapati, bayi yang tidak menerima cukup kandungan Omega 3 akan mengalami masalah perkembangan otak dan pengihatan.Makanlah secara sederhana tuna yang kaya dengan Omega 3. 1 hingga 2 hidangan tuna seminggu sudah mencukupi untuk kanak - kanak. Mungkin kerisauan tentang kandungan merkuri di dalam tuna boleh diatasi dengan penggunaan Omega Guard , iaitu minyak ikan Shaklee yang dijamin selamat untuk kanak - kanak.

3.Kekacang


Kebaikan Omega 3 bukan sahaja ada di dalam ikan tuna tetapi boleh juga didapati dalam kekacang. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu mengawasi kanak - kanak bagi mengelakkan masalah tertelan kekacang dan alergi. Antara kekacang yang kaya dengan Omega 3 ialah biji bunga matahari, kacang Macadamia, kacang walnut, kacang Brazil, badam dan kacang tanah.

4.Yoghurt



Yoghurt merupakan sumber kalsium yang bagus untuk kanak - kanak. Selain itu, ia sangat bagus untuk kesihatan usus kanak - kanak dan mengelakkan masalah sembelit. Ia membantu membina mikroflora yang baik dalam usus kanak - kanak. Walau bagaimanapun, kebanyakan yoghurt diperisakan dengan pelbagai bahan yang tinggi kandungan gula. Oleh itu, ibu bapa perlu memilih yoghurt yang kurang kandungan gula.

5.Telur




Telur merupakan sumber protein yang tinggi dan kaya dengan kolina. Telur juga mengandungi Vitamin D dan membantu penyerapan kalsium dalam tubuh. Walaupun telur mempunyai kolesterol, ia tidak mengandungi lemak tepu yang banyak Oleh itu, omelet telur sebagai sarapan adalah baik untuk hidangan kanak - kanak. Sandwich telur juga sesuai untuk hidangan makan tengahari.

6.Sayur - sayuran

Semua sedia maklum dengan kebaikan sayur - sayuran. Antara sayur - sayuran yang dicadangkan sebagai hidangan yang bagus untuk kanak - kanak ialah :-

a. Brokoli
b. Bayam
c. Cili Merah
d. Lobak Merah
e. Asparagus
f . Saleri @ Saderi

Sayuran - sayuran ini boleh dihidangkan dengan gorengan celup tepung atau dijadikan sup sayur - sayuran yang enak.

7.Buah  buahan




Buahan - buahan merupakan sumber penting mineral dan vitamin. Antara buah - buahan yang disyorkan dan bagus untuk kanak - kanak ialah :-

a. Kiwi
b. Cantaloupes
c. Epal
d. Oren
e. Beri Biru

Buah - buahan kering juga boleh dihidangkan kepada kanak - kanak kerana ia kaya dengan zat besi. Zat besi membantu daya kepekaan kanak - kanak semasa proses belajar.

8. Kentang Bakar (Baked Potato)



Lupakan tentang kentang goreng. Kentang mengandungi potassium dan serat. Hidangkan secara panggang atau bakar. Anda boleh cuba potato gratin atau kentang bakar dengan sos salsa. Pasti menarik untuk kelainan.

9.Keju


Hidangan keju yang dimakan secara sederhana baik untuk pertumbuhan minda kanak - kanak. Anda boleh mencuba keju feta atau keju yang rendah lemak. Boleh juga dicampurkan dengan salad sayur - sayuran.

10.Mentega Kacang





Andaikan anak - anak tidak alergi dengan kacang tanah. Mentega kacang boleh dihidangkan dengan roti dan juga buah - buahan seperti beri, pisang dan epal.

Sesekali apa kata, anda masak sendiri sarapan dengan hidangan mudah seperti yang disyorkan.


Lagi info mengenai nutrisi terbaik untuk si manja anda : Mealshakes


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care


0 Comment:

7 BAHAYA ALFALFA !!

10:44 AM yong norliza 10 Comments



Ramai di luar sana yang prihatin dan ambil berat dengan Alfalfa Complex sekarang ye. Apa yang positif bila semua tahu tentang kebaikan Alfalfa. Namun, jangan lupa ambil tahu tentang fakta,ciri2 dan jenis Alfalfa yang tak patut diambil dan keadaan bila kita tak patut ambil Alfalfa ni.. Ramai yang bertanya setelah membaca artikel bahaya alfalfa dari blog Dr Zubaidi. Setelah saya gali.. merujuk pada pakar nutrisi dan pharmacist.. Ini lah findings yang saya dapat.. Harap kita semua dapat manfaat daripadanya.

Saya bersetuju dengan artikel yang sangat bagus itu. Artikel yang bagus tetapi ramai yang baca separuh atau ada yang tergesa-gesa membuat andaian tanpa memahami isu yang diutarakan di dalamnya. 

Untuk menyenangkan kita semua maka saya telah ringkaskan kenyataan dalam artikel tersebut dan cuba menjawab persoalan sebaiknya. Mari kita tengok apa sebenarnya yang kita tak tau tentang alfalfa ini?




1. Kenyataan Dr Zubaidi, tidak salah amik supplement cuma wajib pastikan amik dari pengeluar yg dipercayai dan well known.

JAWAPAN: Memang betul dan shaklee adalah company nutrisi yang sudah lebih 50 tahun bertapak maka tiada ragu sebab ia melabur berbillion dollar sebelum mengeluarkan sesuatu produk untuk penyelidikan. Sebuah company yang sangat diakui sangat teliti dalam mengeluarkan produk yang semulajadi.

2. FDA (badan berkuasa di US) menyatakan penggunaan DAUN ALFALFA mungkin SELAMAT tetapi penggunaan dari BIJI BENIH mungkin TIDAK SELAMAT kerana kemungkinan boleh beri tindak balas autoimmune pada pesakit lupus erythematosus (SLE).

JAWAPAN: alfalfa shaklee dari sumber daun alfalfa. Dan sebagai langkah selamat pihak Shaklee juga ada menyatakan pada botol shaklee bahawa supplemen Alfalfa TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH PESAKIT SLE. Dah nyata dan jelas kat situ, maka tiada keraguan kenapa pula ia tidak boleh diambil oleh orang biasa yang tiada SLE.

3. Makan alfalfa secara berlebihan boleh memudaratkan jadi mudah dapat ruam atau sunburn. 

JAWAPAN: sebab itu ada sukatan kat botol. Maksimum adalah 10 biji sehari. Shaklee dah kaji kenapa hanya max 10. Kalau makan 50 biji sehari memang mudarat kena tanggung sendiri. Maka itulah pentingnya consultation yang betul bukan makan supplement ikut sedap je tanpa mengikut arahan penggunaan. Makan nasi pun kalau berlebihan boleh jadi bam bam kan:)

4. Pesakit yang mengambil ubat-ubatan tertentu diminta untuk  meminta consultation doktor dahulu sebelum mengambil alfalfa.

JAWAPAN: memang betul apa-apa supplement pun jika kita ada mengambil ubatan doktor yang kita sendiri tidak pasti maka silalah rujuk doktor kerana alfalfa adalah herba. Sebenarnya kalau ambil maajun pun kita kena tanya doktor boleh makan sekali atau tak?

5. Pengambilan alfalfa dalam KUANTITI YANG BANYAK DAN BERPANJANGAN tidak selamat pada ibu hamil dan ibu menyusu.

JAWAPAN: memang kita tidak pernah consult suruh bagi makan alfalfa pada ibu hamil tetapi pada ibu menyusu dibolehkan ikut dos. Baca balik artikel tu kata kuantiti besar dan berpanjangan.

6. Pesakit kanser, fibroid tidak digalakkan mengambil alfalfa, tetapi belum dibuktikan dari segi kajian klinikal.

JAWAPAN: memang kita pun tidak benarkan pesakit-pesakit ini ambil alfalfa walau belum terbukti ada kajian klinikal mengenainya.

7. Pesakit yang mengambil ubat untuk mencairkan darah tidak digalakkan mengkonsum alfalfa.

JAWAPAN: Kandungan vitamin K dalam alfalfa dapat memekatkan darah maka sesiapa yang mengambil UBAT CAIR DARAH (WARFARIN) memang kita tak benarkan mengambil alfalfa.

Diharap segala persoalan tentang alfalfa terjawab dan semoga tiada keraguan nak ambil alfalfa jika anda tahu apa yang anda ambil kan? Sebab itu pentingnya konsultasi semasa dan selepas pembelian supplement. Jangan buat belian dengan orang yang tiada ilmu untuk consult anda atau membeli di merata tempat yang tiada sumber untuk anda rujuk. Sebab itu saya sentiasa mementingkan consultation yang betul sebelum dan selepas pembelian dan memastikan konsultasi yang berterusan untuk memastikan keserasian dan apakah corak pengambilan yang bersesuaian mengikut keadaan dan cara hidup customer.  
Sebagai konklusi, sudah terbukti alfalfa selamat cuma anda perlu pastikan 7 perkara tadi untuk membolehkan anda membuat keputusan bijak dapat menikmati manfaat alfalfa untuk kesihatan kita :)


Jom kita skodeng kehebatan Alfalfa :










Alfalfa S



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 
Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care











10 Comment:

HALANG PEMBENTUKAN AGEN KANSER DALAM MAKANAN SEGERA DENGAN VITAMIN C

8:14 AM yong norliza 0 Comments


Baru - baru ini saya berkesempatan untuk membaca satu artikel berkenaan dengan Nitrosamin. Tajuknya nitrosamin penyebab kanser. Ada pula gambar burger. Apa kaitan nitrosamin dengan burger? Dalam entri ini saya akan kupas perkaitannya dengan kanser, dengan burger, dengan vitamin C dan bioflavanoid secara santai.




Apakah itu nitrosamin?

Nitrosamin merupakan komponen kimia yang terhasil akibat tindak balas kimia dalam makanan. Namun ia juga boleh terdapat dalam produk diperbuat dari getah. Di dalam produk makanan terutamanya produk hasilan daging dan juga tinggi protein, bahan seperti natrium nitrit digunakan bagi mengekalkan fungsi sesuatu produk daging. Natrium nitrit ini hanya akan bertindak balas menjadi asid nitrus yang akan bertindak balas dengan kumpulan amines yang terdapat dalam protein. Tindak balas ini menghasilkan nitrosamin. Tindakbalas ini berlaku jika terjadi perlakuan haba ke atas makanan tersebut seperti menggoreng dalam minyak panas , membakar atau pun berlaku tindak balas disebabkan asid. Contohnya tindak balas asid di dalam perut manusia. Nitrosamin juga terdapat dalam rokok dan baja.

Kenapa guna bahan kimia nitrit dalam makanan?

Natrium nitrit atau pun potassium nitrit telah lama digunakan sebagai bahan untuk 'curing' daging ataupun mengawet dan mengekalkan warna pink pada produk daging. Selalunya dikenali sebagai curing salt atau pun salt peter. Di dalam sup ia digunakan bagi memekatkan sup. Walau bagaimanapun, kajian sains mendapati penggunaan garam nitrit ini boleh menyebabkan berlakunya perubahan struktur kimia kepada nitrus. Tindak balas nitrus dengan kumpulan amin di dalam protein inilah menyebabkan terhasilnya nitrosamin. Kadar yang dibenarkan oleh Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 ialah sebanyak 200 ppm. Ia adalah kadar yang amat sedikit.

Nitrosamin adalah karsinogenik

Nitrosamin ini telah dikenal pasti sebagai bahan yang karsinogen terhadap tubuh manusia. Ia boleh menyebabkan berlakunya kanser. Nitrosamin yang terkumpul di dalam tubuh boleh mengganggu sistem tubuh. Kekerapan mengambil makanan yang tinggi potensi tinggi nitrosamin boleh menyebabkan kita terdedah dengan penyakit kanser ini.

Makanan yang tinggi nitrosamin

Bagi mengenalpasti makanan yang tinggi nitrosamin, kita perlu kembali kepada puncanya iaitu garam nitrit. Jika garam nitrit berada dalam keadaan stabil ia tidak memberikan masalah. Namun, keadaan sebaliknya akan berlaku jika garam nitrit dikenakan haba dan asid, maka nitrosamin akan terhasil. Garam nitrit banyak digunakan dalam makanan berasaskan daging dan produk berasaskan protein. Jadi itulah masalahnya.

Contohnya produk daging seperti patti burger, beef jerky, salami, corned beef, dan frankfurter. Garam nitrit digunakan sebagai pengawet dan juga memberi warna merah jambu pada produk. Kesemua makanan ini mempunyai potensi untuk dikenakan tindakan haba dan tindakan asid. Jika setahun sekali tidak mengapa.

Namun gaya hidup hendak cepat dan pantas menyebabkan kita juga memilih makanan yang cepat dan pantas untuk disediakan. Makanan seperti burger, pizza dan sebagainya menjadi santapan hampir setiap hari masyarakat Malaysia. Selain berdepan dengan masalah obesiti, kanser juga boleh menghantui pengamal gaya hidup tidak sihat ini.

Fungsi Vitamin C dan Bioflavanoid sebagai agen pembentukan nitrosamin 



Seperti yang kita maklum, vitamin C dan bioflavanoid boleh bertindak sebagai antioksidan. Ia berfungsi untuk menghalang pembantukan nitrosamin di dalam makanan. Umpamanya , vitamin C dan bioflavanoid ini bertindak seperti tembok penghalang pertemuan antara nitrus asid dan kumpulan amin dari protein makanan.

Kadang kala kita memperlekeh fungsi buah - buahan yang kaya dengan vitamin C, namun itulah penawar bagi penyakit berbahaya ini. Namun gaya hidup yang hendak semuanya cepat dan pantas menyebabkan kita tidak mampu untuk makan buah - buahan segar setiap hari dan setiap kali hidangan.

Jadi saya mengesyorkan anda mengambil makanan tambahan seperti tablet Vitamin C. Shaklee mengeluarkan Vitamin C plus dengan tambahan bioflavanoid. Jika kita mengambil dos sebiji sehari sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan minimal tubuh kita. Tambahan makanan seperti buah - buahan dan sayur - sayuran segar boleh ditingkatkan setiap hari.

Jadikan amalan pemakanan sihat gaya hidup kita.

Lagi fungsi bioflavonoids 



Vitamin C SR



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

0 Comment: