Darah Nifas dan Hukum mengenainya

8:39 AM yong norliza 0 Comments




Definisi
Telah menjadi kebiasaan bagi wanita yang melahirkan anak akan diikuti dengan keluar darah dalam tempoh tertentu. Inilah yang dikenali dengan post-natal bleeding atau nifas. Nifas dari segi bahasa berasal daripada perkataan “na fi sa” yang bermaksud melahirkan. Darah nifas dari segi etimologi ialah darah yang keluar dari rahim wanita sesudah bersalin.
Tempoh Nifas
Bila bermulanya darah nifas? Menurut mazhab Syafi’i, darah nifas ialah darah yang keluar setelah melahirkan. Sekiranya bayi masih belum keluar kesemuanya, maka belum lagi dikatakan darah yang keluar ialah darah nifas tetapi dianggap darah penyakit. Oleh sebab itu, sekiranya wanita yang belum melahirkan tetapi amat sukar menunaikan ibadah solat disebabkan sakit melampau dan sebagainya, maka hendaklah dia melaksanakan solat sambil baring atau dengan .
Ulama sepakat mengatakan bahawa tiada tempoh minimum bagi nifas, walaupun sekadar satu titik darah sahaja yang keluar atau sedetik, tetap dikira darah nifas. Namun mereka berselisih pendapat dalam menentukan tempoh maksimum bagi nifas. Perselisihan tersebut boleh dibahagikan kepada dua pendapat seperti berikut:
  • 1. Jumhur ulama mengatakan bahawa tempoh maksimum ialah 40 hari berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha., beliau berkata: “Pada masa Rasulullah, wanita yang melahirkan berhenti nifas setelah 40 hari.” (Riwayat Abu Daud)
  • 2. Sekiranya seseorang wanita itu mengalami nifas dalam tempoh 40 hari, maka itu adalah darah nifas. Namun jika darah masih keluar selepas tempoh 40 hari, maka itu bukan lagi darah nifas sebaliknya itu dikira istihadah dan wajib bagi wanita tersebut mandi dan mengerjakan solat seperti biasa.
  • 3. Al-Ja’fariyyah pula berpendapat tempoh nifas yang paling lama ialah 10 hari.
  • 4. Mazhab Syafi’i pula mengatakan bahawa tempoh maksimum adalah 60 hari. Pendapat ini berdasarkan pengalaman dan pengamatan Imam Syafi’i yang mendapati terdapat wanita yang mengalami nifas sehingga menjangkau 60 hari. Hadis Ummu Salamah pula menunjukkan tempoh kebiasaan nifas bagi wanita, bukan tempoh maksimum.
Oleh sebab itu, mengikut pendapat mazhab Syafi’i, wanita yang masih keluar haid selepas hari ke-40 hingga hari ke-60, itu adalah nifas. Namun sekiranya ada darah yang keluar selepas 60, maka itu adalah darah penyakit (istihadah) dan wajib bagi wanita tersebut mandi dan mengerjakan ibadat seperti biasa.
Anas r.a. pula berkata: “Rasulullah telah memberikan waktu bagi wanita yang sedang nifas selama 40 hari kecuali jika wanita tersebut melihat dia telah suci sebelum waktu itu.” (Riwayat Ibn Majah)
Bersalin Caesar
Terdapat sesetengah wanita yang tidak dapat bersalin normal disebabkan komplikasi tertentu sehingga terpaksa dibedah. Dalam kes seperti ini, al-Lajnah al-Da’imah li al-Buhuth al-Ilmiyyah wa al-Ifta’ menyatakan bahawa hukum bagi wanita yang bersalin dengan kaedah Caesar adalah sama dengan wanita yang keluar nifas selepas bersalin normal. Apabila ada darah keluar, maka hendaklah ia meninggalkan solat dan puasa. Sebaliknya andainya tiada darah yang keluar, maka hendaklah ia mandi, mengerjakan solat dan berpuasa seperti biasa. (Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah)
Keguguran
Bagi wanita yang keguguran, jika bayi yang dikandungnya telah cukup sifatnya, darah yang keluar itu adalah darah nifas. Namun sebaliknya, jika janin masih dalam keadaan segumpal darah atau daging, maka darah yang keluar itu hanyalah darah haid.
Tiada nifas
Ulama telah sepakat menyatakan bahawa wajib mandi bagi wanita yang telah kering daripada nifasnya. Cara-cara mandi adalah sama dengan mandi wajib setelah haid yang sedia maklum dalam kalangan wanita. Cuma yang membezakan adalah niat, atau boleh juga berniat dengan niat yang umum iaitu mengangkat hadas besar.
Namun bagi wanita yang mempunyai darah nifas, adakah wajib mandi? Jawapannya ialah ya, wajib bagi mereka mandi wiladah (mandi sebab melahirkan).
Bagi wanita yang bersalin kembar, masa nifasnya dikira bermula daripada kelahiran anak kembarnya.
Darah yang Keluar sebelum melahirkan
Sekiranya ada darah yang keluar sebelum melahirkan, menurut al-Lajnah al-Da’imah li al-Buhuth al-Ilmiyyah wa al-Ifta’, sekiranya darah yang keluar tidak diikuti oleh rasa sakit akibat kontraksi, maka darah tersebut bukan darah haid. Oleh sebab itu, ibadah sepatutnya diteruskan seperti biasa. Namun sekiranya darah yang keluar diikuti oleh kontraksi yang menyebabkan rasa sakit hampir melahirkan, maka darah itu darah nifas. (Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah)
Keadaan-keadaan Nifas
  • 1. Wanita yang mengalami nifas kurang daripada tempoh 60 hari (mengikut mazhab Syafi’i) dikira nifas. Apabila didapati darah telah berhenti sebelum 60 hari, maka janganlah tergesa-gesa mandi melainkan telah pasti tiada darah yang keluar.
  • 2. Wanita yang mengalami nifas lebih daripada 60 hari secara terus-menerus. Maka dalam tempoh 60 hari itu dikira nifas. Darah yang keluar selepas 60 hari itu merupakan darah penyakit (istihadah).
  • 3. Darah nifas terputus-putus. Keadaan ini dialami oleh sesetengah wanita yang mengalami nifas untuk beberapa hari, berhenti beberapa hari dan kembali keluar dari lagi kemudiannya. Oleh itu, sekiranya darah yang keluar itu dalam tempoh 60 hari, maka darah yang keluar setelah berhenti seketika itu tetap darah nifas.
Hukum-hukum bagi wanita yang berada dalam keadaan nifas.
Hukum wanita yang dalam keadaan nifas adalah sama seperti wanita yang berada dalam keadaan haid. (Rujuk Solusi isu 12)
Suami tidak boleh menggauli isterinya selama mana isteri masih dalam nifas. Namun bagi suami yang tetap menggauli isterinya dalam tempoh itu, tiada kafarah dikenakan sebagaimana yang ditetapkan terhadap suami yang menggauli isterinya semasa bulan Ramadan.

sumber: SOLUSI

0 Comment:

Ucapan Positif Untuk Anak

10:00 PM yong norliza 0 Comments


Tahukah anda kata-kata positif yang diucapkan setiap hari kepada si anak, mampu membentuk karektor diri mereka yang lebih baik. Pujian dan penghargaan memberikan aura positif dalam diri anak yang sedang membesar.



Walau sesibuk mana sekalipun anda berdua, jangan pernah lupakan ucapan manis untuk si kecil. Senyuman yang mereka lemparkan saat mendengar ucapan daripada ibu dan ayah akan mencorakkan hari yang gembira buat mereka.

Jika anda jarang mengucapkan kata-kata positif kepada anak, mungkin kata-kata berikut memberikan inspirasi untuk menjadi ibu bapa hebat kepada anak-anak.

1. I Love You

Kata-kata mudah yang boleh diucapkan setiap masa bila-bila sahaja. Jika diiringi dengan dakapan erat, ucapan ini lebih memberi kesan positif terhadap perkembangan anak. Mereka berasa tenang dan bahagia kerana tahu diri amat disayangi oleh kalian berdua!


2. Seronok melihatmu

Kadang kala anak-anak berasa kita tidak suka melihat mereka terutama jika kita sedang menghadapi masalah dan berwajah muram. Lupakan seketika masalah anda, lemparkan senyuman dan sambut kepulangan anak-anak dari sekolah atau ketika mengambil mereka dari sekolah/taksa dengan perasaan gembira dan bahagia.


3. “Kamu membanggakan ibu”

Apabila anak teruja menunjukkan hasil prestasinya di sekolah atau apa sahaja yang dia lakukan, balaslah dengan pujian dan katakan yang anda bangga dengan apa yang dia lakukan. Pujian anda tentu memberi semangat dan keyakinan kepada dirinya.


4. “Ibu nak dengar cerita kamu”

Dalam kesibukan kadang kala kita terlupa memberi perhatian dengan cerita daripada anak-anak. Luangkan beberapa minit untuk memberi perhatian dengan cerita mereka. Tunjukkan kesungguhan dan minat ingin tahu walaupun sekadar cerita tentang mereka terlambat memakai kasut ketika pulang dari sekolah.


5. Ibu percaya kepadamu

Adakalanya seorang anak berusaha bersungguh-sungguh untuk membanggakan ibu dan ayah. Namun, mereka kecewa sekiranya gagal memenuhi harapan tersebut. Katakan yang anda tetap berbangga dengan usahanya. Berikan anak keyakinan bahawa gagal bukan bermakna untuk selamanya.


6.Ibu bahagia dengan kehadiran kamu

Anak-anak berhak tahu bahawa kehadiran mereka sangat penting dalam hidup anda berdua. Beritahu mereka yang anda bahagia memiliki mereka sebagai anak. Jangan pernah mengucapkan kata-kata yang mereka menyusahkan anda. Ketahuilah bahawa kata-kata itu mampu menjadi pemangkin kebahagiaan mereka sehingga dewasa.


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care


0 Comment:

Kafein & Kehamilan

12:32 AM yong norliza 0 Comments




Wanita yang gemar minuman kopi perlu melupakan seketika kegemarannya apabila disahkan hamil. Semuanya demi mengelakkan risiko buruk berlaku ke atas janin dalam kandungan.

Menurut kajian klinikal yang diterbitkan melalui American Journal of Obstetrics and Gynecology, had pengambilan kafein tidak boleh melebihi 200mg sehari.

Jika anda mengandung tetapi masih berdegil mengambil kafein melebihi had yang ditetapkan, maka bersedialah berdepan dengan risiko komplikasi semasa dan selepas kehamilan.

Kafein menyebabkan penyempitan salur darah dan akan mengakibatkan aliran darah ke plasenta berkurangan. Secara tidak langsung ia mengganggu pertumbuhan bayi.

Oleh kerana kafein boleh memasuki plasenta dengan mudah, bayi terdedah kepada kesan buruk kafein. Kajian klinikal mendapati antara masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi ialah kurang berat, kecacatan fizikal, kematian dan sukar tidur selepas dilahirkan.

Kafein juga adalah perangsang dan boleh meningkatkan denyut jantung dan tekanan darah ibu hamil. Ia boleh mengakibatkan masalah insomnia dan pedih ulu hati kerana merangsang perembesan asid gastrik di dalam perut.

Kesan ini mungkin akan berpanjangan akibat kebolehan badan menyingkirkan kafein semakin berkurangan di akhir kehamilan. Jika sukar berhenti, campurkan minuman berkafein dengan minuman tidak berkafein.

Ia boleh mengurangkan kandungan kafein. Selain itu, gantikan minuman berkafein dengan jus buah-buahan segar kerana ia berupaya menyingkirkan kafein.



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care


0 Comment:

Nutrisi lengkap untuk Kehamilan & Berpantang

11:48 PM yong norliza 0 Comments

Bagi yang masih tercari-cari supliment terbaik sepanjang tempoh kehamilan & berpantang, Shaklee menawarkan yang terbaik untuk anda

Set hamil Shaklee kini menjadi pilihan kebanyakan
ibu hamil masa kini kerana :

▪ lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil
▪ tahan berbulan-bulan
▪ boleh dimakan bersama ahli keluarga
▪ harga yang sangat berbaloi
▪ semulajadi (bukan sintetik)
▪ tidak memberi sebarang kesan sampingan
▪ bonus kesihatan dan kecantikan extra
▪ juga sesuai dijadikan set berpantang
▪ terbukti selamat dan berkesan






















Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care



0 Comment:

Promo Jan'14 : Vita-Lea

8:05 PM yong norliza 0 Comments


Bulan ni promosi Beli 6 Percuma 1 Vita-Lea
bermakna .. harganya jatuh menjunam!
sangat lah rugi kalau tak grab sebotol tau..
jom kita berkenalan dengan Vita-Lea ni
Apa yang special sangat mengenainya ?




Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65 %. Vita-Lea telah dipilih oleh Centre fo Science di Amerika Syarikat sebagai 'THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Dirumus khas dengan 28 vitamin-vitamin penting & mineral perlu untuk kesihatan optimum & tenaga

Kebaikan UTAMA Vita-Lea Iron Formula Shaklee
Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun berkerja seharian
Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran semata (vegetarian) dan juga anemia.
Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
Elemen Penting pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tirod.
Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Perbezaan Vita-Lea Shaklee dengan Multivitamin yang lain
  • Disokong oleh tujuh kajian klinikal
  • Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
  • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perutuntuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru 
  • Kualiti yang luar biasa
  • Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan
  • Vitamin D-Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
  • Beta Karotena- Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi
  • Vitamin E- Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi
  • Kalsium- Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot
  • Boron- Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang.
  • Magnasium- Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung 
  • Biotin- Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak 
  • Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet 

Jadi...jangan lepaskan peluang terbaik
harga menjunam untuk februari ini sahaja

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

0 Comment:

Hamil dan Serangan Asthma

7:36 PM yong norliza 0 Comments



Ada sesetengah pesakit asma akan menjadi semakin kronik sewaktu mengandung. Benarkah kenyataan tersebut? Sebenarnya jika sakit asmanya tidak dikawal, ia akan menjadi lebih teruk lagi dan boleh meninggalkan kesan buruk kepada kandungan.

Asma boleh memberi kesan kepada satu hingga empat peratus wanita mengandung. Secara umumnya, lebih kurang 1/3 wanita yang ada asma merasakan asma yang dihidapi menjadi semakin baik ketika hamil, tetapi kira-kira 1/3 lagi menjadi semakin teruk manakala 1/3 selebihnya tidak mengalami sebarang perubahan.

Biasanya asma menjadi teruk di antara trimester kedua dan ketiga kehamilan. Kemudian menjadi bertambah baik beberapa minggu sebelum melahirkan bayi. Oleh itu penghidap asma yang hamil perlu mengawal asma terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk hamil.

Ini kerana dikhuatiri akan menimbulkan masalah jika asma menjadi lebih teruk apabila wanita sah mengandung. Masalah ini biasanya berlaku disebabkan sikap wanita sendiri yang takut untuk mengambil sebarang jenis ubat asma sepanjang kehamilan. Alasannya, mereka bimbang ia akan memudaratkan bayi dalam kandungan.

Tanpa disedari, sikap sebegini sebenarnya menambahkan lagi masalah yang sedia ada. Sekiranya mana-mana wanita hamil menghentikan pengambilan ubat tanpa nasihat doktor sewaktu hamil, ia akan lebih memudaratkan berbanding jika mereka mengambil ubat.

Asma adalah sejenis penyakit paru-paru yang kronik. Ia akan sentiasa ada. Yang membezakannya cuma tahap teruk atau sebaliknya seseorang itu. Asma akan menjadi kronik jika paru-paru wanita terbabit terlebih respon terhadap apa-apa jenis perangsang seperti habuk, debunga, bulu binatang, asap, hama dan lain-lain lagi.

Anak yang lahir daripada ibu yang mengalami masalah asma berkemungkinan untuk turut menghidap penyakit yang sama. Peratusannya ialah antara enam hingga 30 peratus.


baca lagi mengenai asthma & penawarnya 

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

0 Comment:

Mandi Wiladah Selepas Bersalin

7:09 PM yong norliza 0 Comments



Soalan:

Apakah maksud mandi wiladah? Perlukah seorang wanita yang melahirkan anak, mandi hadas selepas dia melahirkan anak atau pun dia boleh mandi hadas sekali sahaja iaitu selepas dia suci daripada nifas?

Jawapan:

Mandi Wiladah ertinya mandi wajib selepas melahirkan anak. Sebahagian para ilmuan dari kalangan Mazhab al-Syafi’e berpendapat wanita yang melahirkan anak tanpa darah nifas, maka wajib ke atasnya Mandi Wiladah. Sebaliknya jika wanita melahirkan anak diikuti dengan darah nifas, maka wajib ke atasnya mandi selepas suci dari darah nifas.


Namun sebahagian ilmuan lain menyatakan bahawa mandi wajib ialah satu ibadah dan sesuatu ibadah hendaklah dilaksanakan berdasarkan dalil-dalil agama. Mandi kerana junub, suci dari haid, suci dari nifas dan sebagainya memiliki dalil-dalil agama yang mewajibkannya. Manakala mandi kerana melahirkan anak tanpa pendarahan tidak memiliki dalil maka ia tidak wajib mahupun sunat untuk dilaksanakan. [Syaikh Abdul Karim Zaidan – Ensaiklopedia Fiqh Wanita, jld. 1, ms. 156] Saya mencenderungi pendapat kedua ini, bahawa tidak ada Mandi Wiladah bagi wanita yang melahirkan anak tanpa pendarahan.
*Jawapan oleh Hafiz Firdaus Abdullah (Penulis buku agama)


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

0 Comment:

Kandungan & Keistimewaan Peppermint Ginger

6:18 PM yong norliza 0 Comments


Assalamualaikum.Entry mommy hari ini berkenaan dengan Peppermint Ginger Plus.Ni pun salah satu suplimen yang top untuk macam-macam kegunaan.Ada yang makan untuk hilangkan loya-loya time mengandung,ada yang nak bagi buang angin,ada pula yang consume sebab pedih hulu hati.Banyak jugak tu kegunaan Peppermint nih.Jom kita tengok apa perbezaan,kandungan dan keistimewaan produk ini.




Perbezaan Shaklee
  • Kombinasi 4 herba dari barat dan timur, dan dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.
  • Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.
Kandungan Utama Peppermint-Ginger Plus Shaklee
1. Pudina
  • Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang.
  • Membantu dalam penghadaman, mabuk laut / darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit.
  • Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi
  • Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema
  • Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus

2. Halia

  • Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun.
  • Halia merangsang rembesan enzim saliva untuk pencernaan makanan
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, seleps melahirkan anak (semasa pantang).
  • Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita; penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut
  • Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat / mencegah masalah kesakitan dalam perjalanan / pengembaraan

3. Pokok Adas (fennal)

  • Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. 
  • Ia melegakan sakit perut, melegakan gejalan flur
  • Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran asas
4. Cekur Manis (anise)

  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba.
  • Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.
  • Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
  • Melegakan haba di musim panas dan lembap
  • Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut

Keistimewaan Peppermint-Ginger Plus


  • Mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan.
  • Boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Fungsi Peppermint-Ginger Plus

  • Memelihara saluran penghadaman 
  • Mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. 
  • Membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat 
  • Melegakan dan menyamankan perut.
  • Membuang angin dalam badan
  • Mengelakkan ketidakhadaman
  • Atasi masalah perut kembung

Siapa perlukan?

  • Orang yang badan penuh angin 
  • Orang yang sering muntah-muntah dan loya
  • Orang yang ingin menjaga kebersihan usus 
  • Orang yang suka minum teh pudina
  • Orang yang sering alami perut kembung



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

0 Comment: