CoQHealth 10 : penawar penyakit 3 serangkai

9:30 PM yong norliza 0 Comments



CoQ Health Shaklee merupakan penawar yang di cari- cari oleh pesakit jantung, diabetes dan darah tinggi. Penyakit 3 serangkai iaitu penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi adalah senarai teratas penyakit yang menyerang kebanyakan manusia di zaman milenium ini. Kalau cuma satu yang menyerang, anda sebenarnya cukup bernasib baik. Ini kerana ada individu yang menghidap 3 serangkai ini serentak! Ingin dimaklumkan ini bukan sesuatu yang pelik.



CoQ Health Shaklee mengandungi CoQ10 iaitu bahan yang didapati secara semulajadi dalam tubuh bagi membantu menukarkan makanan kepada tenaga. CoQ10 terdapat pada hampir setiap sel dalam badan. CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat bagi melawan radikal bebas iaitu partikel yang merosakkan sel dalam tubuh yang mengakibatkan kerosakan membran sel , mengganggu DNA dan juga menyebabkan sel mati. Saintis percaya radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan dan beberapa masalah kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung dan kanser. Antioksidan seperti CoQ10 ini bukan sahaka meneutralkan radikal bebas, malah boleh mengurangkan seterusnya membantu mencegah sesetengah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Para penyelidik yang membuat kajian percaya bahawa CoQ10 boleh membantu dengan hal-hal yang berkaitan dengan jantung kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel-sel, mencegah pembentukan darah beku dan bertindak sebagai antioksidan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil supplemen CoQ Health Shaklee, boleh membantu mencegah dan merawat penyakit berikut :

Serangan Penyakit Jantung
Satu kajian klinikal mendapati bahawa orang yang mengambil suplemen CoQ10 setiap hari dalam tempoh 3 hari selepas serangan penyakit jantung adalah kurang berisiko untuk mempunyai serangan jantung berikutnya.

Kegagalan Jantung
Terdapat bukti bahawa CoQ10 boleh membantu merawat kegagalan jantung apabila digabungkan dengan ubat-ubatan konvensional. Orang yang mempunyai kegagalan jantung kongestif, di mana jantung tidak dapat mengepam darah serta ia harus juga mungkin mempunyai tahap rendah CoQ10. Kegagalan jantung boleh menyebabkan darah terkumpul di bahagian-bahagian badan yang lain, seperti paru-paru dan kaki. Ia juga boleh menyebabkan sesak nafas. Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa suplemen CoQ10 membantu mengurangkan bengkak di kaki , mengurangkan cecair di dalam paru-paru, menjadikan pernafasan lebih mudah dan meningkatkan kapasiti untuk pesakit jantung melakukan senaman.

Tekanan Darah Tinggi
Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan . Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

Kolesterol Tinggi
Individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi yang mengambil CoQ10 juga menurut kajian akan dapat menurunkan kolestrol ke tahap lebih rendah. CoQ10 telah diperakui sebagai rawatan alternatif untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Mengambil supplemen CoQ10 secara konsisten juga boleh mengembalikan paras normal kolestrol.

Diabetes Atau Kencing Manis
Pengambilan CoQ10 boleh meningkatkan kesihatan jantung dan menurukan paras gula dalam darah dan sekaligus membantu menguruskan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes. Dua kajian mendapati bahawa, dos sebanyak 100 mg CoQ10 dan diambil dua kali sehari akan memberi kesan diabetes bertambah baik dan saranan untuk langkah jangka panjang kawalan gula dalam darah.
Kajian klinikal awal juga menunjukkan bahawa CoQ10 boleh:
  • Meningkatkan fungsi imun dalam orang dengan HIV atau AIDS
  • Meningkatkan kualiti sperma dan meningkatkan kesuburan lelaki
  • Digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk penyakit Parkinson
  • Membantu mencegah migrain
Sumber: University of Maryland Medical Center

Akhir sekali, anda amat disyorkan untuk mengambil suplemen sebagai usaha untuk mengurangkan risiko dan mencegah penyakit 3 serangkai ini. Buatlah keputusan anda pada hari ini juga untuk manfaat kesihatan berpanjangan kerana tubuh yang sihat adalah aset yang paling lebih berharga dari segalanya


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 


Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

0 Comment:

Penyakit 3 Serangkai & Shaklee

8:30 PM yong norliza 0 Comments




Entry kali ini mengenai penyakit " 3 serangkai ". Penyakit ni kalau dah kena 1, risiko untuk mendapat yg kedua & yg ketiga adalah tinggi.Macam kembar tiga pulak.. Hakikatnya,penyakit 3 serangkai inilah yg paling glemer di Malaysia. Ianya adalah penyakit kencing manis , darah tinggi dan sakit jantung.

Tahukah anda bahawa kencing manis sebenarnya tak menjadikan seseorang menghidap darah tinggi dan sakit jantung, sebaliknya ia adalah kesan sampingan daripada ubat kencing manis.Ini kerana ubat adalah jenis drug (dadah) yang bukan komponen tubuh.Ia mengurangkan simptom sesuatu penyakit tapi mempunyai kesan sampingan.

Antaranya ubat jenis metformin yang digunakan untuk meningkatkan fungsi insulin sekaligus menurunkan paras gula. Namun kesan sampingan ubat ini adalah ia menjadikan tubuh kehilangan/kekurangan vitamin B dan antioksidan serta perlindungan kardiovaskular semulajadi tubuh iaitu Co-Q10.

Kehilangan antioksidan dan pelindung kardiovaskular menjadikan seseorang pesakit diabetes terdedah kepada sakit jantung. Begitu juga ubat jenis Sulfonylures yang memberi kesan sama.Pesakit kencing manis yang mengambil ubat jenis Thiazolidinedion

Diabetes atau kencing manis adalah penyakit berkaitan diet yang agak popular. Malah zaman sekarang budak2 muda pun dah kena diabetes. Jadi untuk mencegahnya ialah dengan mengamalkan cara hidup sihat, pemakanan seimbang, aktiviti yang menyihatkan dan mengambil supplement sebagai diet harian anda.

Untuk pesakit diabetes pula bagaimana? Ya, jika baru kena diabetes sebaiknya bermulalah dengan penukaran cara hidup terlebih dahulu sebelum mengambil ubat, terutama bagi mereka yang mengambil ubat kencing manis kerana ia merosakkan vitamin dalam badan.
  
Vitamin untuk diabetes,darah tainggi dan sakit jantung:

~B COMPLEX
Berupaya menukarkan gula kepada tenaga,sangat2lah perlu untuk pesakit kencing manis


~VITA-C - 
Mengapakah Pesakit Diabetes Memerlukan Vitamin C ?  Ini Kerana Glukosa Dan Vitamin C Melalui Laluan Yang Sama Menuju Ke Sel. Apabila Glukosa Berlebihan, Vitamin C Tidak Akan Dapat Masuk Ke Sel, Vitamin C Sangat Penting Kerana Vitamin C Menjaga Salur Darah Agar Tidak Mudah Pecah, Mencegah Pengerasan Salur Darah, Membantu Proses Metabolism Kolestrol Iaitu Pembentukan Asid Hempedu Yang Penting Dalam Proses Pemecahan Lemak. Sebab Itulah Mereka Yang Menghidap Kencing Manis Dan Darah Tinggi Amat Digalakkan Mengambil Vitamin C Bagi Mengelakkan Stroke Dan Jantung Tersumbat.

~VITALEA (MULTIVITAMIN) - 
Di Dalam Multivitamin Vitalea Terdapat Trace Mineral Chromium, Dimana Ia Bekerja Dengan Insulin Mengimbangi Kandungan Gula Dalam Badan.

Perlukan berhenti mengambil ubat? Jangan, kerana itu dipreskripsi oleh doktor. Ambillah suplemen di atas bagi menangani masalah yang timbul akibat kesan sampingan ubat diabetes tersebut.


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care


0 Comment:

Batu Karang : Apa yang anda tahu mengenainya

12:30 PM yong norliza 0 Comments



Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. 

Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang. 

Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.



Faktor risiko

Antara faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:

  • Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

  • Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

  • Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

  • Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

  • Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang).

  • Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang.

  • Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

  • Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

  • Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

  • Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air.

Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.


Jenis- jenis Batu karang

Ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:


  • Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.
                                                              
  • Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.

  • Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.

  • Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Apa dia batu karang dalam Ginjal?



Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia. 

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar. Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing.


 Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera. Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa?
Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya. Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. 


Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita. Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda.Apakah tanda-tandanya?
Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar. 


Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.


Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati?

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. 


Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini. 


Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu. Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.



Apa dia batu Karang dalam Hempedu?





 Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain. Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. 


Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa. Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda. 

Jika hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.

 Jika seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.

Apakah tanda-tandanya? 
  • Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.

  • Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.

Bagaimana batu dalam hempedu diubati?

Doktor-doktor sering kali menemui 'batu-batu senyap' ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya, pesakit disarankan untuk 'tunggu dan lihat' daripada merawat. Walau bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom, terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan.

Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.

Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.Bukan pembedahanBatu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan.

Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:

Pil garam hempedu. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.

Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal). Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.

Perlukah kita berpantang?

ADA banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:
  • Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.

  • Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.

  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.

  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.

  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.

  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

  • Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.
credit to : http://penyakitbatukarang.blogspot.com 

Suplimen Shaklee yang dapat membantu dalam masalah batu karang termasuklah :


B-Complex - menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang
Vita-C - mengasidkan urin dan batu karang tidak akan terhasil dlm urin berasid
OsteMatrix - mengandungi Magnesium yg menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang
Alfalfa Complex - mengurangkan infeksi & inflamasi
Carotomax - menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
Lecithin - membekar lemak berlebihan yg mendorong pembentukan batu karang




Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

0 Comment:

Faktor yang mempengaruhi metabolism dan berat badan

10:00 PM yong norliza 0 Comments






Ramai yang berpendapat, menurunkan berat badan adalah mudah. Ya, ia mudah bagi mereka yang makan secara sihat dan bersenam. Tapi ia akan jadi sukar apabila ada faktor lain yang mempengaruhi penurunan berat badan.

  • FAKTOR KETURUNAN - Sejarah keluarga dan genetik boleh mempengaruhi berat badan. Kenal-pasti susur-galur keluarga dan juga kenal pasti siapa antara saudara-mara yang obes. Berkemungkinan susah untuk turun kerana faktor keturunan ini mempengaruhi di mana lemak disimpan dan juga selaju mana metabolisme bekerja.
  • JANTINA - Lelaki dikurniakan dengan kadar metabislme yang tinggi kerana mereka mempunyai jumlah otot lebih banyak berbanding wanita. Wanita mempunyai metabolisme yang perlahan kerana secara amnya, mereka perlu menyimpan lemak untuk kesuburan dan mengandung. Jadi lelaki lebih senang menurunkan berat badan.
  • UMUR - Apabila umur meningkat, kadar metabolisme semakin perlahan. Bermula dari umur 20an, kadar ini turun puratanya 1% setiap tahun, bersamaan kenaikan berat 1-2kg setahun.
  • JENIS BENTUK BADAN - Epal atau pear? Di mana lemak disimpan mempengaruhi kadar metabolisme. Bentuk badan  epal: Cenderung untuk  menyimpan lemak di bahagian abdomen. Golongan ini mempunyai metabolisme yang lebih cepat dan mudah menurunkan berat badan, namun mereka mempunyai risiko mendapat penyakit seperti jantung, diabetes jenis 2 dan kanser. Bentuk badan Pear: Cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian punggung dan peha. Golongan ini mempunyai kadar metabolisme yang perlahan dan lambat dalam proses penurunan berat. Namun golongan ini mempunyai risiko rendah terhadap penyakit berkaitan berat badan.


  • JISIM OTOT - Lelaki mempunyai lebih otot berbanding wanita, bermaksud lebih tinggi kadar metaboliknya. Ini merana otot ialah tisu aktif yang membakar kalori dan mengeluarkan haba. lebih banyak otot, lebih banyak pembakaran. Kadar purata lemak yang dibakar otot ialah 35-50 kalori sehari.
  • JISIM LEMAK - Lebih banyak lemak di dalam badan, lebih perlahan kadar metabolisme. Kerana, lemak tidak memerlukan tenaga untuk bertahan.
  • TABIAT BERSENAM - Selalu bersenam, berjalan berlari, berenang, menari dan sebagainya. Ini ialah cara yang paling efektif untuk menstimulasikan metabolisme badan, membakar lemak dan menambah otot.
  • TABIAT MAKAN - Tabiat dan pilihan makanan mempengaruhi metabolisme. Kajian menunjukkan sesetengah tabiat, seperti mengelakkan waktu makan, menyekat pengambilan kalori, mengambil lemak berlebihan dan makan lewat malam memperlahankan metaboslime. Jika anda ingin meningkatkan metabolisme, biasakan diri makan secara kerap, dalam kadar yang sedikit dan makan lebih banyak di waktu yang anda paling aktif.
  • TEORI SET POINT -  Satu teori berkaitan metabolisme ialah teori 'SET POINT'. Teori ini menyatakan mekanisma dalaman mengawal berapa banyak berat yang dibawa tubuh. Individu yang mempunyai SET POINT yang lebih tinggi, susah menurunkan berat badan. Jika dia cuba menurunkan berat, badan bertindak menurunkan berat sehingga SET POINT sahaja. Kita boleh mengubah SET POINT badan dengan menurunkan sedikit demi sedikit berat secara perlahan, ini memberi masa kepada badan untuk ke SET POINT yang baru. 

LET'S BURN FAT! and be healthy..:-)


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 


Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

0 Comment:

WAKTU BADAN MELAKUKAN DETOX

5:00 PM yong norliza 0 Comments





Jadual tubuh membuang racun:

1. jam 21.00 – 23.00 malam hari adalah waktu pembuangan zat-zat yang tidak berguna/beracun (detoxin) di bahagian sistem antibodi (kelenjar getah bening). Ketika waktu ini, kita harus dalam suasana tenang atau mendengarkan muzik. Jangan sibuk bekerja di waktu-waktu ini.

2. jam 23.00 – 01.00 pagi terjadi proses detoxin dibahagian hati 

3. jam 01.00 – 03.00 pagi proses detoxin dibahagian hempedu, juga berlangsung dalam kondisi tidur.

4. jam 03.00 – 05.00 pagi terjadi detoxin dibahagian paru-paru, sebab itu akan terjadi batuk selama durasi waktu ini. karena proses pembersihan (detoxin) telah mencapai saluran pernafasan, maka tak perlu minum ubat batuk agar tidak mengganggu proses pembuangan kotoran.

5. pagi pukul 05.00 – 07.00 detoxin dibahagian usus besar, harus buang air, jangan ditahan-tahan.

6. pukul 07.00 – 09.00 pagi : waktu penyerapan gizi makanan bagi usus kecil, jadi harus makan pagi/ sarapan.

Bagi orang yang sakit sebaiknya makan lebih pagi iaitu sebelum pukul 06.30 makan pagi sebelum pukul 07.30 sangat baik untuk kesihatan



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 


Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

0 Comment:

Minum Ais & Kesannya

10:30 PM yong norliza 0 Comments



Sama ada pada waktu panas terik atau tidak, minuman sejuk atau berais memang menjadi pilihan masyarakat negara ini tidak kira usia.Biarpun menyedari minuman sejuk tidak begitu elok untuk kesihatan, masih ramai yang memandang remeh mengenai amalan itu kerana belum merasai kesannya.

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang menerima e-mel daripada rakan atau individu yang menyarankan amalan itu dihentikan kerana ia mungkin boleh menyebabkan banyak penyakit berbahaya.Bunyinya memang menakutkan kerana minuman sejuk dikatakan punca kegemukan selain turut dikatakan boleh menyebabkan serangan penyakit jantung.

Bagaimanapun, Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar, menjelaskan tiada sebarang kajian yang membuktikan amalan minum minuman sejuk boleh membekukan makanan berminyak, memperlahankan penghadaman sekali gus menyebabkan lemak berkumpul dan menyempitkan salur darah lalu menyebabkan serangan jantung.

Kata Dr Haizal, pembentukan plak di dinding pembuluh darah koronari melalui proses aterosklesoris antara lain disebabkan oleh kandungan darah kolesterol yang berlebihan.

Jelasnya, sebahagian daripada kolesterol berkenaan datang daripada lemak pemakanan yang dihadam dan diserap oleh usus.

“Bagaimana kita boleh mengaitkan minuman sejuk dengan penyakit jantung kerana secara logiknya, minum air sejuk boleh memperlahankan penghadaman yang secara langsung mengurangkan lemak dan kandungan kolesterol dalam darah.

“Memang sehingga kini tiada kajian atau sebarang bukti untuk menyokong pendapat berkenaan,” katanya.

Menurut Dr Haizal, pesakit jantung atau yang pernah menjalani pembedahan jantung juga tidak mempunyai masalah jika mengambil minuman sejuk.

“Apa yang penting di sini bukan minuman itu sejuk atau tidak.

“Setiap individu yang berpenyakit atau tidak, perlu minum air kosong sekurang-kurangnya lima gelas sehari. 

“Terdapat satu kajian di Amerika Syarikat membabitkan lebih 20,000 orang mendapati mereka yang minum air kosong untuk jumlah sedemikian setiap hari mempunyai risiko mati akibat penyakit jantung yang lebih rendah berbanding mereka yang minum dua gelas atau kurang sehari.

“Jenis minuman selain daripada air kosong pula boleh meninggikan risiko terbabit,” katanya.

Daripada sudut kecantikan pula, minuman sejuk atau berais harus dijauhi wanita kerana ia dapat menjejaskan kesihatan kulit dan dalaman.

Pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuib, berkata wanita tidak kira yang sudah berkahwin atau belum, perlu mengelakkan minuman sejuk atau berais jika mahu menjaga kecantikan kulit wajah, dalaman dan luaran mereka. 

Kata Halimah, walau bagaimana haus sekali pun, minuman sejuk perlu dijauhkan sebaliknya perlu mengambil air suam meskipun pada waktu tengah hari.

“Jika kita mengamalkan minuman berais, badan mudah menjadi kembang dan selain itu, tulang juga mudah berasa sakit dan bisa.

“Masalah berkenaan mungkin kurang dirasai ketika muda remaja dan hanya mula dirasai apabila menginjak usia 40 tahun ke atas,” katanya.

Bagi wanita yang sudah berkahwin pula, Halimah turut menasihatkan supaya jangan sesekali mengamalkan minuman sejuk kerana ia menjejaskan kesihatan dalaman serta menyejukkan peranakan.

Halimah berkata, penyakit hari ini senang singgah pada badan, tetapi ia amat susah untuk pergi iaitu disembuhkan.

Justeru, amalan pemakanan sihat dengan membanyakkan minum air kosong atau air suam amat penting kerana ia dapat meneutralkan kembali makanan yang diambil.

Jelas Halimah, berdasarkan pengalamannya, individu yang selalu minum air batu atau sering berada dalam pejabat atau rumah yang menggunakan penyaman udara, kulit mereka biasanya kelihatan kering dan tidak bermaya.

Amalan minum minuman sejuk atau berais juga dikatakan boleh menyebabkan perut mudah buncit.

Katanya, orang tua sering berpesan supaya jangan makan berselang dengan minum kerana ia juga akan menyebabkan perut menjadi buncit.

“Amalan menghirup sup ketika makan nasi juga tidak digalakkan kerana sup juga seperti air, boleh menyebabkan perut membuncit.

“Jika minum air, pastikan anda duduk dan jangan sesekali minum berdiri kerana air itu akan terus mengalir ke bahagian peranakan dan menyejukkannya.

“Memang wanita banyak pantang larang terutama dalam aspek pemakanan dan ia tidak boleh dipandang remeh kerana kesannya boleh dirasai selepas melepasi usia 40 tahun. Justeru, paling elok untuk diamalkan ialah air suam atau air kosong saja selain banyakkan makan sayuran,” katanya.

Selain itu, minuman sejuk juga tidak elok diberi kepada kanak-kanak kerana ia menyebabkan mereka mudah mengalami batuk, bibir kering atau pecah dan mudah diserang demam.

“Ibu bapa perlu memantau amalan berkenaan kerana kanak-kanak memang menggemari minuman sejuk.

“Jika kita sayangkan mereka, berilah air kosong kerana ia sememangnya lebih baik untuk kesihatan mereka,” katanya.

Rahsia ais dan air sejuk

■ Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa.

■ Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

■ Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

■ Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

■ Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

■ Ais amat diperlukan mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka,

■ Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

■ Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

■ Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

■ Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

■ Makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit.

■ Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat.

■ Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

■ Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi.

■ Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.

■ Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.

■ Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

■ Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.

■ Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.

■ Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

■ Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

■ Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

■ Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

■ Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 


Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

0 Comment: